Archives

Post

factor risiko kanser payudara

Seperti mana yang telah diketahui ramai, kanser payudara adalah 'pembunuh' utama bagi golongan wanita. Terdapat banyak factor factor yang menambahkan risiko seseorang itu untuk mengidap kanser payudara, yang telah didokumenkan. Bagaimanapun, kajian telah membeuktikan bahawa wanita wanita yang mempunyai faktor faktor tertentu adalah lebih berkemungkinan mendapat kanser payudara berbanding golongan yang tidak. Antara faktor faktor yang telah didokumentasikan sebagai risiko mengidap kanser payudara adalah:

* Usia yang meningkat
* Faktor genetik
* Mempunyai ahli keluarga yang mengidap kanser payudara
* Penganbilan pil hormon (oestrogen) setelah putus haid atau pembuangan rahim
* Telah mendapat kenser pada sebelah payudara
* Mula datang haid pada usia kurang daripada
tahun dan putus haid pada usia melebihi tahun
* Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada usia melebihi tahun
* Dada yang telah diradiasi sebagai terapi untuk pelbagai penyakit
* Mengambil makanan berlebihan lemak
* kurang bersenam
* Menghisap rokok
* Meminum alkohol setiap hari
* berlebihan berat badan


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Sembang Mengenai Diet Fad Bhg. 2

Ciri-ciri diet fad seterusnya:


# 3 – Bermula dengan kejutan atau mengikut pelan yang ketat
Jika anda perlu bermula dengan diet yang sangat terhad, atau anda hanya boleh makan makanan tertentu pada hari tertentu, anda tahu ia adalah diet fad. Mereka memberi alasan bahawa ianya perlu untuk membersihkan dalaman badan anda, atau hanya makanan tertentu sahaja boleh membantu proses penurunan berat badan. Apa-apa perubahan dalam bagaimana anda makan akan menyebabkan perubahan pada bacaan alat penimbang. Hanya segelintir orang boleh kekal dengan diet sebegini untuk jangka masa yang panjang, jadi apabila mereka tidak diet, berat badan mereka akan bertambah semula. Pengamal diet ini tidak mempelajari apa-apa selain daripada maklumat salah yang penulis berkenaan berikan. Ini sebenarnya boleh membawa kesan buruk, pengamal diet menjadi lebih keliru berbanding sebelum ini dan mereka tidak lagi tahu apa yang harus dipercayai!


Jika seseorang belajar mengenai sifat-sifat diet yang sihat, menggabungkan rancangan makan dengan senaman, mereka akan berjaya mencapai matlamat mereka. Bukan sahaja mereka dapat menikmati semula kehidupan, tetapi juga menikmati makanan dan dalam masa yang sama, melihat penurunan berat badan!


Walaupun penulis diet fad mahu anda percaya ‘keajaiban’ mereka (dan membeli produk mereka), sebenarnya tidak ada cara untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan berkekalan.


Apa yang membentuk diet yang sihat? Diet sihat adalah diet yang mempunyai kalori yang mencukupi untuk menyokong berat badan yang sihat, rendah lemak haiwan dan lemak tepu, sedikit protein haiwan, dan cukup untuk menyokong diet yang tinggi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kanji gandum penuh. Makanan yang hanya untuk dinikmati juga boleh dimasukkan dalam mana-mana diet sihat. Sebenarnya jika bersederhana, semua jenis makanan boleh dimasukkan. Peraturan am adalah peraturan 80/20 – 80% daripada waktu, ambil diet yang sihat, dan 20% waktu lagi boleh diambil makanan yang anda tidak akan makan secara tetap jika anda ingin makan secara sihat atau menurunkan berat badan.


# 4 – Bertentangan dengan apa yang pakar kata
Penulis diet rendah karbohidrat mengatakan karbohidratlah yang menyebabkan kita gemuk. Tetapi mereka tidak dapat menjelaskan mengapa penduduk di negara-negara yang diet mereka mengandungi karbohidrat yang sangat tinggi tidak mempunyai masalah obesiti. Jika seseorang mengatakan dia mempunyai ‘maklumat rahsia’ mengenai diet, kemungkinan besar itu adalah diet fad.


Kenapa setiap hari semakin ramai orang menjadi gemuk? Trend masa kini adalah “Pesan-dan-Pergi” – lebih cepat, lebih baik. Ramai orang dan ahli keluarga mereka makan 2 hingga 3 hidangan harian mereka di restoran makanan segera, yang hanya sedikit menyediakan makanan dengan nutrien yang tinggi dan rendah kalori. Mereka menambah lemak tambahan kepada hidangan mereka untuk meningkatkan rasa, justeru hidangan yang anda boleh sediakan di rumah tanpa lemak tambahan boleh mempunyai kalori yang 60% datang dari lemak untuk membuat ia rasa lebih enak! Tambahan pula saiz yang dihidangkan lebih besar dari beberapa tahun dulu, yang sebenarnya boleh memberi kita 2 atau 3 hidangan, bukannya satu! Namun begitu ramai yang masih merasakan perlu untuk licinkan pinggan mereka daripada membazirkan makanan. Mereka sebenarnya harus berkata, “pergi ke pinggang!”


Cuba ingat semula apa yang berlaku minggu lepas. Berapa kali anda makan makanan yang dimasak di rumah? Adakah anda makan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam setiap hari? Berapa kerapkah anda bersenam dengan bersungguh-sungguh?


# 5 – Bergantung kepada testimonial semata-mata
Walaupun Saliza berjaya menghilangkan beberapa paun dalam tempoh seminggu kerana hanya mengambil sup kubis tidak bermakna ia selamat, berkesan, atau akan menjadi untuk anda! Testimonial perlu disokong oleh kajian atau penyelidikan saintifik.


# 6 – Mempunyai gimik
Masalah yang dihadapi program diet yang mempunyai beberapa jenis gimik ialah pengguna tidak kekal lama dengannya dan mereka tidak belajar bagaimana untuk makan dengan betul.


Kesimpulannya, jika seseorang memberitahu anda bahawa ada program diet baru yang menawarkan penurunan berat badan dengan ‘keajaiban’, tunggu dulu dan tanya diri anda soalan-soalan ini:
1. Adakah ia menjanjikan penurunan berat badan yang cepat?
2. Adakah ia menyingkirkan apa-apa makanan atau kumpulan utama makanan?
3. Adakah terdapat satu pelan yang ketat yang mesti diikuti untuk berjaya?
4. Adakah ia bercanggah dengan pendapat pakar pemakanan atau fakta sains?
5. Adakah ia hanya bergantung kepada testimonial dan gambar “sebelum” dan “selepas” yang terlalu bagus untuk dipercayai?
6. Adakah terdapat apa-apa gimik?


Jika anda menjawab ya untuk semua atau kebanyakan soalan-soalan ini, berundur dan carilah pelan yang lebih baik, pelan penurunan berat badan yang realistik dan anda boleh kekal dengannya.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

5 langkah bibir lembut

1. Kelembutan dan kesihatan bibir akan memperlihatkan warna bibir anda. Gunakan gincu bibir yang yang mengandungi pelembap dan bahan antioksida seperti vitamin E, A dan C

2. Sapukan juga balm bibir sebelum membersihkan wajah anda sebelum tidur. gunakan balm atau pelembap bibir sebelum manyaou gincu bagi memastikan bibir lembut dan bersinar.

3. Hindari sinaran matahari berlebihan yang mana akan mengeringkan atau merosakkan bibir. Sekiranya anda banyak terdedah kepadanya, pastikan bibir anda tersalut balm bibir yang mengandungi pelindung matahari. Gunakan juga pelembap bibir sebelum dan selepas berenang atau berjemur.

4. Gunakan balm bibir semasa musim dingin atau semasa anda didalam bilik yang dingin bagi memastikan kelembutan bibir tetap terpelihara.

5. Bagi mengelakkan bibir mengelupas akibat oenggunaan gincu bibir yang kering, sapukan sedikit Vaselin sebelum bergingu.


Kesihatan Dan Kecantikan


Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk melanggan updated terkini dari kami terus dihantar ke email anda:

Delivered by FeedBurner


New Post

Tags

Abdullah (1) akhir (1) Akibat (1) Aktif (1) Alahan (1) american (1) americana (1) anjal (1) aprikot (1) atopik (1) Badan (4) bahagian (1) bahan (1) bantu (2) bebas (1) Bebaskan (1) berat (1) berbunyi (1) berkesan (1) berkhasiat (1) berlubang (2) bersama (1) bersenam (1) bertukar (1) besar (2) Betulkah (1) bibir (1) Bilakah (1) boleh (3) Buang (1) Buatan (1) bukan (2) carmino (1) cegah (1) cepat (1) cetus (1) cinta (3) complexion (1) creambc05 (1) dalam (1) darah (1) daripada (1) degil (1) Demam (1) dengan (1) diabetes (1) dikunyah (1) dirawat (1) disebabkan (1) effect (1) ekzema (2) episok (1) extra (2) factor (1) Faedah (1) faraj (1) faster (1) Garcinia (1) Gatal (1) genetik (1) halia (1) hamil (2) hempedu (1) herba (1) hidup (2) hitam (1) Homeopathy (1) hormon (1) Imbas (1) Inframerah (1) jalanan (1) Jangan (1) Jangkit (1) jantung (1) japan (1) jejas (2) jenis (1) jeragatbintik (1) jerawat (5) jerebu (1) Jilbab (3) kaedah (1) kanakkanak (1) kanser (4) Kasut (1) kebersihan (1) kecantikan (1) Kecederaan (1) kecil (1) kekal (1) Keluarga (1) kemaruk (1) kembali (1) Kembali (1) Kempen (1) kencing (1) kentut (1) Kerap (2) kesegaran (1) Kesesakan (1) kesihatan (2) Ketahui (1) ketika (1) keturunan (1) khasiat (2) kolagen (1) Koronari (1) Kreasi (2) kronik (1) kualiti (1) kulit (3) Kurang (2) kurus (2) Kuruskan (3) laitulqadar (1) lalat (1) langkah (1) langsing (1) lebih (1) lelaki (3) lembut (1) Leopard (1) lepaskan (1) Letih (1) Lirik (1) Lutut (1) makan (1) makanan (2) Makanan (2) malam (1) manis (1) manusia (1) Maraton (1) marigold (1) Masalah (4) Masih (1) Masker (1) matematik (1) melalui (1) melody (3) Memakai (1) Membersihkan (1) Mengapa (1) mengatasi (1) mengelakkan (1) Mengenai (2) menjaga (1) Menorrhagia (1) minda (1) Mirifica (1) misteri (1) Modern (1) montok (1) mudarat (1) Nailart (1) NanoV (1) nuklear (1) NUTRITION (1) Olahraga (1) Pakai (2) panas (1) parut (2) pasangan (1) payudara (4) pejalkan (1) peluang (1) Pengurusan (1) Penjagaan (1) penyelesaian (2) penyembuh (1) perawatan (1) pertingkatkan (1) perut (2) Phytolacca (2) pigmentasi (1) Pilihan (1) pintar (1) Puasa (2) punca (1) pundi (1) putih (1) racun (1) radiasi (1) Rahsia (1) rangsang (1) Rawat (2) Rawatan (1) remeh (1) Revolusi (1) risiko (2) rosakkan (1) Rozita (1) Rungkai (1) Rushmini (1) sakit (3) Sakit (1) sayangi (1) sebab (1) sebenarnya (1) secara (1) Sehat (1) Seimbang (1) seksa (1) selamat (1) selaput (1) selesa (1) Selsema (1) Sembang (2) sembelit (1) sembuh (1) semulajadi (1) Senaman (1) Sendawa (1) Sendiri (1) serang (1) serius (1) Shanana (1) sihat (2) Sinar (1) Sindrom (1) sinetron (2) Sinetron (1) singkir (1) sinopsis (1) stabil (1) strength (1) stres (1) sukar (2) tahun (1) Tambah (1) tanpa (1) tegang (1) telalu (1) Terapi (2) terbalik (1) terdedah (1) testimonial (1) Thanyaporn (1) tidak (1) Timun (1) Tokotrienol (1) toksik (1) tulang (1) Tutorial (1) ubati (1) udara (1) Untuk (2) vitamin (2) Wajah (1) Yogurt (1)