Cara mengatasi jerawat
Salam sejahtera pada semua pembaca blog Kak Zu ni.
Kak Zu sering kali menerima email pertanyaan ..bagaimanakah cara mengatasi jerawat yang berulang-ulang atau jerawat yang sukar sembuh. Kejap ok kejap ko…
Baiklah ,sebelum mengulas lebih lanjut tentang masalah jerawat. Kak Zu akan fokuskan terlebih dahulu mengapa jerawat terjadi. Pertama disebabkan masalah hormon,ini biasa terjadi kepada remaja yang sedang meningkat naik atau dalam erti kata sedang menunggu ke zaman kedewasaan. Apakah remaja sahaja yang biasa mengalami masalah ini. Orang dewasa juga ada mengalami masalah ini jika terjadi ketidakseimbangan hormon didalam badan. Ada sesetengah kes berlaku pada mereka yang sudah meningkat umur 40 an. Tetapi perkara ini jarang berlaku.
Faktor kedua adalah disebabkan kulit terdedah terlalu lama dengan faktor cuaca dan suasana sekeliling yang tidak bersih dan harmoni. Biasa masalah ini mudah ditangani dengan remedy luaran seperti cream carmino calendula.
Faktor ketiga jerawat terjadi adalah disebabkan penggunaan kosmetik yang berasaskan bahan kimia. Yang pada mulanya memang menampak keberkesanan. Seperti krim pemutih,pencuci dan lain-lain. Akibat bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit menjadi nipis dan terdedah dengan sinar UV dan lain akan menyebabkan kulit mudah dihinggapi bakteria. Bukan itu sahaja ia juga boleh mengakibat jeragat dan bertompok-tompok dimuka.
Mengatasi jerawat bukan sesuatu perkara yang sukar. Apa yang harus ada adalah sikap positif yang mesti ada dalam diri serta sifat istiqamah. Bagi mereka yang sudah jemu kerana pelbagai produk telah dicuba. Apa kata Kak Zu cadangkan anda berubah kepada perubatan alternatif seperti homeopathy dan biochemic supaya dalam kita ingin mengatasi masalah jerawat kita juga bebas kesan sampingan kerana sudah terbukti ratusan tahun ubat homeopathy dan biochemic adalah paling selamat dan tidak meninggalkan sebarangan kesan sampingan.
Rawatan homeopathy yang boleh diambil bagi mereka yang mengalami masalah jerawat yang sukar sembuh dan berulang-ulang adalah dengan rawatan komprehensif. Apakah itu rawatan komprehensif? Rawatan komprehensif ini terdiri daripada beberapa yang berbentuk cecair yang perlu diambil bertujuan mencuci sistem hati yang bertoksin.Kkadangkala bukan sahaja disebabkan hormon tetapi juga masalah hati yang bertoksin. Selain itu rawatan komprehensif ini juga merawat masalah jerawat daripada luaran.
Anda boleh membaca dengan lanjut tentang remedy-remedy rawatan komprehensif disini..sila klik. Dicadangkan ambil dalam masa 4-6 bulan untuk hasil yang terbaik.
Tags: cara mengatasi jerawat, cream carmino calendula., jeragat, jerawat batu, jerawat merah, jerawat nanah, Jerawat yang sukar sembuh, masalah bintik hitam, masalah jeragat, masalah jerawat, masalah jerawat yang sukar sembuh dan berulang-ulang, mengapa jerawat terjadi, mengatasi jerawat, parut jerawat, rawatan komprehensif, rawatan parut berlubang, ubat homeopathy dan biochemic, ubat jerawat berkesan, ubat jerawat efektif, ubat jerawat homeopati




