Archives

Post

Thanyaporn herba payudara montok

mirifica

Salam sejahtera,

Thanyaporn adalah jenama yang sudah terbukti berkesan untuk penjagaan payudara seperti memberi keanjalan,ketegangan dan pembesaran kepada payudara. Bahan utama thanyaporn adalah herba mirifica yang hanya terdapat di Thailand dan Mynmar sahaja. Herba ini menjadi bahan kawalan bagi negara thailand. Mereka mengehadkan pengekspoeran bahan mentah herba ini keluar negara. Apa yang boleh diimpor masuk adalah bahan atau produk yang siap dijenamakan.

Oleh itu mirifica yang asli dan baik kandungan dan mutunya adalah mirifica daripada produk akhir yang dijual daripada sana. Kebanyakan produk thanyaporn yang dijual dipasaran juga seringkali ditiru disebabkan mereka ingin menghasilkan keuntungan yang tinggi. Oleh itu, harga bagi produk ini boleh didapati dengan harga yang tidak munasabah.

Oleh itu kerana produk tiruan ini sukar dibendung kerana teknologi yang semakin canggih. Mirifica faster effect extra strenght telah dibawah masuk untuk memberi pelanggan produk yang betul-betul terjamin daripada segi kualitinya. Berbalik kepada herba mirifica, herba ini bukan sahaja baik unutk penjagaan payudara,malahan berfungsi menjaga kecantikan kulit,kuku,rambut dan pelbagai fungsi yang lain unutk menjaga kecantikan kewanitaan.

Mirifica juga dapat membentuk pinggul (punggung) mereka yang kecil kepada punggung yang menarik. Disamping itu mirifica juga berfungsi sebagai bahan anti kanser yang baik untuk kesihatan payudara seperti kanser payudara. Mirifica ini hendaklah diamalkan sekurang-kurangnya 6 bulan keatas unutk hasil yang terbaik. Antara jenama mirifica tulen yang terkenal adalah seperti thanyaporn, mirifica extra strenght, pueraria mirifica. Oleh itu bagi mendapatkan hasil terbaik adalah dengan istiqamah mengamalkannya disamping memastikan 100% mirifica tulen

Blog Widget by LinkWithin

Tags: ciri ciri thanyaporn tulen, herba mirifica, membentuk pinggul, membesarkan punggung, mirifica extra strenght, Mirifica faster effect extra strenght, Mirifica juga dapat membentuk pinggul (punggung) mereka yang kecil, mirifica tulen, pil thanyaporn, pil thnayaporn\, punggung kecil, tambah berat badan, thanyaporn, thanyaporn palsu, ubat kurus


View the original article here


Post

Ubat jerawat berkesan

jerawat-cara-mengubati-jerawat

Salam sejahtera

Kak Zu banyak menerima email bertanyakan manakah satu ubat jerawat yang paling berkesan dalam merawat jerawat samada jerawat batu,bernanah dan jerawat yang sukar sembuh.

Jawapan yang paling mudah bagi Kak Zu adalah terdiri daripada ubat jerawat yang bebas kesan sampingan seperti remedy homeopathy dan biochemic.Ini kerana ubat jerawat hoemopati bukan sahaja merawat jerawat dalam jangkamasa sementara. Ia bertindak sehingga ke akar dan punca terjadi jerawat dan hasilnya adalah penyembuhan yang kekal tanpa sebarang kesan sampingan.

Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat yang berulang-ulang dan tidak kunjung tiba sembuhnya. Kak Zu cadangkan ambil pakej komprehensif yang boleh merawat jerawat daripada luar dan dalaman secara holistik dan segala punca jerawat dihapuskan. Pengambilannya pula harus istiqamah dan berterusan bergantung pada masalah jerawat dan tahap jerawat yang dihadapi. Pengambilan ubat jerawat biochemic juga dapat membantu merawat jerawat dengan berkesan.

Elakkan mengambil ubat jerawat atau melakukan rawatan jerawat menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia.Ini kerana masalah jerawat anda akan baik seketika dan akan berterusan tanpa henti.Ini kerana rawatan itu bukan menyembuhkan jerawat tetapi memendamkan sementara di bawah kulit dan hasilnya jerawat ada seperti “sekejap ada dan sekejap tiada”

Pemilihan produk dan remedy yang tepat adalah kunci kejayaan.

Blog Widget by LinkWithin

Tags: cara menghapuskan jerawat, cara menyembuhkan jerawat, jerawat batu, jerawat hormon, jerawat nanah, jerawat remaja, jerawat tidak bermata, jerawat tip dan petua, petia jerawat, petua menghapuskan jerawat, rawatan jerawat, tips jerawat, ubat jeragat, ubat jerawat berkesan, ubat jerawat homeopathy, ubat jerawat homeopati, ubat parut


View the original article here


Post

Payudara besar dan tegang

membesarkan-payudara

Salam sejahtera,

Kak Zu banyak menerima email bertanya mengenai masalah ini. Manakah produk yang paling sesuai unutk membesar dan menegangkan payudara dengan berkesan dan selamat.

Sebelum mengulas dengan lebih lanjut. Payudara kecil atau lembik disebabkan banyak perkara. Pertama kerana kekurangan hormon dan menyebabkan pertumbuhan terbantut.

Faktor kedua disebab faktor seperti lepas melahirkan anak. Wanita yang melahirkan anak kebanyakannya berlakunya perubahan hormon dan kematian sel-sel kulit.

Oleh itu dalam memilih produk yang terbaik adalah dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meransang kembali hormon dan juga keanjalan kulit. Salah satunya adalah herba mirifica. Mereka yang mengambil herba mirifica dalam tempah 4-6 bulan pasti akan dapat melihat perubahan pada payudara mereka.

Selain itu saw palmetto dan bunga winter lover juga adalah merupakan sesuatu kandungan yang baik untuk meransang semula pertumbuhan sel dan kekurangan hormon. Oleh itu,apa yang penting adalah menggunakan herba tersebut secara berterusan dan istiqamah. Tiada guna rencam dan ingin cepat dan akhirnya kecewa disebabkan bukan kerana bahan yang digunakan tidak berkesan tetapi faktor penyerapan yang agak lambat disebabkan setiap orang tidak sama kesann penerimaaanya.

Blog Widget by LinkWithin

Tags: breast enlargement, masalah payudar, membesarkan payudara, membesarkan payudara alamai, membesarkan payudara alami, membesarkan tetek, menegangkan payudara, menegangkan tetek, payudara besar, payudara kendur, payudara kurang anjal, payudara lembik, payudara menawan, payudara mengeleber, payudara saggy, payudara tegang, payudara tidak tegang, petua payudara, ssq, tetek besar, thanyaporn, tips payudara


View the original article here


Post

Masalah parut dan jerawat berlubang

masalah-parut

Salam sejahtera untuk semua pembaca blog Kak Zu,

Pada minggu ini, Kak Zu banyak menerima pertanyaan tentang bagaimanakah mengatasi masalah parut berlubang disebab jerawat. Ayat pertanyaan yang sering kali Kak Zu terima adalah seperti “Tologlah Kak Zu , dah bermacam-macam produk saya cuba. Masalah parut berlubang tidak selesai juga”

Baiklah, parut berlubang ini jika masih baru rawatan mungkin ambil masa beberapa minggu sahaja untuk kembali seperti biasa. Ia juga bergantung juga kepada keupayaan sel-sel kulit kita. Jadi kesan tiap orang tidak sama. Bagi parut yang sudah agak lama,masa 5-25 minggu adalah masa yang diperlukan untuk merawat parut ini supaya benar-benar sembuh .

Rawatan yang sesuai adalah terdiri daripada rawatan luaran dan dalaman. Rawatan luaran terdiri daripada penggunaan cream seperti soundarya cream, Bio T3 Scar free cream dan carmino complexion cream. Selain itu rawatan dalaman juga perlu disusuli untuk menambah keupayaan kulit kita membina sel-sel baru supaya proses menghapuskan parut berlubang disebabkan jerawat dimukakan dapat dilakukan. Perkara penting yang perlu ada bagi seseoarang adalah keyakinan dan istiqamah yang tinggi.

Penggunaan remedy biochemic seperti BC04 with collagen juga dapat membantu keupayaan kulit membina sel-sel baru serta menghapuskan kedutan. Remedy seperti BC04 ini adalah paling selamat didunia.Ini disebabkan yang terdiri daripada tisu-tisu garam mineral yang lembut tetapi keupayaannya sungguh berkesan. Perlu dingatkan,elakkan minuman keras dan rokok supaya kesan remedy-remedy diatas dapat menyerap dengan keberkesanan yang maksimum

Satu lagi tips yang Kak Zu yang berikan,adalah anda mestilah berfikiran positif dan senitasa ceria.Elakkan stress,ini daripada segi psikologi terbukti mempercepat proses penyembuhan.

Berjumpa lagi dipost yang akan datang.Kak Zu doakan anda semua ceria dan gembira bersama insan-insan yang disayangi.

Blog Widget by LinkWithin

Tags: atasi masalah parut, bc04 with collagen, biochemic, homeopathy, homeopati, jerawat berparut, krim jerawat, masalah parut, masalah parut badan, masalah parut jerawat berlubang, masalah parut jerawat kronik, mengatasi masalah jeragat, mengatasi masalah parut berlubang, parut berlubang, parut jerawat baru, parut jerawat berkawah, parut jerawat berlubangubat parut jerawat berlubang, pembekal ubat homeopati, ubat homeopati


View the original article here


Post

Mengapa kemaruk makan?

"SAYA memang kuat makanlah doktor, saya sukar menghilangkan tabiat kuat makan ini. Saya pasti inilah sebabkan maka saya gagal untuk kurus. ??Entah mengapa apabila saya melihat makanan manis seperti kek, kuih dan pasteri hati saya tidak dapat tahan, saya pasti mencubanya,?? kata Puan Rozi.

Wanita itu menyambung keluhannya bahawa dia sudah puas mengekang nafsu makan namun apabila terjumpa saja makanan kegemaran maka dia akan tewas. Pada musim durian yang lalu, setiap hari dia membeli durian padahal dia tahu durian tinggi gula dan karbohidrat.

??Namun selera saya bagaikan tidak dapat ditahan-tahan. Saya tidak kisah tak makan nasi seminggu namun kalau tak dapat makan roti, kek dan kuih hati saya rasa meronta-ronta,?? katanya.

Perasaan ingin makan yang memuncak merupakan satu fenomena yang hadir dalam tubuh manusia. Oleh itu ia menjadi satu masalah kepada mereka yang mahu menurunkan berat badan. Dalam bahasa Inggeris ia disebut food cravings. Dalam bahasa Melayu pula dipanggil kemaruk makan manakala bahasa perubatan mengenalinya sebagai pica. Bagi ibu yang hamil fenomena bahasa yang sering dipakai adalah mengidam. Mengidam, pica, kemaruk atau cravings merupakan keinginan naluri yang kuat sehinggakan dalam sejarah Melayu turut menerangkan bahawa ibu yang hamil keinginan makannya harus dipenuhi. Ia dikaitkan pula dengan keinginan bayi dalam kandungan seperti di dalam legenda Sultan Mahmud mangkat dijulang.

Mengapa fenomena ini terjadi?

Menurut kajian sains hal ini disebabkan oleh keperluan nutrisi tubuh yang tidak mencukupi. Sekiranya kurang zat besi, seseorang itu inginkan makanan yang kaya dengan zat besi. Sekiranya kurang kalsium seseorang itu inginkan makanan yang kaya dengan kalsium pula. Dengan kata lain makanan yang memenuhi keperluan tubuh seseorang itu akan terasa lebih enak ditekaknya.

Namun adakah seseorang yang obes yang amat menyukai makanan manis berkarbohidrat tinggi bermakna tubuhnya tidak cukup karbohidrat? Mengapakah seseorang yang obes mengadu sering pening dan mempunyai paras gula rendah meski pun dia makan banyak karbohidrat .

Apakah yang terjadi sebenarnya?

Pakar anti penuaan mengkaji fenomena ini dan mengakui ia disebabkan kegagalan fungsi hormon atau kerosakan signal hormon tubuh.

Terdapat dua jenis hormon yang mengawal paras gula dalam darah iaitu hormon insulin dan glucagon. Kedua-dua hormon ini saling berinteraksi antara sama satu lain untuk memastikan paras gula stabil. Hormon insulin akan keluar dengan banyak apabila paras gula tinggi selepas makan. Kegunaan hormon ini bertujuan membolehkan gula digunakan oleh sel-sel dalam badan kita sebagai tenaga.

Insulin bolehlah dianggap sebagai pintu masuk gula ke dalam sel. Tanpa insulin gula hanya kekal di dalam darah dan tidak dapat masuk ke dalam sel. Gula yang ada di dalam darah tiada gunanya. Ia langsung tidak dapat digunakan oleh sel-sel bagi diproses kepada tenaga. Seseorang itu akan mengidap diabetes atau kencing manis apabila hal ini berlaku.

Hormon insulin yang keluar dikenal pasti oleh sel tubuh dan sel-sel ini akan membuka pintunya bagi membolehkan glukosa diambil ke dalam sel. Apabila hormon insulin rosak, sel menjadi tidak sensitif kepadanya. Dengan kata lain sel-sel kita tidak akan membuka pintunya. Hal ini akan menyebabkan lebih banyak insulin keluar dan akhirnya mencetuskan fenomena gula terlalu rendah di dalam darah. Apabila gula sering naik dan turun secara mendadak, seseorang akan berasa tidak selesa dan sering sakit kepala. Badan pula akan berasa letih dan lesu manakala keinginan untuk makan makanan manis akan memuncak. Inilah penyebab utama kemaruk makan.

Fenomena ini harus ditangani segera untuk mengelakkan kerosakan sistem insulin yang boleh membawa kepada kencing manis dan obesiti tegar.

Untuk mengatasi masalah ini disarankan seseorang minum air yang banyak selepas mengambil makanan manis. Air kosong akan melarutkan kepekatan gula dan mendorong kepada kurangnya rembesan insulin.

Pengambilan protein berkualiti boleh mengurangkan masalah ini. Protein yang berkualiti meningkatkan paras glukargon dalam darah dan membolehkan glukargon menukarkan lemak kepada gula semula yang kemudiannya digunakan sebagai tenaga. Proses ini membolehkan seseorang langsing.

Di zaman serba mewah ini masalah kerosakan insulin semakin menjadi-jadi sehinggakan dikhuatiri kadar obesiti akan terus meningkat di kalangan kanak kanak dan juga dewasa. Langkah yang wajar ialah membaiki faktor pemakanan secara perlahan-lahan.

Kempen gaya hidup sihat, pemeriksaan paras darah dan insulin perlu diteruskan bagi meningkatkan kesedaran kepada kita. Pembacaan mengenai hormon dan tanda kerosakan hormon perlu pasti bagi menangani obesiti yang resistant.

PENULIS boleh dihubungi di 03-87234808 dan 0132448484.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Cara mengatasi jerawat

Salam sejahtera pada semua pembaca blog Kak Zu ni.

Kak Zu sering kali menerima email pertanyaan ..bagaimanakah cara mengatasi jerawat yang berulang-ulang atau jerawat yang sukar sembuh. Kejap ok kejap ko…

Baiklah ,sebelum mengulas lebih lanjut tentang masalah jerawat. Kak Zu akan fokuskan terlebih dahulu mengapa jerawat terjadi. Pertama disebabkan masalah hormon,ini biasa terjadi kepada remaja yang sedang meningkat naik atau dalam erti kata sedang menunggu ke zaman kedewasaan. Apakah remaja sahaja yang biasa mengalami masalah ini. Orang dewasa juga ada mengalami masalah ini jika terjadi ketidakseimbangan hormon didalam badan. Ada sesetengah kes berlaku pada mereka yang sudah meningkat umur 40 an. Tetapi perkara ini jarang berlaku.

Faktor kedua adalah disebabkan kulit terdedah terlalu lama dengan faktor cuaca dan suasana sekeliling yang tidak bersih dan harmoni. Biasa masalah ini mudah ditangani dengan remedy luaran seperti cream carmino calendula.

Faktor ketiga jerawat terjadi adalah disebabkan penggunaan kosmetik yang berasaskan bahan kimia. Yang pada mulanya memang menampak keberkesanan. Seperti krim pemutih,pencuci dan lain-lain. Akibat bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit menjadi nipis dan terdedah dengan sinar UV dan lain akan menyebabkan kulit mudah dihinggapi bakteria. Bukan itu sahaja ia juga boleh mengakibat jeragat dan bertompok-tompok dimuka.

Mengatasi jerawat bukan sesuatu perkara yang sukar. Apa yang harus  ada adalah sikap positif yang mesti ada dalam diri serta sifat istiqamah. Bagi mereka yang sudah jemu kerana pelbagai produk telah dicuba. Apa kata Kak Zu cadangkan anda berubah kepada perubatan alternatif seperti homeopathy dan biochemic supaya dalam kita ingin mengatasi masalah jerawat kita juga bebas kesan sampingan kerana sudah terbukti ratusan tahun ubat homeopathy dan biochemic adalah paling selamat dan tidak meninggalkan sebarangan kesan sampingan.

Rawatan homeopathy yang boleh diambil bagi mereka yang mengalami masalah jerawat yang sukar sembuh dan berulang-ulang adalah dengan rawatan komprehensif. Apakah itu rawatan komprehensif? Rawatan komprehensif ini terdiri daripada beberapa yang berbentuk cecair yang perlu diambil bertujuan mencuci sistem hati yang bertoksin.Kkadangkala bukan sahaja disebabkan hormon tetapi juga masalah hati yang bertoksin. Selain itu rawatan komprehensif ini juga merawat masalah jerawat daripada luaran.

Anda boleh membaca dengan lanjut tentang remedy-remedy rawatan komprehensif disini..sila klik. Dicadangkan ambil dalam masa 4-6 bulan untuk hasil yang terbaik.

Blog Widget by LinkWithin

Tags: cara mengatasi jerawat, cream carmino calendula., jeragat, jerawat batu, jerawat merah, jerawat nanah, Jerawat yang sukar sembuh, masalah bintik hitam, masalah jeragat, masalah jerawat, masalah jerawat yang sukar sembuh dan berulang-ulang, mengapa jerawat terjadi, mengatasi jerawat, parut jerawat, rawatan komprehensif, rawatan parut berlubang, ubat homeopathy dan biochemic, ubat jerawat berkesan, ubat jerawat efektif, ubat jerawat homeopati


View the original article here


Post

Gigi kembali putih

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
Foto WAHIDDIN SALIM
Skala warna gigi. Rawatan pemutihan gigi biasanya mampu mencapai sehingga lima atau enam bayangan kecerahan.

EEE, gigi kuning.? Pasti ayat itu pernah terlintas di fikiran kita tatkala melihat individu dengan sebaris gigi berwarna kekuningan. Atau mungkin kita sendiri mengalaminya dan merasa sangat tidak selesa.

Mempunyai sebaris gigi yang putih memang menjadi idaman sesiapa saja, namun bagaimana untuk mendapatkannya?

Pakar Pergigian dari Pusat Perubatan iHeal Kuala Lumpur, Dr. Nazli Haffiz berkata, rata-rata masyarakat negara ini terutama yang berbangsa Melayu dan Cina mempunyai gigi yang sedikit kekuningan.

Namun seandainya warnanya terlalu ketara kuning dan ditambah dengan sedikit warna seakan lebam, ia pasti membuatkan pemiliknya berasa tidak selesa serta kurang berkeyakinan.

Menurut beliau, masalah gigi kuning berpunca daripada beberapa sebab.

?Punca utama adalah faktor usia dan pengambilan makanan yang menyebabkan terhasil kekotoran pada gigi seperti kopi, teh dan minuman kola. Selain itu, tabiat merokok juga menyebabkan gigi mengumpul kekotoran dan berubah warna,? kata beliau.

Jelas beliau, ketika proses pembentukan gigi kekal, pengambilan sesetengah antibiotik atau florida yang berlebihan juga menyebabkan gigi berubah warna.

Rawatan pemutihan gigi

Dr. Nazli berkata, rawatan pemutihan gigi adalah satu prosedur kosmetik pergigian bagi mengembalikan warna asal gigi secara selamat.

Sesiapa saja boleh melakukan rawatan pemutihan gigi, namun begitu, mereka perlu melalui satu ujian terlebih dahulu.

Mereka yang mengalami sensitiviti, gigi berlubang dan sebagainya perlu melakukan rawatan bagi menangani masalah tersebut terlebih dahulu sebelum memulakan program pemutihan gigi.

Menurutnya, prosedur tersebut menggunakan asid cair dengan kepekatan sekitar 22 hingga 27 peratus bagi menghilangkan kesan kotoran pada gigi.

?Pengguna boleh memilih dua cara iaitu membeli kit rawatan dan melakukan sendiri di rumah atau menggunakan khidmat pakar bagi sepanjang rawatan di klinik gigi,? katanya.

Menurutnya, rawatan yang dijalankan oleh pakar lebih terbukti keberkesanannya kerana ia dilakukan dengan betul mengikut prosedur khusus.

Jelasnya, keputusan yang akan dicapai tidaklah terlalu menakjubkan dan biasanya gigi akan menjadi lebih cerah sehingga lima atau enam bayangan pada skala warna gigi.

Menurutnya, warna putih yang biasa kita lihat pada gigi selebriti bukan disebabkan rawatan pemutihan tetapi veneers iaitu menggunakan satu lapisan seperti topeng yang membalut dan memperbaiki struktur luar gigi.

Berbeza dengan rawatan pemutihan gigi biasa, proses ini hanya mengembalikan warna asal gigi. Mungkin ada yang beranggapan prosedur ini berbahaya dan boleh menyebabkan lapisan luar gigi menipis.

Bagaimanapun kata Dr. Nazli, perkara itu tidak benar kerana ia hanya menghakis kekotoran yang melekap pada permukaan gigi kerana asid yang digunakan cair.

Risiko

Ditanya mengenai risiko ketika rawatan dijalankan kata beliau ia sangat rendah seperti rasa pedih dan tidak selesa pada bahagian gusi jika seseorang itu mengalami masalah gigi sensitif.

?Ini disebabkan cecair pemutih terkena pada bahagian yang sensitif. Namun rasa itu biasanya tidak lama. Bahagian gusi juga ditutup sepanjang rawatan dijalankan,? kata beliau.

Menurutnya, keputusan prosedur adalah berbeza bagi setiap individu bergantung kepada warna asal gigi mereka.

Rawatan pemutihan gigi juga katanya, tidak sesuai untuk mereka yang berusia 16 tahun ke bawah serta wanita yang mengandung atau menyusukan bayi mereka.

Prosedur hanya mengambil masa sekitar 45 minit dan ia

sesuai buat mereka yang ingin mengubah penampilan untuk sesuatu acara.

Dr. Nazli berkata, disebabkan pemutihan gigi menggunakan asid maka ia hanya dicadangkan dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Kesesakan cetus serang jantung?

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

KESESAKAN lalu lintas sememangnya tidak dapat dielakkan apatah lagi dengan pertambahan bilangan kenderaan di atas jalan raya.

Berhadapan dengan keadaan ini boleh membuatkan tahap tekanan atau stres anda melonjak.

Selain degupan jantung yang cepat dan badan banyak berpeluh, lain-lain tanda amaran stres termasuklah loya, bernafas kencang, cirit-birit dan terasa hendak membuang air kecil, sejuk kaki dan tangan, berubah selera makan (tidak lalu makan atau makin bertambah), keinginan seks menurun, sakit-sakit badan yang tidak diketahui puncanya, tidak dapat menumpukan perhatian dan gangguan tidur.

Cuba bayangkan setiap hari kita berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, tanpa disedari anda mula stres dan simptom-simptom tersebut muncul.

Anda juga bakal berhadapan dengan pembunuh senyap atau kematian mengejut akibat serangan jantung.

Risiko

Kesesakan lalu lintas mengakibatkan kepekatan karbon monoksida meningkat di udara dan ini menyebabkan otot jantung kekurangan oksigen. Stres atau tekanan perasaan juga menyebabkan kadar denyutan jantung meningkat. Pemandu pula hilang kawalan emosi hingga tercetusnya perasaan marah dan ?mengamuk?.

Satu kajian baru-baru ini menunjukkan kesesakan lalu lintas mempunyai kaitan dengan risiko serangan jantung.

Penyelidikan yang melibatkan 1,500 kes serangan jantung itu dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Jerman dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut kajian itu, mereka yang berdepan dengan kesesakan trafik tidak kira sama ada pemandu, penumpang, penunggang motosikal atau pengguna pengangkutan awam akan mengalami risiko serangan jantung tiga kali ganda lebih daripada keadaan biasa.

Kebanyakan kes yang diteliti menunjukkan tempoh satu jam pertama kesesakan trafik sudah cukup untuk meningkatkan risiko itu.

Kajian oleh Institut Epidemologi Helmholtz dan Sekolah Kesihatan Awam Universiti Havard itu juga mendapati suku daripada kes yang dipantau melibatkan wanita berusia sekitar 60-an.

Pemandu kereta yang terperangkap dalam kesesakan merupakan kelompok utama yang terdedah kepada serangan jantung.

Merangsang

Dalam konteks ini, keadaan stres sama ada akut atau kronik meningkatkan risiko penyakit jantung. Pada seseorang yang menghidapi penyakit jantung, stres akut boleh mencetuskan serangan jantung (infarksi miokardium).

Stres yang berlarutan atau kronik akan meningkatkan risiko penyakit jantung. Ia merangsang penyakit tekanan darah, dinding saluran darah menebal, merangsang mendapan lemak dan sel darah beku pada dinding saluran darah.

Selain itu, hormon adrenalin yang meningkat menyebabkan kadar degupan jantung turut bertambah, dinding jantung menebal serta merangsang peningkatan insulin yang boleh menebalkan dinding saluran darah.

Tidak ketinggalan peningkatan hormon CRP dan homosistein semasa stres turut menyumbang kepada risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

?Apabila seseorang stres, ia boleh memberi kesan kepada saluran darah dan meningkatkan aras gula dalam badan. Keadaan ini merupakan risiko kepada serangan jantung hingga boleh menyebabkan kematian mengejut dan kemalangan jalan raya.

Secara amnya, kita melihat ramai yang stres akibat kesesakan lalu lintas. Pendek kata, kita harungi kehidupan moden ini bersama stres, kebimbangan dan kekecewaan yang mana adunannya cukup menekan, menjadi sebahagian daripada rutin seharian.

Bagaimanapun, tekanan luar biasa yang berpanjangan mempunyai kesan-kesan psikologi negatif dan menjejaskan fungsi jantung , sistem penghadaman dan rangka otot.

Justeru itu, setiap orang perlu bijak mengawal perasaan setiap kali berhadapan dengan keadaan yang boleh menyebabkan stres. ??Ia bukan sahaja berpunca daripada keadaan jalan raya, malah masalah kewangan, tempat kerja, keluarga dan sebagainya boleh menyumbang stres,? jelas Pakar Kardiologi Pusat Pakar Perubatan KPJ Tawakkal, Dr. Zul Hilmi Yaakob.

Rokok punca utama

Bercerita lanjut, Dr. Zul Hilmi memberitahu, serangan jantung bukanlah punca utama kemalangan di jalan raya. Secara kebetulan, banyak kes serangan jantung ketika memandu menyebabkan kematian dan kemalangan.

?85 peratus kemalangan jalan raya disebabkan alkohol, pemanduan individu itu sendiri dan menggunakan telefon atau khidmat pesanan ringkas (sms) ketika memandu. Namun, orang ramai perlu bersedia dan berhati-hati sekiranya serangan jantung berlaku sama ada ketika kesesakan lalu lintas atau jalan raya tenang kerana ia bukan sahaja membahayakan diri pemandu tetapi turut membahayakan penumpang lain,? ujarnya.

Kebiasaannya, seseorang yang mendapat serangan jantung tidak akan dibenarkan memandu selama empat minggu.

Berbeza pula kes mereka yang merokok ketika memandu terutamanya untuk bagi perjalanan jarak jauh.

?Keadaan ini banyak berlaku. Ramai pemandu merokok untuk hilangkan mengantuk ketika memandu balik kampung pada musim perayaan atau berhadapan dengan kesesakan lalu lintas. Tidak kurang pula yang merokok kerana stres apabila jalan raya mulai sesak.

??Dalam diam, rokok sebenarnya meningkatkan kolestrol dan serangan jantung mengejut. Justeru itu, amalan ini sebenarnya perlu diubah kerana ia membahayakan pemandu dan penumpangnya,? katanya.

Panduan

Jika berasa sakit dada ketika memandu, Dr. Zul Hilmi menyarankan berhenti memandu dan segera meminta bantuan penumpang yang lain untuk membawa anda ke hospital. Sebaliknya, sekiranya anda memandu sendiri, segera berhenti daripada memandu kereta.

Di Malaysia, 15 hingga 20 peratus pesakit meninggal dunia selepas mendapat serangan jantung. Berbeza dengan negara maju, kematian hanya lima hingga sembilan peratus.

?Statistik ini disebabkan ramai pesakit lewat datang ke hospital, lewat didiagnosis dan lambat mendapatkan rawatan selepas mendapat serangan jantung secara tiba-tiba.

??Justeru itu, orang ramai yang mendapat sakit dada ketika memandu tidak kira dalam apa jua keadaan lalu lintas, perlu bertindak segera iaitu berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan kesihatan,? katanya.

Menyentuh tentang pemandu kenderaan komersial seperti bas, Dr. Zul Hilmi menyaran agar individu yang ingin mendapatkan lesen tersebut perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.

Setakat ini katanya, belum ada undang-undang dikuatkuasa untuk memastikan pemandu bas perlu bebas daripada penyakit jantung.

Dalam pada itu, Pusat Pakar Perubatan KPJ Tawakkal yang terletak di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur mengadakan program khusus sempena Hari Jantung Sedunia 2011 yang berlangsung semalam. Antara aktiviti yang dilakukan adalah ceramah kesihatan berkaitan jantung dan pemeriksaan asas kesihatan secara percuma.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Phytolacca american 3 in 1

kuruskan-badan

Salam sejahtera,

Kurus dan berat badan ideal menjadi idaman wanita dan lelaki. Dengan peningkatan gaya hidup masa kini menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) bukan sahaja dialami oleh orang dewasa. Malah masalah kini kian meruncing kepada kanak-kanak dan remaja.

Diet yang tidak seimbang dan diburukkan lagi dengan gaya hidup yang membudayakan makanan ringan dan makanan segera. Pengambilan makanan seperti burger,ayam dan lain-lain lagi yang tidak terkawal telah menyebabkan masalah kegemukan dikalangan remaja dan kanak-kanak di tahap membimbangkan sehingga Kementerian Pelajaran sendiri telah menganjurkan program makanan sihat dan mengenal pasti masalah kegemukan ini di sekolah. Ini menunjukkan masalah obesiti adalah masalah yang kian meruncing pada masa kini.

Apabila badan kita gemuk, ia akan menimbulkan masalah bukan sahaja pada penampilan diri tetapi pada masalah kesihatan. Orang gemuk (obesiti) akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit kronik seperti masalah darah,jantung,alahan dan pelbagai lagi penyakit kronik. Masalah kegemukan ini perlu diatasi dengan diet terkawal,amalan bersenam dan pengambilan ubat kurus juga perlu berhati-hati dan pastikan ubat yang bebas kesan sampingan.

Dipasaran banyak ubat kurus kerana disebabkan permintaan untuk menguruskan badan tinggi pada masa kini. Dalam memilih ubat yang boleh membantu kita menguruskan berat badan kita sebagai pengguna harus bijak. Perkembangan masa kini, menuntut kita prihatin dengan masalah pemilihan ubat. Ubat kurus yang paling selamat adalah ubat kurus yang tidak menggunakan bahan kimia dan bahan terlarang yang boleh memudaratkan kesihatan badan dikemudian hari.

Penemuan teknologi homeopathi yang terkini, telah memberi harapan baru kepada mereka yang  mengalami masalah obesiti. Sebagaimana yang kita ketahui ubat homeopathy atau biochemic bebas kesan sampingan. Ubat kurus dan mengurangkan badan homeopathy seperti phytolacca americana 3 in 1 adalah rumusan yang paling selamat dan bagus untuk mereka menurunkan berat badan secara konsiten tanpa kesan “yoyo”. Disamping itu pengambilan phytolacca dalam tempoh 3 bulan awal adalah penting unutk membersihkan segala sisa-sisa toksin didalam badan kita supaya proses menurunkan berat badan dapat dilakukan. Ramai yang gagal dalam menurunkan berat badan disebabkan toksin dalam badan tidak dapat dinyahkan.

Faktor ini menyebabkan mereka sukar menurunkan berat badan walaupun berpuluh ubat diambil tetapi kesan penurunan tidak berlaku. Dalam rawatan homeopathy tempoh 3 bulan pertama adalah penting kerana dalam bidang homeopathy punca segala penyakit harus ditangani dahulu sebelum rawatan seterusnya diteruskan. Ramai yang tidak sanggup menunggu lama,tetapi hasilnya mereka juga sering gagal disebabkan penurunan berat badan hanya terjadi sementara dan tidak kekal lama.

Phytolacca Americana 3 in 1 bukan sahaja ubat menurunkan berat badan,. Ia juga berfungsi sebagai agen anti kanser yang bagus. Malahan kajian terbaru juga menunjukkan remedy ini juga berkesan merawat penyakit AIDS. Oleh itu dalam memilih ubat kurus atau produk menguruskan badan .Faktor kesan sampingan juga haruslah dititik berat.

Berjumpa lagi, Kak Zu akan mengupas masalah berat badan pada artikel akan datang.

Blog Widget by LinkWithin

Tags: kesan ubat kurus, petua turunkan berat badan, petuakuruskan badan, phytolacca, phytolacca americana, phytolacca americana 3 in 1, phytolacca berry, remedy kuruskan badan, turunkan berat badan, ubat kurus berkesan, ubat kurus homeopathi, ubat kurus homeopathy, ubat kurus selamat, ubat turunkan berat badan


View the original article here


Post

testimonial carmino complexion cream,bc05 dan marigold soap

Salam

Sudah agak lama Kak Zu tidak post tentang testimonial diblog ini kerana kekangan masa. Hari ini Kak Zu nak post satu capture email daripada seorang pelanggan yang carmino cream complexion dan bc05 . Memang remedy alternatif homeopathi dan biochemic memang berkesan dan yang penting tiada kesan sampingan. Dan jika tidak nampak sila klik pada gambar unutk paparan lebih jelas.

testimonial-cccmarigold-dan-bc05-blog1

Blog Widget by LinkWithin

Tags: carmino cream complexion, hidung berair, jeragat, jerawat, jerawat batu, rawatan jerawat, rawatan resdung, resdung, testimonial bc05, testimonial ccc, ubat resdung


View the original article here


Post

Phytolacca americana kuruskan badan secara semulajadi

phytolacca_americana_flowers_berries

Phytolacca americana 3 in 1 atau dikenali sebagai pokeweed adalah sejenis tumbuhan dalam kateogori berry yang nbukan sahaja berfungsi menurunkan berat badan secara semulajadi. Malahan phytolacca americana juga terkenal sebagai agen anti kanser yang berkesan membunuh sel-sel kanser.

Phytolacca americana 3 in 1 adalah bahan campuran yang terdiri daripada kandungan herba mewah seperti allium dan ia juga telah diporses dengan teknologi homeopati sehingga zero kesan sampingan. Phytolacca americana juga telah terbukti berkesan mengurangkan nafsu makan terhadap makanan yang manis. Pengambilannya secara konsisten dan ditambah dengan R79 akan dapat menurunkan berat badan anda secara ideal

Kini anda bukan sahaja dapat menurunkan berat badan tetapi juga memiliki tubuh badan yang sihat daripada pelbagai penyakit kronik. Ia juga berfungsi sebagai anti kanser.Oleh itu amalan harian pengambilannya boleh mengelakkan kita dijangkiti penyakit kanser.

Oleh itu dalam memilih produk menurunkan berat badan,kita mestilah bijak memilih produk yang bebas kesan sampingan dan bukannya produk yang boleh mnurunkan berat badan dengan cepat.

Blog Widget by LinkWithin

Tags: kuruskan badan, menurunkan berat badan, menurunkan berat badan dengan cepat, phytolacca americana, phytolacca americana 3 in 1, phytolacca berry, ubat phytolacca americana 3 in 1


View the original article here


Post

Kembali dara

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Dr. Alice semasa sidang media memperkenalkan rawatab V2LR yang pertama di Malaysia baru-baru ini.

PROSES melahirkan anak serta penuaan semula jadi sememangnya akan memberi kesan kepada otot dan ligamen sekitar vagina atau faraj wanita.

Pengalaman yang begitu istimewa itu walaupun sentiasa dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri tetapi ia sedikit sebanyak memberi kesan kurang baik kepada mereka yang sentiasa mementingkan hubungan intim.

Vagina yang semakin lemah dan longgar dengan kekenduran otot serta ligamen di sekeliling lantai pelvik sememangnya boleh memberi kesan kepada kepuasan ketika menjalin hubungan seksual. Keadaan ini dipanggil vagina relaxation dan menyebabkan wanita tidak lagi mendapat kepuasan seks seperti dulu.

Antara simptom lain yang turut dialami akibat masalah ini ialah stress urinary incontinence (SUI) iaitu keadaan di mana seseorang itu tidak dapat mengawal pengeluaran air kencing, hilang fungsi kawalan dan penurunan keinginan seksual.

Lazimnya, wanita pada usia muda memiliki struktur tubuh yang ketat dan kemas.

Namun, perubahan akan berlaku selepas melahirkan anak kerana otot dan ligamen sekitar vagina atau faraj akan mengendur.

Situasi ini yang menghantui segelintir wanita kerana takut tidak mendapatkan kepuasan seks terutamanya ketika usia semakin meningkat dan bakal menempuh alam menopaus.

Mungkin disebabkan itu, ramai wanita yang ingin berusaha mengembalikan ' dara ' dengan pelbagai kaedah rawatan tradisional atau moden.

Rawatan Vulvo & Vafinal Laser Reshaping (V2LR) misalnya dikatakan mampu memulih keadaan otot serta kekuatan faraj wanita.

Pakar Sakit Puan dan Kecantikan Klini Dr. Alice, Dr. Alice Prethima berkata, teknologi V2LR boleh membantu wanita yang mengalami masalah kekenduran otot vagina terutama selepas bersalin atau akibat peningkatan usia.

?Rawatan ini boleh meningkatkan tahap kesihatan seksual di kalangan wanita. Ia dapat mengatasi dilema wanita dalam mendapatkan kepuasan seks,? katanya.

Dr. Alice memberitahu, pembedahan ini menggunakan laser dan tidak mengakibatkan pendarahan. Ia mengambil masa satu hingga dua jam.

Katanya, umumnya, pesakit yang bekerja boleh kembali ke pejabat pada hari sama melakukan rawatan bergantung kepada keadaan pesakit.

Secara tidak langsung ia mampu mengurangkan diameter luar dalam vagina, sekali gus meningkatkan rangsangan vagina.

Bagi mereka yang ingin mengetahui tentang rawatan V2LR boleh melayari www.aliceantiaging.com atau menghubungi 1 300 88 3234.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Masalah jeragat,bintik hitam dan kaedah penyelesaian yang selamat

masalah jeragat-tompok hitam

Salam sejahtera,

Sudah hampir 2 minggu Kak Zu tidak update blog kerana kekangan masa dan juga kesibukan kerja diluar kawasan. Anda mungkin masih dalam mood hariraya dan berkunjungan kerumah saudara-mara dan sahat handai.

Pada post kali ini Kak Zu ingin mengulas tentang masalah jeragat. Masalah jeragat timbul akibat daripada kekurangan nutrien kepada kulit disebabkan faktor usia,perubahan hormon dan persekitaran. Oleh itu dalam merawat masalah jerawat,bintik hitam,tompok hitam.Perkara yang asas yang perlu dilakukan adalah merawat secara dalam dan luaran. Ini penting,kerana jeragat tidak akan hilang atau lambat hilang dengan hanya melakukan rawatan secara luaran sahaja dengan memakai pelbagai jenis krim dan pelembab sahaja.

Rawatan dalaman adalah penting untuk membekalkan kepada tubuh nutrisi yang penting untuk keanjalan kulit muka dan juga pembinaaan sel-sel baru.Oleh itu adalah penting bagi kita membuat rawatan dalaman. Rawatan dalaman dengan mengggunakan keaedah biochecmic adalah paling selamat didunia .Remendy biochemic seperti BC04 with collagen boleh membantu memberi collagen semulajadi pada kulit dan mencantikkan semula sel-sel kulit dan juga membina sel-sel kulit yang telah mati.

Selain itu rawatan menggunakan hazel nut atau juga beberapa herba yang terkandung dalam carmino soap juga dapat membantu anda mencuci kulit muka secara semulajadi. Penggunaan cream carmino complexion juga adalah penting unutk membaiki struktur kulit mati dan fungsinya bukan sahaja menghilangkan jeragat,malah berkesan untuk menghapus binti-bintik hitam.Oleh itu adalah penting kepada kita memilih produk yang bebas daripada kesan sampingan seperti produk berasaskan biochemic dan homeopati.

Sekian sahaja untuk kali ini dan bertemu di post akan datang..

Blog Widget by LinkWithin

Tags: bc04, bc04 with collagen, biochemic, carmino soap, cream carmino complexion, homeopati produk, krim bintik hitam, krim jeragat, masalah bintik hitam, masalah hitam bawah mata, masalah jeragat, masalah kulit berkedut, masalah muka berjeragat, rawatan jeragat berkesan, ubat bintik hitam, ubat homeopathy, ubat jeragar homeopati, ubat jeragat


View the original article here


Post

Masalah parut jerawat berlubang

Salam sejahtera,

Masalah parut samada disebabkan oleh jerawat atau benda lain kadangkala menyebabkan diri kita tertekan dan rungsing. Khususnya masalah parut yang berada dibahagian muka yang boleh menyebabkan penampilan diri terjejas.

Oleh itu, pelbagai produk dicuba sehingga kepada produk yang murah sehingga produk yang mahal. tetapi hasilnya kecewa. Dalam kaedah rawatan homeopathy dan biochemic dalam merawat masalah parut berlubang seperti parut jerawat. Dua elemen penting diutamakan iaitu menggunakan bahan-bahan yang tiada kesan sampingan dan yang keduannya memastikan prosesnya berlangsung dengan kaedah semulajadi. Ini penting, dalam kita ingin cantik ,kita juga haruslah bebas kesan sampingan dikemudian hari seperti berlaku penipisan kulit disebab penggunaan bahan kimia.

Dalam merawat parut berlubang, antara remedy homeopathy yang berkesan merawat masalah parut secara luaran adalah menggunakan Bio T3 Scar Free cream. Krim herba yang diperkaya dengan Calendula, Echinacea dan Hydroxproxsilane ( bahan yang diekstrak secara bioteknologi) yang selamat dengan mengguna teknik nano dan tidak mengandungi bahan-bahan dari haiwan.

Kegunaan krim ini:

·         Untuk parut di tubuh

·         Parut akibat surgery

·         Parut akibat kebakaran

·         Parut akibat kemalangan

·         Strecth mark

·         Parut jerawat

Blog Widget by LinkWithin

Tags: formula merawat parut muka, hilangkan parut jerawat, hilangkan parut lepas bersalin, hilangkan parut pembedahan, jerawatmasalah jerawat, krim parut, krim parut jerawat berlubang, masalah parut jerawat, masalah parut jerawat berlubang, parut dimuka, parut jerawat kawah, parut kawah, parut muka, petua hilangkan parut, petua merawat parut jerawat, ubat parut jerwat, ubat parut luka


View the original article here


Post

Terapi Sinar Inframerah Jauh

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto IRWAN MAJID

DULU badannya cepat letih dan sering mengantuk. Lebih memburukkan keadaan apabila berat badannya tidak menentu. Sebagai seorang kakitangan kerajaan, Yatie Nordin berasa risau. Lebih-lebih lagi, pada usia mencecah 50-an, dia perlukan banyak tenaga.

Justeru itu, dia amat serius perihal penjagaan kesihatan ini. Mungkin bagi rakan-rakannya, dia seorang wanita yang sihat tubuh badan. Namun, Yatie beranggapan masalah berat badan dan toksin sama penting seperti dia melakukan rawatan wajah.

Dalam kesibukan mengejar tugas harian, Yatie diperkenalkan Terapi Sinar Inframerah Jauh (FIR) Zazen .

"Sebagai seorang wanita bekerja, saya jarang mempunyai masa bersenam. Pengetahuan tentang terapi ini membuatkan saya ingin memiliki sauna Zazen. Selepas memiliki sendiri sauna ini, saya kemudiannya bercadang untuk membuka pusat terapi sauna FIR," ujarnya yang kini mengusahakan Zazen Health Solutions Sdn. Bhd terletak di No. 1-41, Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, Kuala Lumpur (berhampiran TESCO Ampang).

Toksik

Sebagai rawatan alternatif, terapi FIR Zazen membakar 600 sehingga 900 kalori setiap 30 minit sesi.

Bahkan terapi ini membantu mengekalkan berat badan ideal.

Menurut Yatie, rawatan terapi pemanasan inframerah jauh merupakan penyelesaian sains untuk pelbagai masalah kesihatan.

"Berbanding dengan sauna konvensional, alat sauna FIR membolehkan pesakit yang menghidap masalah jantung dan lelah mencubanya tanpa memberi kesan terhadap penyakit yang mereka hadapi. Rawatan terapi mudah ini juga tidak memenatkan ini hanya memerlukan pesakit duduk di dalam alat sauna selama 30 minit pada setiap kali rawatan. Berbeza dengan sauna biasa yang hanya merangsang permukaan kulit untuk mengeluarkan peluh, sauna FIR ini bertindak daripada dalam," ujarnya.

Sistem pemanasan FIR jauh mampu mengeluarkan toksik yang terkandung dalam lapisan ketiga kulit manusia.

Selepas menjalani terapi ini, 70 peratus air berbentuk peluh akan keluar dan selebihnya ialah toksik yang terkumpul dalam badan kita.

Kebiasaannya pesakit yang telah menerima rawatan terapi akan berasa lebih ringan, dapat tidur malam dengan lebih lena dan akan ke tandas pada keesokan paginya.

Oksigen

Selepas menerima rawatan terapi ini pesakit akan dapat meningkatkan peredaran darah dan oksigen dalam tubuh.

Disebabkan pelancaran darah baik, ia memberi kecantikan pada kulit di samping menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru dan membakar lemak.

Ia juga sesuai digunakan oleh semua orang daripada bayi hingga kepada warga emas. Hanya wanita mengandung dan dalam haid tidak digalakkan mencuba kerana dikhuatiri memudaratkan kandungan dan menambah kelesuan badan akibat pengeluaran darah haid.

"Pada tahun 1998, FDA meluluskan penggunaan terapi sinar inframerah sebagai alat untuk meredakan kesakitan otot dan tisu. Terapi alternatif ini dapat membantu dalam prestasi atlet tempatan. Ia juga digunakan oleh individu yang prihatin terhadap kesihatan. Secara umumnya, kabin Zazen FIR sesuai untuk kegunaan seharian setiap ahli keluarga di kediaman masing-masing. Kami juga menyediakan rawatan percuma kepada warga emas," ujarnya.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Bilakah malam laitulqadar yang sebenarnya

ALLAH SWT berjanji akan meningkatkan gandaan pahala kepada setiap orang Islam yang bersungguh-sungguh dalam mengerjakan ibadat sepanjang kehidupan. Setiap hari adalah hari beribadat malah bekerja juga termasuk dalam kategori ibadat. Dengan bekerja, seseorang itu dapat memperoleh rezeki yang halal bagi menyara kehidupan dan tanggungannya.

Dalam memenuhi tanggungjawab tersebut, Allah SWT memberikan peringatan bahawa bulan Ramadan adalah bulan yang paling banyak gandaan pahalanya. Antara celahan bulan Ramadan, terdapat satu malam yang amat besar ertinya kepada orang Islam kerana pada malam tersebut dijadikan penuh keberkatan dan kebaikan.

Malam tersebut dikenali sebagai Lailatuqadar. Lailatulqadar adalah malam yang amat agung kerana dipilih Allah sebagai malam permulaan Nuzul Quran atau permulaan Allah melimpahkan cahaya agama Allah ke seluruh alam, di samping melimpahkan kesejahteraan dan kedamaian yang memancar dari hidayat Allah (al-Quran) ke atas hati dan kehidupan manusia.

Gambaran keberkatan pada malam itu ialah dalam nilaian ia lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan, ertinya ialah selama 83 tahun dan 4 bulan. Maknanya, sesiapa yang dapat menikmati malam tersebut akan memperolehi ganjaran pahala dalam gandaan seribu bulan.

Beruntunglah bagi mereka yang dapat mengerjakan ibadat sepanjang malam tersebut. Kelebihan dan kemuliaan malam tersebut disebut oleh Allah SWT dalam satu surah khusus, iaitu Surah al-Qadr.

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan (al-Quran) pada malam al-Qadr. Adakah kamu tahu (wahai Muhammad) apakah malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr adalah lebih baik daripada seribu bulan.” (al-Qadr:1-3).

Bilakah malam Lailatulqadar itu? Rasullullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada satu malam. Amal ibadah yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia hilang semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah SWT.” (Riwayat Ibnu Majah).

Mengenai tarikh sebenar malam tersebut, para ulama tidak mempunyai kesepakatan. Bagaimanapun kesemua ulama bersetuju bahawa Lailatulqadar hanya berlaku pada bulan Ramadan, terutamanya pada sepuluh malam terakhir.

Manusia perlu mencari hikmah di sebalik misteri tarikh tepat malam tersebut. Allah SWT sengaja menyembunyikan rahsia pada malam tersebut dengan harapan manusia tidak akan menyempadankan diri hanya untuk beribadat secara terhad pada malam itu sahaja.

Allah SWT sengaja melakukannya kerana mengharapkan setiap umat Islam dapat melakukan persediaan yang lebih baik, sehinggalah boleh menikmatinya dengan kesungguhan dan penuh keimanan.

Dalam satu hadis, Aisyah r.a. berkata Rasulullah SAW bersabda: (Riwayat Tarmizi, Nasai, Ibnu Majah dan Ahmad).

Kenapa Lailatulqadar itu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW? Menurut Imam Malik, Rasullullah SAW tersentak apabila memikirkan umur umatnya tidaklah sepanjang umat-umat sebelumnya. Menyedari mengenai keadaan tersebut, Nabi Muhammad SAW memohon pertolongan daripada Allah SWT.

Nabi Muhammad SAW memohon agar diberikan peluang beribadat sepanjang yang mungkin sebagaimana peluang itu telah diberikan kepada umat-umat sebelumnya. Akhirnya, Allah SWT mengabulkan permintaan tersebut dengan menurunkan Lailatulqadar.

Menurut Syeikh Muhammad Abduh, sebab kenapa malam tersebut diturunkan kepada umat Nabi Muhammad SAW adalah kerana ia adalah ketentuan Allah SWT. Pada malam tersebut, Allah SWT mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintah nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang benar. Agama yang dapat melepaskan manusia daripada segala kehancuran dan kerosakan.

Imam Nawawi pula berhujah, sebahagian ulama memberikan pandangan bahawa malam itu datangnya secara bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya, jika pada tahun ini berlaku pada 29 Ramadan, maka pada tahun akan datang ia akan datang pada malam yang berbeza.

Pendapat tersebut turut diterima oleh Ibn Hazam dengan menjelaskan malam itu adakalanya berlaku pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan, ia berlaku dalam posisi kiraan ganjil.

Ada juga ulama membuat kesimpulan setiap tahun Lailatulqadar berlaku pada tarikh yang sama, iaitu pada tanggal 27 Ramadan. Pendapat tersebut bersandarkan kepada sebuah hadis Rasulullah SAW sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud: Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatulqadar itu pada malam 27.

Menurut Ibnu Abbas, kerana surah al-Qadr mengandungi 30 kalimah dan kata salamun hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah ke-27, maka malam tersebut adalah malam ke-27.

Ulama yang lain berpendapat, kalimah Lailatulqadar terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr, kalimat tersebut diulang-ulang sebanyak tiga kali, maka tentunya ia akan berlaku pada malam ke-27, iaitu sembilan didarabkan dengan tiga.

Ada ulama menetapkan malam tersebut akan berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir bulan Ramadan. Pendapat ini dikemukakan oleh Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berasaskan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a. dan seterusnya diriwayatkan oleh Imam Bukhari: “Carilah sedaya upaya kamu Lailatulqadar itu pada 10 malam ganjil pada akhir Ramadan.”

Pendapat para U’bbad menyatakan ia mengikut hari permulaan awal Ramadan, bila awal puasa pada hari Ahad atau Rabu maka, malam Lailatulqadar ialah pada malam 29 Ramadan.

Bila awal puasa pada hari Jumaat atau Selasa, maka malam Lailatulqadar ialah pada malam 27 Ramadan. Bila awal puasa pada hari Khamis, malam Lailatulqadar pada malam 25 Ramadan.

Jika awal puasa pada hari Sabtu, malam Lailatulqadar ialah malam 23 Ramadan dan jika awal puasa pada hari Isnin maka, malam Lailatulqadar pada malam 21 Ramadan.

Menurut Syeikh Abu Hassan, beliau tidak pernah luput dari malam Lailatul Qadar mengikut kaedah ini.

Pengalaman mendapatkan Lailatulqadr adalah sebuah pengalaman spiritual yang paling puncak bagi orang yang bersungguh-sungguh berusaha menyempurnakan keimanannya. Maka, setiap orang Islam perlu melakukan ibadah dan ibadat dengan bersungguh-sungguh sepanjang kehidupannnya bagi mendapat keberkatan. Kemanisan keimanan akan menjadi berlipat ganda sekiranya manusia itu mampu meraih malam Lailatulqadar.

Dalam masyarakat Melayu, malam Lailatulqadar turut dikenali sebagai malam tujuh likur. Meskipun ada banyak cerita yang berkisar dalam masyarakat Melayu mengenai malam tersebut, sebahagian besarnya adalah cerita yang tidak bersandarkan petunjuk yang jelas.

Malah pada malam tersebut turut diceritakan banyak keganjilan berlaku – air berhenti mengalir, pokok sujud menyembah bumi atau malaikat turun ke bumi dalam bentuk manusia – kerana tidak semua manusia boleh menemuinya dalam bentuk nyata.

Imam Thabari menjelaskan untuk menemui malam itu, tidak disyaratkan dengan melihat sesuatu atau mendengarnya. Maka amalan sesetengah orang Melayu menunggu air paip menjadi beku pada malam tersebut perlu digantikan dengan memperbanyakkan amal ibadat yang lebih berfaedah.

Jika kita ingin mendapatkan Lailatulqadar, kita seharusnya dapat melakukan ‘kiam’ Ramadan. Sepanjang bulan tersebut kita hidupkan suasana ingin belajar (taklim) sepanjang masa, siang dan malam dengan beribadah, zikir, solat sunat dan qiraah (tadarus dan telaah) al-Quran.

Seluruh indera kita dipusatkan kepada pintu keampunan bagi melenyapkan diri kita daripada dosa dan dinyahkan syak wasangka.

Sepanjang bulan Ramadan, sebenarnya bulan kita bermuhasabah dan membersihkan diri daripada segala kekotoran malah ada yang mentafsirkan bulan kesembilan itu sebagai bulan penuh kebajikan.

Lailatulqadar yang kita impikan itu adalah sebuah titik yang perlu kita cari, kerana pencarian itu membawa kita kepada kemuncak kehidupan, agar amal dan ibadah kita akan diterima oleh Allah SWT, kita akan dimasukkan sebagai senarai orang yang beriman dan beramal soleh.

Sumber :


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Jangkit HIV melalui makanan dikunyah

KAJIAN terbaru dari Afrika Selatan mendapati, lebih daripada dua pertiga ibu dan penjaga positif HIV yang memberikan makanan yang mereka kunyah kepada bayi masing-masing, berkemungkinan meletakkan bayi mereka berisiko tinggi mendapat jangkitan virus berbahaya itu.

Walaupun melalui kajian tersebut penyelidik tidak bertanyakan soalan kepada penjaga berkenaan sama ada mereka mempunyai virus HIV atau tidak semasa perbincangan mengenai pemberian makanan kepada bayi diadakan, tetapi setengah daripada mereka ditemu ramah di klinik HIV.

Kebanyakan penjaga yang mengunyah makanan juga didapati mengalami penyakit mulut seperti gusi berdarah dan bengkak mulut tetapi masih lagi memberikan makanan yang dikunyah mereka kepada bayi.

Hal ini secara tidak langsung menyebarkan penyakit tersebut kepada bayi yang dijaga sekiranya mulut bayi tersebut luka.

Kajian terkini yang dilakukan oleh Dr. Aditya Gaur, di Hospital Kanak-Kanak St. Jude di Memphis, Amerika Syarikat juga mendapati amalan kunyahan makanan telah menular di kalangan masyarakat setempat.

"Seterusnya kita akan melihat sejauh mana risiko pengamalan pemindahan pathogens ini akan berlaku," katanya kepada Reuters.

Dr. Gaur merupakan salah seorang penyelidik pertama yang mengkaji permasalahan tersebut di Amerika Syarikat. Tetapi secara amnya dia mendapati bukti-bukti yang menunjukkan kes-kes tersebut adalah sedikit.

Dalam pada itu, kajian terbaru yang diketuai oleh Dr. Elke Maritz dari Hospital Kanak-Kanak Tygerberg dan Universiti Stellenbosch di Cape Town, juga tidak dapat membuktikan terdapatnya kaitan antara kunyahan makanan dan jangkitan HIV kepada bayi.

Tetapi penjaga-penjaga perlu mengetahui risiko-risiko yang bakal dihadapi terutama sekali di kawasan yang mempunyai jumlah penyakit HIV dan hepatitis B yang tinggi.

Mereka juga perlu mengetahui cara lain bagaimana bayi boleh mengalami jangkitan tersebut selain melalui makanan yang telah dikunyah.

Dalam kajian tersebut, Maritz dan rakan-rakan yang lain telah menemu bual 154 penjaga bayi terutama ibu-ibu di tempat menunggu HIV, klinik ibu mengandung dan juga rumah kanak-kanak.

Dua pertiga daripada mereka atau 106 orang menyatakan bahawa bayi mereka diberi makanan yang telah dikunyah oleh mereka.

Sebanyak 55 orang daripada mereka pula mengalami penyakit mulut seperti gusi berdarah dan bengkak mulut dan 41 daripada jumlah tersebut dilaporkan memberi makanan yang mengandungi darah kepada bayi mereka.

Begitupun, perkara tersebut merupakan senario biasa yang sering dialami bayi ketika menerima makanan yang telah dikunyah sama ada dari ibu mereka ataupun penjaga mereka.

"Laporan mengenai makanan yang bercampur dengan darah bukan lagi satu perkara yang merunsingkan mereka malah bayi-bayi tersebut turut mengalami penyakit mulut," ujar Maritz lagi.

Para penjaga yang ditemui memberitahu, mereka melakukan perkara tersebut (mengunyah makanan) bertujuan untuk merasa makanan tersebut terlebih dahulu sama ada panas atau tidak sebelum diberikan kepada bayi masing-masing.

Kebanyakan daripada mereka turut memberitahu bahawa mereka dinasihati berbuat demikian oleh ibu masing-masing dan mereka juga tidak mengetahui risiko yang bakal dihadapi.

"Berdasarkan kepada amalan yang dilakukan oleh masyarakat setempat sebelum ini, mengunyah makanan merupakan perbuatan biasa yang sering dilakukan oleh penjaga-penjaga dan mereka juga tidak diberitahu semasa ditemu ramah sekali gus tidak mengesyaki sesuatu yang buruk melalui amalan tersebut," kata Maritz.

Tambahnya lagi, sebenarnya mengunyah makanan bukanlah satu perbuatan yang salah atau teruk dan perbuatan ini sering dilakukan oleh keluarga yang tidak berkemampuan untuk memiliki peralatan yang boleh menghancurkan makanan.

Bagaimanapun, menurut Gaur pula, ia amat penting untuk seimbangkan risiko kekurangan makanan dengan potensi yang dapat memindahkan penyakit HIV melalui makanan yang dikunyah.

Tambah Gaur, sebaik sahaja para penyelidik mendapat gambaran sebenar mengenai masalah tersebut dan bagaimana mudahnya virus HIV dapat dipindahkan melalui makanan yang dikunyah, doktor-doktor akan memberi nasihat kepada pesakit mengenai risiko yang bakal dihadapi. Tetapi semua ini memerlukan penyelidikan yang lebih mendalam.

"Bila anda menyedari akan segala risiko ini, anda akan berkongsi bersama pesakit-pesakit dan dalam masa yang sama anda juga harus menyedarkan masyarakat setempat mengenai segala risiko-risiko ini.

"Kajian ini perlu diterjemahkan ke dalam bentuk kaunseling dan juga amalan seharian," katanya. - Reuters


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Lirik lagu tema sinetron cinta melody

Lagu tema sinetron cinta melody .hayati lagu ini dalam video dibawah



Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Pengurusan ekzema atopik

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Ekzema merupakan penyakit kulit yang kerap dialami di seluruh dunia dengan 10 hingga 20 peratus terdiri daripada kanak-kanak dan satu hingga tiga peratus merupakan golongan dewasa. Ekzema atopik atau dermatitis atopic sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam gatal hingga menyebabkan rasa sakit dan resah.

Penyakit kulit ini merupakan jenis ekzema yang paling banyak berlaku tetapi puncanya masih samar. Faktor genetik dan persekitaran dikatakan memainkan peranan dalam berlakunya masalah kulit.

Ia boleh menjangkiti sesiapa saja, namun lebih kerap berlaku pada kanak-kanak.

Penjagaan kulit kanak-kanak yang mengalami ekzema biasanya satu proses berterusan sehingga mereka dewasa.

Bukan setakat rasa gatal, merah dan ruam, penyakit ini juga boleh memberi tekanan emosional dan kesan kewangan bukan sahaja ke atas pesakit tetapi juga ahli keluarga, khususnya penjaga.

"Ekzema atopik satu bentuk alergi atau alahan, di mana ia berpunca daripada sistem kekebalan tubuh (imun) yang tidak normal sehingga membawa kepada kepada kerosakan kulit.

Ia adalah suatu keadaan di mana kulit pesakit khususnya kanak-kanak menjadi gatal dan kering.

Apabila kanak-kanak terasa kulitnya gatal, mereka akan menggaru dan ini merosakkan kulit dan mencetuskan kegatalan semula. Ini menyebabkan kelembapan kulit hilang menyebabkan berlakunya ekzema atopik," ujar Pakar Runding Pediatrik dan Dermatologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Leong Kin Fon.

Bayi yang berhadapan dengan ekzema atopik akan mengalami keresahan dan sukar untuk tidur.

Akibatnya, penjaga turut mengalami masalah yang sama sehingga menyebabkan tekanan.

Meningkat

Tambah Dr. Kin Fon, di Malaysia sahaja, 12.6 peratus pelajar sekolah menghadapi masalah ekzema berbanding di Indonesia hanya 3.7 peratus. Fenomena ini juga lebih tinggi di Malaysia Timur berbanding di Semenanjung.

Kebimbangan ini juga melibatkan kes ekzema atopik di kalangan kanak-kanak berumur enam hingga tujuh tahun yang meningkat daripada 9.5 peratus kepada 12.6 peratus.

Daripada kes yang berlaku, kulit pesakit atopik ekzema bukan sahaja menjadi kemerah-merahan, tetapi juga bersisik, keras dan tebal terutama di bahagian tangan dan kulit yang berlipat misalnya pada bahagian siku serta lutut.

"Kulit mungkin menjadi keras dan melecet atau bernanah akibat jangkitan bakteria. Jika seorang ahli keluarga mempunyai ekzema, asma atau alahan rinitis (alahan pada debunga), anak mereka ada peluang besar untuk turut mengalaminya.

Sesetengah kanak-kanak yang ada ekzema turut mendapat asma atau alahan rinitis. faktor persekitaran seperti cuaca dan pencemaran juga dikatakan menjadi faktor utama penyakit ini," katanya ketika kempen kesedaran ekzema atopik anjuran Leo Pharma di Bangsar, Kuala Lumpur.

Rawatan

Dalam pada itu Pakar Dermatologi, Pensyarah Kanan Hospital Hammersmith dan Pakar Kehormat Dermatologi di Kolej Imperial dan Diraja Lepasan Ijazah Sekolah Perubatan, London, Dr. Anthony Chu berharap pesakit berbincang dengan individu yang pakar terutama dalam pengurusan bagi meminimumkan serangan ekzema.

Menggambarkan bayi yang menghidap penyakit ini akan resah dan tidak boleh duduk diam, Dr. Anthony berpendapat ia sesuatu yang serius kerana kesan gatal atau ruam yang digaru itu boleh luka dan berdarah.

Menurut beliau, terdapat dua pilihan rawatan iaitu menggunakan streoid atau kombinasi streoid antibiotik dan krim.

Selain menggunakan pelembap, steroid untuk keradangan dan anti ubat gatal, pesakit boleh mengawal keadaan itu sendiri. Ini termasuk mengurangkan penggunaan cecair pencuci, penghilang bau, kosmetik, debunga dan makanan tertentu.

Dalam pada itu, pesakit-pesakit ekzema tidak disarankan menggunakan sabun atau mandian berbuih pada kulit mereka kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan kulit.

Sebaliknya, mereka disarankan menggunakan pembersih dan pelembap yang bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung tetapi juga pelembap terutama kulit yang alergi.

Sementara itu, kempen kesedaran ekzema atopik (bersatu menentang rasa gatal (itch) yang dijalankan dengan sokongan Leo Pharma ini, bertujuan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit tersebut.

Berikut beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah ekzema:

* Bawa anak berjumpa doktor

* Pastikan mereka mandi dengan sabun khas yang berkelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.

* Sapu pelembap di seluruh badan selepas mandi.

* Pakai pakaian yang nipis dan diperbuat daripada fabrik kapas.

* Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas dari habuk dan kotoran.

* Jika anak berpeluh ambil kain basah dan lap di tempat yang berpeluh.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Keluarga penyembuh sakit Nor Shanana

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

NALURI keibuan yang dianugerahkan Tuhan sukar digambar dengan kata-kata. Ini kerana ikatan yang terjalin sejak anak dalam kandungan tidak boleh ditukar ganti dengan emas dan intan menggunung.

Lantas, bagi seorang wanita, memiliki anak ibarat menyempurnakan sebuah keluarga.

Walaupun pelbagai halangan, seorang wanita akan cekal dan berusaha memberikan yang terbaik buat keluarganya.

Tidak cukup dengan itu, ada yang mengalami masalah kesihatan sehingga menyukarkan mereka mendapat zuriat. Bahkan ramai wanita menganggap dunia semakin kelam apabila disahkan tidak mampu melahirkan zuriat.

Bagi Nor Shahana Sakir, 38, pengalaman disahkan menghidap cyst (ketumbuhan) rahim dan apendiks memang mencabar.

"Setiap kali haid, rasa sakit di bahagian perut, rasa macam nak buang air besar yang amat sakit dan sukar bangun menjalankan aktiviti harian. Masa itu, saya bekerja sebagai pramugari dan sudah berkahwin. Suatu hari, saya sakit dan tidak boleh bangun, suami segera membawa saya ke Pusat Perubatan Subang Jaya," ujarnya yang menderita cyst sebelum berkahwin lagi.

Bercerita lanjut, Nor Shahana perlu segera menjalani pembedahan kerana apendiks yang dialaminya semakin radang.

Di sisi suami, Wan Zuraidi Wan Ismail, 37, Nor Shahana hanya mengharapkan dia segera sembuh lebih-lebih lagi mereka mahu segera menimang cahaya mata.

Mengandung

Selepas tujuh tahun berkahwin, Nor Shahana dan suami menerima berita gembira. Dia disahkan mengandung.

"Dugaan saya tidak hanya pada pembedahan pertama. Semasa awal mengandung, saya hampir keguguran, dan doktor menasihatkan supaya saya berehat dan tak kerja. Saya cuti tanpa gaji. Masuk trimester kedua, kandungan saya berada dalam keadaan baik baik sehinggalah kandungan saya masuk bulan kelapan.

''Saya mula diserang sakit perut terutamanya apabila saya bergerak atau selepas membuang air besar atau air kecil. Pada awalnya, doktor tidak menjumpai apa-apa komplikasi pada kandungan saya. Doktor hanya memberi ubat tahan sakit dan titisan air," katanya.

Sekembalinya dia di rumah, dia mengadu kesakitan dan dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur.

Nor Shahana segera dikejarkan ke bilik rawatan dan selepas diberikan bius, dia berada dalam keadaan tidak sedar diri. Selepas sejam dimasukkan ke bilik pembedahan, Wan Farahana Wan Zuraidi berjaya dilahirkan melalui pembedahan.

"Ketika itu saya sangat takut tetapi saya pasrah. Disebabkan komplikasi yang saya alami, saya hanya keluar lima jam selepas itu daripada bilik pembedahan. Saya dan bayi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Saya hanya dapat jumpa Farahana selepas empat hari dia dilahirkan. Saya sangat gembira kerana dapat menatap wajahnya. Saat inilah yang saya tunggu-tunggu selepas tujuh tahun berkahwin," ujarnya sambil mengesat air mata.

Di sebalik peristiwa ini, Nor Shahana tidak dapat melupakan pengorbanan suami, keluarga, dan mertuanya yang sangat membantu dan memberi dorongan. Semasa dia berada di wad bersalin selama lapan hari, suami, mertua dan adik ipar menjaganya secara bergilir-gilir.

komplikasi

"Saya tidak boleh mengawal setiap kali mahu membuang air kecil dan besar. Adik ipar , Wan Nor Alisa yang selalu membuang najis saya yang tercicir. Kasihan dia dan ketika itu saya meronta mahu melakukannya sendiri tetapi tangan saya penuh dengan wayar berisi cecair," katanya.

Apabila semuanya selesai, Nor Shahana menjalani pemeriksaan dan doktor mendapati komplikasi disebabkan keadaan rahimnya yang sudah rosak. Disebabkan itu, darah mula masuk ke dalam rahim dan anaknya hampir lemas.

"Doktor tak sarankan saya mengandung lagi sebab risiko yang sangat tinggi sekiranya rahim itu pecah dan berlaku pendarahan lagi menyebabkan sesuatu yang lebih buruk.

Nasihat saya pada wanita di luar sana, jika merasa sakit sewaktu mengandung jangan takut-takut untuk berjumpa doktor," katanya yang memilih kerjaya sebagai juru solek.

Baginya, hidupnya kini sempurna setiap kali melihat suami gembira dan Farahana membesar sebagai kanak-kanak yang pintar, sihat dan cerdas.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Pil kurus bukan penyelesaian


BAGI anda yang berazam untuk menguruskan badan, jangan terlalu bergantung kepada ubat atau suplemen untuk kurus.

Soalan: Saya mempunyai masalah berat badan. Seorang rakan menyarankan saya mengambil pil kurus. Apakah kesannya kepada kesihatan saya? Bagaimana saya mahu menguruskan badan tanpa kesan sampingan?

* Suzi, Kuala Lumpur.

Jawapan:

Masalah berat badan merupakan isu utama di kalangan wanita tak kira peringkat usia, bangsa dan adat budaya. Ia sentiasa menghantui pemikiran. Kadang-kadang wanita kita yang mempunyai masalah ini digelar '3G' - gebu, gempal dan gemuk. Ada yang bimbang suami memandang wanita lain yang lebih cantik jelita. Para isteri sanggup berbuat apa saja untuk menarik perhatian suami kepada diri mereka. Ada yang menghabiskan beribu ringgit untuk rawatan kecantikan dan juga pelangsing badan. Kegemukan atau obesiti juga boleh mengakibatkan masalah kesihatan lain seperti meningkatnya risiko kanser payu dara, kanser usus (kolorektal), kanser rahim (uterus/ peranakan), penyakit buah pinggang, ketidakseimbangan hormon dalam badan, penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan juga strok (angin ahmar).

Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan. Tapi untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen yang amat tinggi untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh.

Bersungguh-sungguh

Kalau anda bersungguh-sungguh mahu kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi dengan menggabungkan dua aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ia pasti berbaloi. Terdapat beberapa panduan ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu dengan menetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5 kilogram hingga satu kilogram dalam seminggu. Biasanya 0.5 kilogram adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1 kilogram pun dah bagus untuk peringkat permulaan.

Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor.

Rendah kalori

Anda juga disaran mengambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk mengurangkan berat badan. Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Anda juga hendaklah mengelak dari memakan makanan ringan di antara waktu makan dan memperbanyakkan meminum air mineral atau air kosong sahaja.

Anda juga hendaklah menetapkan waktu makan anda setiap hari. Sebagai contoh mengambil sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi, makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi), makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang), minum petang (3.30 - 4.00 petang) dan makan malam (6.30 petang - 7.30 malam). Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda. Cuba amalkan untuk menjamah makanan di ruang makan dan bukanlah di depan televisyen. Biasakan diri untuk menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai contoh, lakukan aktiviti senaman atau aerobik tiga hingga lima kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur, tidurlah dalam enam hingga lapan jam sehari. Saya mengharap agar Suzi dapat mencuba panduan kuruskan badan yang telah diberikan. Insya-Allah, anda akan kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal. Selamat mencuba.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Garcinia extra strength kuruskan badan dengan cepat

garcinia extra strenght


Salam


Garcinia extra strenght sudah terbukti menguruskan badan dengan cepat dan berkesan. Kandungangannya lebih 10 kali ganda lebih power membuatkannya mudah menurunkan berat badan dengan mudah. Garcinia adalah tumbuhan yang sudah banyak digunakan dalam produk-produk unutk mengurangkan berat badan.


Kandungan herbanya yang bebas kesan sampingan membuatnya banyak digunakan dan dicampur dalam produk menguruskan badan yang lain bersama-sama ramuan dan herba lain. Garcinia dapat mengurangkan nafsu makan,membakar lemak menjadi tenaga dan meningkat metabolisme.Oleh itu dapat mengurangkan berat badan bagi mereka yang sukar menurunkan berat badan.


MAklumat lanjut anda boleha dapatkan disini


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Alahan jerebu pada kanak-kanak

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar MOHD. AZIM ABDUL RAHMAN
Masalah ekzema juga boleh diakibatkan oleh jerebu.

KETIKA artikel ini ditulis, Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan sederhana di 30 bandar di seluruh negara.

Namun di sesetengah tempat seperti di Tanjung Malim, Perak, kualiti udara yang dicatatkan adalah pada paras tidak sihat apabila IPU meningkat sehingga 105.

Apabila dikaitkan dengan pencemaran udara dan jerebu, dua masalah kesihatan iaitu pernafasan dan alahan kulit memang sukar dielak.

Bagi orang dewasa yang mempunyai daya ketahanan badan atau imuniti lebih tinggi, sistem mekanisme badannya mungkin boleh menangkis penyakit bawaan jerebu itu. Namun tidak bagi kanak-kanak.

Sebab itu bukan sesuatu yang menghairankan jika klinik, hospital kerajaan dan swasta menerima banyak kes di kalangan kanak-kanak berkaitan dua masalah tersebut.

Pakar kanak-kanak dari Pusat Perubatan Taman Desa, Dr. Eric Lee Kim Hor berkata, memang banyak kes berkaitan masalah alahan dan pernafasan dilaporkan di kalangan kanak-kanak yang dimasukan ke wad kecemasan akibat pernafasan dan batuk setiap kali berlakunya jerebu.

Malah ketika negara dilanda jerebu paling teruk sekitar tahun 1997 dulu jumlah kes berkaitan alahan pernafasan dan kulit telah meningkat lebih kurang 20 peratus.

Ini kerana kedua-dua masalah tersebut amat sensitif dengan perubahan kualiti udara persekitaran mereka.

"Secara umum alahan sebenarnya satu subjek yang besar, umpama satu segi tiga yang ada dalamnya ialah asma, alergi rhinitis (sinus) dan ekzema.

"Penyebabnya adalah satu saja iaitu Ige sejenis imuniti yang ada dalam badan manusia.

"Biasanya bagi kes alahan, satu hingga tiga bayi yang baru dilahirkan akan mengalaminya. Ia mungkin akan lebih buruk kepada bayi yang tidak menyusu badan kerana sistem imuniti badan yang rendah," jelasnya yang ditemui di kliniknya baru-baru ini.

Menurut Dr. Eric, ibu bapa perlu dari semasa ke semasa memantau keadaan anak mereka apatah lagi dalam keadaan udara yang tercemar seperti jerebu.

Anak-anak perlu dibawa berjumpa doktor untuk mengenal pasti sama ada mereka mempunyai penyakit asma atau ekzema dan resdung kerana tiga penyakit itu amat berkaitan.

"Jika dilihat, alahan yang berlaku pada kanak-kanak sebenarnya bersifat sementara. Memang banyak kes alahan di kalangan kanak-kanak yang pulih dalam masa dua hingga tiga bulan sahaja.

"Mungkin yang akan kekal ialah resdung sahaja. Dalam kes yang teruk mungkin alahan akan bertukar kepada lelah," katanya.

Dr. Eric mengingatkan bahawa ibu bapa perlu peka dengan keadaan anak, kerana lelah dan batuk adalah dua perkara yang berbeza.

"Salah satu cara untuk mengenal pasti sama ada anak lelah atau tidak ialah dengan mendengar pernafasan mereka iaitu pernafasan mereka berbunyi.

"Katakan jika sudah diberi ubat pun masih batuk, mungkin anak anda sudah dijangkiti virus. Biasanya apabila anak mencecah umur tiga tahun imunisasi mereka akan meningkat dan sekali gus mengurangkan risiko untuk terkena penyakit tersebut dengan lebih kerap lagi," ujarnya.

Bagi masalah ekzema pula, kata Dr. Eric, alahan itu tidak boleh dipulihkan namun boleh dikawal.

Kawalannya pula bergantung kepada apa yang menjadi penyebab masalah tersebut.

"Jika rumah, maka kena pastikan semuanya bersih supaya anak tidak mendapat serangan kegatalan kulit yang kronik

"Memang ruam adalah satu perkara yang biasa, bintik-bintik merah di muka, namun bila bayi tidak menyusu badan, agak susah untuk sistem imunitinya sendiri bertindak, jadi ibu bapa perlu prihatin dengan memberikan susu yang sesuai yang bersifat hipo allergenic ataupun susu soya," jelasnya.

Justeru, ibu dan bapa perlu sedar bahawa bayi baru lahir mempunyai sistem imunisasi yang rendah, jadi setiap kelainan pada bayi perlu diberi perhatian," jelasnya.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Yogurt boleh ubati stres

BERDASARKAN laporan ilmiah yang diterbitkan oleh Proceeding of the National Academy of Sciences, minuman susu fermentasi atau yogurt dikatakan mampu mengubati depresi.

Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik, atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.

Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotik Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah.

?Ini membuktikan bahawa probiotik dapat mempengaruhi kimia otak. Ia juga menunjukkan bakteria berperanan penting dalam komunikasi di antara usus dan otak,? ujar Profesor John Cryan dari Kolej Universiti Cork, Ireland.

Namun begitu, dia menegaskan bahawa orang yang mengalami kemurungan tidak boleh mengambil jalan mudah dengan membeli semua jenis yogurt di pasaran.

EKSTRA: Amalan meminum air daun mangga yang telah direndam semalaman di dalam secawan air sangat membantu meringankan gejala diabetes.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Sakit perut bukan remeh

TERSALAH makan atau makan terlalu banyak mungkin mengundang padah.

PADA satu hari selepas Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, penulis yang kebetulan berada di sebuah penempatan Felda dekat Triang diminta menemani dua anak saudara untuk mendapatkan rawatan di klinik kerana masalah sakit perut.

Sampai sahaja di sebuah klinik swasta di pekan Triang, kelihatan ramai sedang menunggu giliran untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan, yang kebanyakannya mengadu sakit perut. Apa yang boleh menyebabkan sakit perut? Itulah pertanyaan penulis kepada doktor di klinik berkenaan yang mahu dikenali sebagai Dr. Vijay.

?Ada beberapa sebab. Kalau perut anda sakit, mungkin disebabkan oleh apa yang anda makan atau minum.

?Mungkin kerana keracunan makanan atau anda telah makan dan minum terlampau banyak. Makan dan minum terlampau banyak boleh menyebabkan anda mengalami sakit perut,? kata beliau.

Kata Vijay, pada musim perayaan sebegini, ramai orang datang ke kliniknya untuk mendapatkan rawatan sakit perut.


GASTROENTERITIS adalah jangkitan di usus dan ini menyebabkan berlakunya cirit-birit. - Gambar hiasan

Cirit-birit

?Mengambil makanan jenis berminyak, pedas atau berlemak kadangkala boleh menyebabkan sakit perut atau tidak hadam.

?Ini biasanya masalah kecil yang akan hilang dengan sendiri. Tetapi ia juga mungkin tanda bagi gejala kesihatan yang lain seperti refluks gastroesophagus (pedih ulu hati), intoleran laktosa, ulser, sindrom iritasi usus, jangkitan di usus dan kanser,? terang Vijay.

Ada yang berpandangan ia satu masalah yang remeh bila melibatkan orang dewasa tetapi bagi bayi serta anak kecil, sakit perut boleh menjadi satu masalah yang serius, kata beliau.

?Jadi usah teragak-agak untuk dapatkan perhatian dan bantuan perubatan,? kata Vijay lagi.

Setelah pulang ke ibu kota beberapa hari selepas hari raya, penulis bertemu pegawai perubatan kanan di sebuah pusat perubatan awam bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai sakit perut.

Menurut Dr. Robert Lim, sakit perut sedemikian dikenali juga sebagai gastroenteriritis.

Ia boleh disebabkan jangkitan pada usus, disebabkan virus, bakteria atau kuman yang lain.

?Anda mungkin kena episod yang kecil dengan cirit-birit. Kalau ia lebih serius ia boleh disertai dengan demam, muntah dan sakit perut yang boleh berlanjutan sehingga beberapa hari.

?Anda mungkin terkena jangkitan bakteria seperti E.coli atau campylobacter kerana mengambil makanan dan minuman yang dah tercemar. Adalah penting bagi mereka yang terkena jangkitan ini agar minum air dengan banyak atau mengambil cecair rehidrasi sebagai mengganti cecair badan yang banyak hilang kerana muntah dan cirit-birit,? kata beliau.

Menurut Lim, gastroenteritis adalah jangkitan di usus dan ini menyebabkan berlakunya cirit-birit atau diarhea.

?Ada juga muntah-muntah, sakit di bahagian perut tetapi dalam kebanyakan kes masalah akan hilang dalam masa beberapa hari. Ada juga kes yang berlanjutan dan mengambil masa untuk baik,? kata Lim.

Ujar Lim, risiko utama dalam kes gastroenteritis adalah dehidrasi di mana pesakit telah kehilangan cecair badan dengan banyak.

?Rawatan utama agar minum banyak air dan cuba hindari dehidrasi.

?Anda perlu berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan jika rasa mengalami dehidrasi atau wujudnya simptom yang merunsingkan,? kata Lim.

Katanya, simptom dehidrasi kepada orang dewasa adalah keletihan, pening, sakit kepala, kejang otot, mata yang tenggelam, mengeluarkan kencing yang sedikit, mulut dan lidah rasa kering, lemah badan serta mudah menjadi resah.

?Dehidrasi boleh jadi serius. Bila seseorang itu mengalami dehidrasi yang teruk, beliau akan mengalami lemah seluruh badan, hilang punca, degup jantung yang cepat dan selanjutnya koma.


MAKANAN berminyak boleh mengakibatkan sakit perut. - Gambar hiasan

Kunyah

?Dehidrasi yang teruk adalah kes kecemasan perubatan dan perlu rawatan dengan segera,? katanya.

Menurut Lim, selain daripada makan benda-benda yang berminyak, pedas dan berlemak, gastroenteritis boleh disebabkan oleh stres emosi atau masalah dalam sistem penghadaman seperti penyakit refluks gastroesophagus (GERD), batu dalam hempedu, keradangan pankreas, ulser atau kanser usus. "Kadangkala, tiada sebab yang boleh diperoleh,? kata beliau.

Lim juga menasihati perubahan gaya hidup dalam menangani masalah sakit perut yang kerap.

?Ambil makanan secara sedikit dan kunyah makanan dengan baik. Hindari tabiat merokok, ambil alkohol dan kafein serta minuman yang bergas,? katanya.

Beliau juga menasihati agar mendapatkan rehat yang secukupnya selain mengurangkan tekanan dalam hidup.

Bagaimana dengan merawat sendiri?

?Walaupun ada kes sakit perut atau gastroenteritis boleh dirawat di rumah, anda perlu jumpa doktor jika berlaku kekerapan muntah, muntah darah atau ada darah dalam najis serta kesukaran dalam menelan makanan.

?Anda perlu dapatkan rawatan jika ada kesakitan antara bahagian dada dan pusat. Jumpalah doktor jika sakitnya berlanjutan selama beberapa hari,? tambah beliau.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Faedah kentut

 kentut


WASHINGTON..


Pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut.


“ Kentut , jika kerap dihidu boleh menyembuhkan perbagai penyakit berbahaya seperti sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis sakit jantung dan lain lain. Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu,” kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.


Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya menabah khasiat untuk kesihatan orang lain.


Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut mempulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut.


Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Rawat pigmentasi, rangsang kolagen

SEMUA wanita inginkan wajah yang sentiasa kelihatan muda. Tiada siapa ingin kelihatan tua. Apa yang sebenarnya menyebabkan wajah kelihatan tua? Cuba lihat gambar semasa kita muda kemudian bandingkan dengan wajah sekarang. Mungkin banyak perubahan yang anda lihat. Dua perubahan paling ketara yang boleh membuat wajah nampak lebih tua adalah kehadiran pigmentasi pada wajah dan kedut-kedut muka.

Tahukah anda, dengan merawat masalah jeragat, anda boleh kelihatan lebih muda lima ke 10 tahun. Masalah pigmentasi yang sering berlaku di kalangan wanita Melayu berusia selepas 30-an adalah melasma.

Apakah itu melasma , masih belum di ketahui dengan jelasnya. Namun begitu ada beberapa perkara yang dikaitkan dengan melasma antaranya kehamilan, pil perancang dan pil gantian hormone menopaus. Melasma yang disebabkan perubahan hormon boleh hilang dengan sendiri beberapa bulan selepas kelahiran atau apabila seseorang berhenti mengambil pil-pil hormon tersebut. Faktor lain yang menyebabkan melasma adalah pendedahan kepada sinaran UV yang kronik atau komplikasi kepada salah penggunaan bahan kosmetik. Melasma yang disebab kan faktor ini agak sukar dirawat .

Melasma adalah longgokan pigmen kulit sama ada di lapisan epidermis (lapisan atas), dermis (lapisan bawah kulit) atau kedua-duanya. Setakat ini tiada barangan kosmetik atau barangan penjagaan kulit di pasaran yang boleh merawat melasma.

Satu-satunya langkah pencegahan yang paling berkesan adalah penggunaan pelindung mata hari. Melindungi kulit daripada sinaran UV memang boleh mengelakkan melasma. Sebilangan besar kes melasma adalah disebabkan tiada perlindungan kulit muka terhadap sinaran UV matahari. Namun begitu jika anda sudah mempunyai melasma, sunblock tidak boleh membantu menghilangkannya. Ia hanya boleh mengelakkan melasma imerebak, walaupun krim anda mengandungi bahan pencerah.

Masalah melasma hanya boleh dirawat oleh doktor pakar kulit atau doktor estetik. Jika anda mempunyai masalah melasma , janganlah membuang masa dan wang membuat rawatan facial a kerana tanpa rawatan profesional, masalah anda tidak boleh di atasi. Setakat ini masih belum ada lagi bahan kosmetik atau krim penjagaan kulit di pasaran yang boleh merawat melasma

Untuk mengenalpasti sama ada melasma anda jenis epidermal , dermal atau campuran, doktor boleh melakukan ujian "woodlights". Apabila kulit disinari dengan lampu woodlights , doktor akan dapat membezakan samaada melasma atau jeragat anda adalah jenis di permukaan kulit , dalam kulit atau kedua-dua nya.

Untuk merawat melasma jenis epidermal (lapisan atas) kulit, doktor boleh melakukan chemical peeling dan merawat dengan krim hydroquinone dan tretinoin. Kedua-dua bahan seperti hydroquinone dan tretinoine adalah bahan aktif berjadual dan hanya boleh digunakan dengan pengawasan doktor. Manakala di klinik estetik , doktor juga boleh merawatnya dengan rawatan "Intense Pulse Light" atau rawatan laser.

Namun begitu kebanyakan melasma yang dialami oleh wanita adalah dari jenis dermal (lapisan bawah ) kulit atau melasma campuran (epidermal dan dermal) kulit. Melasma jenis ini sangat degil dan susah dirawat kerana kedudukannya di bawah kulit.

Untuk merawat masalah melasma jenis dermal atau campuran agak sukar. Rawatan dengan menggunakan hydroquinone dan tretinoine tidak dapat menghilangkannya. Masalah melasma jenis campuran ini hanya berkesan dengan rawatan laser Q Switched Nd:Yag .

Secara umumnya, seseorang pesakit perlu menjalani 10 hingga 12 sesi rawatan laser untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Laser ini berkesan dengan "menghancurkan" pigmen hitam. Pigmen yang hancur akan diserap perlahan-lahan oleh badan. Namun begitu proses menghancurkan pigmen perlulah dilakukan berperingkat-peringkat agar tiada kesan sampingan ke atas kulit yang menerima rawatan laser. Kelebihan rawatan laser juga adalah ia boleh meresap jauh ke lapisan dermis kulit. Hanya laser Q switched sahaja yang boleh menyerap lapisan dalam kulit dan memecahkan pigmen tanpa merosakkan lapisan atas kulit.

Selain merawat melasma, rawatan yang berulang juga boleh merangsang kulit untuk menghasilkan kolagen. Peningkatan kandungan kolagen di lapisan kulit boleh menghilangkan atau mengurangkan garis-garis halus serta mengecilkan pori-pori muka .

Ingin saya tekankan bahawa rawatan yang paling berkesan adalah pencegahan. Ramai wanita Melayu tidak menggunakan sunblock . Sunblock sepatutnya digunakan sejak remajai. Jika anak anak anda menggunakannya dari muda, ia bukan sahaja boleh mengelak masalah pigmentasi di hari tua, malah mengekalkan kandungan kolagen daripada dirosakkan oleh UV matahari. Kandungan kolagen yang tinggi di kulit muka boleh melambatkan proses penuaan wajah. Untuk kulit wanita Asia dan keadaan matahari yang terik di Malaysia, saya mencadangkan penggunaan sunblock dengan SPF 35 dan ke atas.

Akhir sekali, anda tidak perlu malu menggunakan payung jika berjalan di tengah panas walaupun untuk seketika. Ingat pencegahan adalah rawatan terbaik untuk kekal kelihatan muda dan jelita.

PENULIS boleh dihubungi di 09-5164777.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Sinetron cinta melody episok akhir 36

Saksikan video sinetron cinta melody episod akhir iaitu episod yang ke 36



Kesihatan Dan Kecantikan


Post

cara mengelakkan radiasi nuklear di japan

 


Kita digempar dengan radiasi nuklear dari Japan disebab tsunami dan gempa bumi yang berlaku. Ramai antara rakyat Malaysia panik dan diberita di US berduyun-duyun beli pil nuklear iaitu pil iodin. Kementerian kesihatan malaysia sendiri menasihatkan rakyat jangan panik kerana bukan sebarang orang boleh ambil pil iodin terutamanya bagi wanita hamil.Jika nak beli juga pil nuklear pasti beli daripada farmasi dan dapatkan nasihat doktor.salah satu pil iodin yang bagus adalah pil iodin homeopathy


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Aktif bersenam pintar matematik

KANAK-KANAK aktif memiliki IQ yang lebih tinggi.

BIJAK dalam subjek Matematik menjadi salah satu kelebihan kanak-kanak yang aktif khususnya mereka yang mengalami obesiti.

Senaman biasa boleh menambah kemampuan kanak-kanak obes, yang biasanya hanya duduk diam, untuk berfikir, membuat pelbagai rancangan, bahkan bertambah baik dalam Matematik.

Demikian penemuan oleh pengkaji di Universiti Sains Kesihatan Georgia, Amerika Syarikat (AS).

Mengapa mata pelajaran Matematik? Tidak dijelaskan sebabnya, namun alasan utama kerana Matematik adalah subjek yang memiliki tahap kesukaran yang lebih tinggi berbanding mata pelajaran lain.

Para pengkaji juga berharap agar bukan kanak-kanak obes sahaja yang perlu bersenam setiap hari, bahkan mereka yang bertubuh normal. Penyelidikan tersebut didasarkan pada kajian ke atas 171 orang kanak-kanak terlebih berat badan berusia antara tujuh hingga 11 tahun di AS.

Setelah melakukan senaman setiap hari, terdapat perkembangan yang sangat signifikan dari segi kecergasan dan penguasaan mereka dalam matematik. Menurut laman web Pysch Central, selepas dilakukan imbasan MRI terhadap otak kanak-kanak tersebut, terdapat peningkatan aktiviti otak di korteks prefrontal iaitu kawasan yang digunakan untuk berfikir.


MATEMATIK memerlukan tumpuan yang lebih untuk menguasainya.

Selain itu, kecerdasan otak (IQ) turut bertambah. Semakin kerap mereka bersenam, semakin tinggi IQ mereka. Rata-rata berlaku peningkatan sebanyak 3.8 mata untuk mereka yang bersenam selama 40 minit sehari selama tiga bulan.

Senaman yang dilakukan adalah pelbagai. Ini termasuk berlari, lompat tali dan bersenam.

Semua aktiviti itu juga merangsang otak. Ini memandangkan senaman membuatkan aliran darah serta oksigen ke otak berjalan lancar.

Faktanya, seseorang tidak mungkin boleh bergerak jika otaknya tidak aktif. Untuk aktif, oksigen diperlukan sekali gus menjadikan kedua-dua aktiviti dan oksigen saling berkait.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Kurang vitamin D picu kanser usus

KANSER kolorektal atau kanser yang menyerang usus besar dan rektum dikatakan cepat merebak ke bahagian lain sebelum merosakkannya.

Walaupun punca kanser ini belum dikenal pasti, namun satu analisis terbaharu menunjukkan pola makan tertentu dapat mengurangkan risiko penyakit ini.

Menurut laporan dalam Jurnal Klinikal Onkologi, pola pemakanan yang tinggi dengan vitamin D boleh menurunkan risiko kanser usus sehingga 33 peratus.

Dalam 18 kajian melibatkan lebih daripada 10,000 orang mendapati, mereka yang mengambil vitamin D lebih tinggi, lebih rendah risiko untuk mendapat penyakit tersebut.

Namun, Dr. Huanlong Qin dan rakannya dari The Sixth People Hospital dan Universiti Jiao Tong Shanghai, China, mengatakan penemuan tersebut belum dapat disahkan lagi kerana belum banyak kajian yang menganalisis hubungan antara vitamin D dengan kanser usus dijalankan.

EKSTRA: Selain boleh mengurangkan tekanan darah tinggi, menarik nafas panjang juga boleh mengurangkan rasa sakit, menjauhi perasaan gugup dan melegakan perut.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Sendawa, sakit perut tanpa sebab

Oleh PROFESOR MADYA DR. SHEIKH ANWAR ABDULLAH

Fakta memang tidak berbohong: penyakit sistem penghadaman semakin meningkat saban hari dan kini menjadi 10 punca kematian paling tinggi di Malaysia. Ketahui lebih lanjut dari para pakar sistem penghadaman tentang bagaimana risiko dapat dikurangkan dan cara pengurusan kepada masalah penghadaman anda. Panel pakar kami akan cuba menjawab persoalan atau menjelaskan segala keraguan anda tentang kesihatan penghadaman. Hantarkan persoalan anda bersama dengan nama, jantina, umur, alamat dan nombor telefon ke emel: digestivehealth@versa-group.com dan faks ke: 03-5638 9909.

Kandungan artikel ini adalah sebagai panduan atau rujukan sahaja, dan tidak bertujuan menggantikan nasihat perubatan daripada doktor.

Soalan: Saya sering sendawa tanpa sebab dan mengalami sakit perut yang teruk. Masalah sendawa ini sudah berlarutan kira-kira satu minggu sekarang. Saya juga rasa loya apabila sendawa. Saya suka keluar bersantai tetapi kini saya jarang berbuat demikian disebabkan masalah ini. Apakah yang berlaku? Apakah yang saya harus buat bagi mengurangkan gejala ini?

* Pembaca: Nurul Ain Abdullah

Apabila kita sendawa, gas yang terkumpul dalam perut dikeluarkan melalui mulut kita. Sendawa, juga dikenali sebagai tahak, tidak semestinya menandakan masalah kesihatan yang serius.

Lazimnya sendawa adalah disebabkan oleh tabiat makan yang salah. Waktu makan yang tidak tepat dan juga kecenderungan makan berlebihan boleh menyebabkan sendawa yang teruk. Di samping itu, pengambilan makanan pedas dan berminyak yang banyak juga boleh memburukkan masalah sendawa, termasuk masalah seperti sakit perut yang anda sebutkan tadi.

Selain itu, penyakit refluks gastroesofagus (GERD) juga boleh menjadi punca utama sendawa berlebihan. Penyakit refluks asid ini menolak asid dari perut ke esofagus dan menyebabkan pedih hulu hati dan sendawa berterusan.

Sesetengah orang pula banyak sendawa dan bertahak disebabkan udara yang ditelan. Udara memasuki saluran gastrousus apabila kita bernafas atau bercakap sambil makan.

Jika kita mahu mengurangkan masalah sendawa berlebihan ini, kita harus mengubah pengambilan makanan kita dengan mengurangkan minuman bergas serta makanan pedas dan berminyak yang boleh meningkatkan sendawa. Ini adalah antara beberapa punca atau sebab kita kadangkala sendawa secara berlebihan.

Anda boleh pergi berjalan-jalan selepas makan supaya makanan boleh dihadamkan dengan baik. Elakkan makanan tertentu yang sukar dihadam seperti sayur kacang, bawang, kubis bulat, kubis bunga, kentang, oat dan produk susu. Anda juga harus mengurangkan pengambilan makanan berlemak tinggi yang banyak menghasilkan gas. Teh halia boleh diminum untuk membantu mengeluarkan angin dan melegakan kembung perut.

Soalan: Najis saya berwarna hitam seperti tar. Perut saya rasa kurang selesa seolah-olah kembung dan ini mengurangkan selera makan saya. Saya bekerja di restoran dan saya makan banyak makanan berminyak seperti sos perang, mentega, mayones dan kuah yang mengandungi minyak. Najis saya berwarna hitam sejak 2 hari lalu. Apakah yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan keadaan saya ini?

* Pembaca: Mohamad Mustafa Salim

Najis hitam, bergris atau seperti tar menandakan pendarahan dalaman. Salah satu sebabnya mungkin kerana makanan yang diambil. Kadangkala semakin usia kita meningkat, badan kita berubah dan alahan boleh berlaku. Makanan berminyak, berlemak dan pedas juga boleh mencetuskan sindrom ini. Ia juga boleh disebabkan jumlah zat besi yang berlebihan dalam makanan anda. Masalah ini boleh dirawat dengan hanya mengubah diet makanan anda.

Najis hitam juga boleh disebabkan pendarahan di bahagian atas gastrousus. Warna hitam menandakan kehadiran darah yang dihadamkan dalam najis. Ia lazimnya berpunca daripada penyakit atau kecederaan di mana-mana sistem penghadaman, dari bahagian mulut hingga usus kecil. Pendarahan itu sendiri boleh berlaku atas banyak sebab, baik yang ringan dan mudah dirawat mahupun yang mengancam nyawa. Penyakit yang mungkin dialami termasuk kanser perut, sirosis hati dan gastritis atau ulser peptik.

Satu lagi punca najis hitam ialah garam bismut sulfat, sejenis ubat yang diambil untuk merawat masalah penghadaman. Namun, najis hitam dalam kes ini tidak menandakan pendarahan gastrousus.

Untuk menangani masalah ini, anda harus makan sayuran dan makanan yang kaya dengan serat semula jadi dan kurang lemak tepu. Jika anda sedang mengambil ubat, anda masih boleh meneruskan pengambilannya tetapi elak penggunaan ubat antiradang yang berterusan dan berlebihan seperti ibuprofen, naproxen dan aspirin. Di samping itu, anda harus mengehadkan pengambilan alkohol memandangkan jumlah alkohol yang banyak boleh merengsakan pelapik esofagus dan perut dan ini boleh menjadi punca pendarahan.

Jika anda tidak dapat mengenal pasti sebab pemakanan sebagai punca najis hitam, dan jika anda mengalami kembung perut dan khususnya rasa tidak selesa atau sakit dalam perut, anda harus berjumpa dengan doktor. Lebih awal anda mengetahui sebab musababnya, lebih awal anda boleh mendapatkan rawatan dan lebih cepat anda boleh mengatasi masalah tersebut.

Professor Madya Dr Sheikh Anwar Abdullah adalah seorang perunding gastroenterologi dalam Badan Penasihat Perut Sihat. Penulis ini tidak mempunyai kaitan dan tidak menyokong sebarang jenama atau produk. Rencana ini adalah sumbangan Badan Penasihat Perut Sihat dan disokong oleh Program Perut Sihat Vitagen. Untuk mendapat buku panduan kesihatan penghadaman secara percuma atau maklumat lanjut, sila hubungi 03-5621 1408.


Kesihatan Dan Kecantikan


Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk melanggan updated terkini dari kami terus dihantar ke email anda:

Delivered by FeedBurner


New Post

Tags

Abdullah (1) akhir (1) Akibat (1) Aktif (1) Alahan (1) american (1) americana (1) anjal (1) aprikot (1) atopik (1) Badan (4) bahagian (1) bahan (1) bantu (2) bebas (1) Bebaskan (1) berat (1) berbunyi (1) berkesan (1) berkhasiat (1) berlubang (2) bersama (1) bersenam (1) bertukar (1) besar (2) Betulkah (1) bibir (1) Bilakah (1) boleh (3) Buang (1) Buatan (1) bukan (2) carmino (1) cegah (1) cepat (1) cetus (1) cinta (3) complexion (1) creambc05 (1) dalam (1) darah (1) daripada (1) degil (1) Demam (1) dengan (1) diabetes (1) dikunyah (1) dirawat (1) disebabkan (1) effect (1) ekzema (2) episok (1) extra (2) factor (1) Faedah (1) faraj (1) faster (1) Garcinia (1) Gatal (1) genetik (1) halia (1) hamil (2) hempedu (1) herba (1) hidup (2) hitam (1) Homeopathy (1) hormon (1) Imbas (1) Inframerah (1) jalanan (1) Jangan (1) Jangkit (1) jantung (1) japan (1) jejas (2) jenis (1) jeragatbintik (1) jerawat (5) jerebu (1) Jilbab (3) kaedah (1) kanakkanak (1) kanser (4) Kasut (1) kebersihan (1) kecantikan (1) Kecederaan (1) kecil (1) kekal (1) Keluarga (1) kemaruk (1) kembali (1) Kembali (1) Kempen (1) kencing (1) kentut (1) Kerap (2) kesegaran (1) Kesesakan (1) kesihatan (2) Ketahui (1) ketika (1) keturunan (1) khasiat (2) kolagen (1) Koronari (1) Kreasi (2) kronik (1) kualiti (1) kulit (3) Kurang (2) kurus (2) Kuruskan (3) laitulqadar (1) lalat (1) langkah (1) langsing (1) lebih (1) lelaki (3) lembut (1) Leopard (1) lepaskan (1) Letih (1) Lirik (1) Lutut (1) makan (1) makanan (2) Makanan (2) malam (1) manis (1) manusia (1) Maraton (1) marigold (1) Masalah (4) Masih (1) Masker (1) matematik (1) melalui (1) melody (3) Memakai (1) Membersihkan (1) Mengapa (1) mengatasi (1) mengelakkan (1) Mengenai (2) menjaga (1) Menorrhagia (1) minda (1) Mirifica (1) misteri (1) Modern (1) montok (1) mudarat (1) Nailart (1) NanoV (1) nuklear (1) NUTRITION (1) Olahraga (1) Pakai (2) panas (1) parut (2) pasangan (1) payudara (4) pejalkan (1) peluang (1) Pengurusan (1) Penjagaan (1) penyelesaian (2) penyembuh (1) perawatan (1) pertingkatkan (1) perut (2) Phytolacca (2) pigmentasi (1) Pilihan (1) pintar (1) Puasa (2) punca (1) pundi (1) putih (1) racun (1) radiasi (1) Rahsia (1) rangsang (1) Rawat (2) Rawatan (1) remeh (1) Revolusi (1) risiko (2) rosakkan (1) Rozita (1) Rungkai (1) Rushmini (1) sakit (3) Sakit (1) sayangi (1) sebab (1) sebenarnya (1) secara (1) Sehat (1) Seimbang (1) seksa (1) selamat (1) selaput (1) selesa (1) Selsema (1) Sembang (2) sembelit (1) sembuh (1) semulajadi (1) Senaman (1) Sendawa (1) Sendiri (1) serang (1) serius (1) Shanana (1) sihat (2) Sinar (1) Sindrom (1) sinetron (2) Sinetron (1) singkir (1) sinopsis (1) stabil (1) strength (1) stres (1) sukar (2) tahun (1) Tambah (1) tanpa (1) tegang (1) telalu (1) Terapi (2) terbalik (1) terdedah (1) testimonial (1) Thanyaporn (1) tidak (1) Timun (1) Tokotrienol (1) toksik (1) tulang (1) Tutorial (1) ubati (1) udara (1) Untuk (2) vitamin (2) Wajah (1) Yogurt (1)