Archives

Post

Kurang gula dalam darah disebabkan keturunan

PROFESOR Stephen O Rahilly dari Universiti Cambridge, Britain, percaya penyakit kurang gula dalam darah disebabkan faktor keturunan.

Beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan kajiannya ke atas 1,000 orang bayi yang berpotensi mendapat penyakit itu kelak.

Katanya, ini disebabkan terdapat mutasi dalam gen bayi berkenaan sekali gus mendorong kepada penyakit itu. Kajian itu diterbitkan dalam jurnal perubatan Science.

Namun, Rahilly memberitahu, kecenderungan individu menghidap penyakit itu berkurangan sekiranya dia mengambil ubat yang sesuai selain menjalani rawatan pemulihan berkala.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Rungkai misteri kesihatan manusia

Kanser atau barah merupakan salah satu punca utama kematian manusia yang dihidapi oleh berjuta-juta individu di serata dunia. Lebih kurang 7.5 juta pesakit meninggal dunia akibat kanser setiap tahun. Gambaran ini lebih suram sekiranya kita mempertimbangkan bahawa menjelang 2030, kanser dijangka menyebabkan kira-kira 12 juta kematian setiap tahun.

Di Malaysia, kanser dilaporkan sebagai punca kematian awal ketiga paling utama di kalangan masyarakat negara ini, dan kajian menunjukkan bahawa 10 peratus daripada penduduk terdedah kepada ancaman kanser sebelum mencecah usia 75 tahun.

Namun begitu, masih terdapat sinar harapan di sebalik statistik yang membimbangkan ini.

Bidang yang dinamakan genomik (pengajian genom) menjadi kunci kepada usaha untuk mengesan penyakit ini di peringkat awal, menghasilkan prognosis dan diagnosis yang boleh mengubah kehidupan penghidap kanser. Matlamat utama sudah tentunya untuk mencari 'penawar' kepada penyakit yang membawa maut ini. Apa yang diperlukan hari ini adalah pendekatan berkesan untuk mengenal pasti individu yang lebih cenderung menghidap kanser.

Apakah sebenarnya genomik? Untuk menjawab soalan ini, pertamanya kita perlu memahami bahawa semua sel hidup mengandungi DNA. DNA ialah singkatan bagi Asid Deoksiribonukleik (DeoxyriboNucleic Acid) yang menyimpan semua maklumat genetik sesuatu organisma yang diturunkan daripada ibu bapa kepada anak mereka. Secara ringkas, genomik adalah rangka genetik bagi semua jenis hidupan. DNA turut mengandungi bahagian yang menentukan rupa dan fungsi kita - segmen ini dipanggil gen. Kita mewarisi gen daripada kedua ibu bapa, dan gen ini menentukan ciri yang diwarisi - termasuk warna mata, jenis darah dan sama ada kita boleh menggulung lidah atau tidak.

Bilangan gen berbeza dari satu organisma ke organisma yang lain. Manusia mempunyai lebih kurang 25,000 gen, iaitu sama dengan jumlah gen yang terdapat dalam tikus, manakala jagung pula mempunyai kira-kira 32,000 gen. Jumlah gen di dalam organisma tidak semestinya berkaitan dengan saiz atau kompleksnya organisma tersebut.

Himpunan semua gen di dalam organisma dinamakan 'genom'. Seperti gen, saiz genom berbeza dari satu organisma ke organisma yang lain. Saiz genom manusia adalah kira-kira 3Gb dan saiz genom pokok kelapa sawit adalah lebih kurang 1.8Gb, namun ia amat kecil berbanding genom ameba yang bersaiz 290Gb.

Secara umumnya, genomik ditakrifkan sebagai kajian dan analisis mengenai genom. Bidang ini telah muncul sebagai salah satu cabang yang paling penting di dalam biologi dan sains hayat. Saiz dan kandungan genom sesuatu organisma menjadi tumpuan para saintis dan penyelidik di seluruh dunia. Kemajuan pesat bidang genomik telah membuka beberapa bidang kajian menarik untuk diterokai daripada pertanian dan kepelbagaian biologi sehinggalah ke bidang penjagaan kesihatan dan penghasilan ubat-ubatan.

Genomik kini memainkan peranan yang semakin penting di dalam bidang penyelidikan perubatan. Para penyelidik dan pakar genetik telah berjaya memetakan gen manusia melalui jujukan DNA, yang seterusnya mendorong pelaksanaan Projek Genom Manusia. Projek mercu jaya ini membolehkan pakar genetik membezakan dan mengasingkan gen yang sangat penting kepada proses biologi. Sebab itulah genomik kini memainkan peranan yang semakin penting dalam usaha memerangi kanser.

Penyelidik perubatan boleh mengekstrak sel tumor, menentukan jujukan genom dan mengenalpasti punca sel tersebut menjadi sel kanser. Ini dilakukan menerusi sains biomaklumat - iaitu gabungan teknologi maklumat dan biologi - yang merujuk kepada tafsiran jujukan DNA menggunakan perisian komputer khas dan algoritma matematik.

Genomik rungkai misteri kesihatan manusia

Menurut satu laporan, satu daripada setiap 20 kes barah dikaitkan dengan gen keturunan. Keupayaan untuk meramalkan dan mengenal pasti barah di peringkat awal adalah amat penting untuk meningkatkan kadar menentang dan mengatasi kanser. Genomik dan biomaklumat dapat memberikan maklumat penting dalam soal ini. Dengan mengkaji genom pesakit kanser dan individu yang sihat, pada suatu hari nanti para pengamal perubatan akan dapat memeriksa sebarang mutasi yang mungkin berlaku di dalam setiap orang, membolehkan penyakit dikesan di peringkat yang sangat awal.

Kini beberapa syarikat dalam sektor biomaklumat menghasilkan perisian dan kaedah untuk membantu para penyelidik memahami sepenuhnya kanser dan cara penyakit ini merebak. Malah, tidak mustahil penawar bagi penyakit yang membawa maut ini akan ditemui. Bidang genomik bakal merintis jalan ke arah penyelesaian yang dicari-cari selama ini.

l PENULIS ialah Pengasas dan Pengarah Urusan Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (MGRC), pembekal perkhidmatan biomaklumat yang terkemuka di Asia Tenggara, yang menawarkan khidmat penjujukan dan analisis berkomputer yang pantas dan berkualiti tinggi kepada pelanggan di serata dunia. Perkhidmatan utama yang disediakan termasuk khidmat Genom Kontrak, Penjujukan Genom, dan Akses Data Genom.

Karim Hercus mempunyai pengalaman lebih daripada 40 tahun dalam bidang sains maklumat. Beliau menubuhkan syarikat pemegang utama MGRC iaitu, Neuramatix Sdn. Bhd. pada 2002, yang memberi tumpuan kepada usaha mencipta aplikasi dan peranti pintar dalam pelbagai bidang, termasuk bioinformatik, penterjemahan mesin, dan robotik lanjutan.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Ubat bertukar racun

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
megatlutfi.rahim@kosmo.com.my PENGGUNA perlu merujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu sebelum mengambil ubat-ubatan tradisional. - Gambar hiasan

DEWASA ini penggunaan ubat-ubatan tradisional dan komplementari (TCM) semakin mendapat kepercayaan berikutan kerancakan aktiviti penyelidikan dan kecanggihan teknologi yang digunakan pengeluar.

Ubat itu termasuk ubat tradisional Melayu dan Cina, selain rawatan ayurveda, homeopati dan akupuntur.

Bagaimanapun, bukan semua produk yang dikatakan ubat itu boleh menyembuhkan penyakit. Malah, banyak kes berkaitan ubat tradisional dan alternatif sebelum ini didapati mendatangkan mudarat.

Berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 11,885 produk TCM telah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) setakat ini.

Namun, pada tahun lepas, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) menerima 127 laporan kesan mudarat akibat penggunaan produk tradisional termasuk yang didaftarkan dengan PBKD.

Ujian

BPFK mengesan pelbagai produk tradisional yang dicemari dengan bahan terkawal atau racun berjadual seperti steroid, sibutramine (ubat langsing) dan sildenafil (ubat kuat lelaki).

Bahan-bahan terkawal itu berfungsi untuk menahan kesakitan selain bertindak melangsingkan badan seseorang. Ia juga didakwa mampu menambah kekuatan tenaga batin lelaki dan wanita.

Mengulas isu ini, Pengarah Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Razak Lajis memberitahu, kebanyakan ubat tradisional dan alternatif tidak melalui fasa ujian klinikal bagi mengenal pasti produk tersebut selamat digunakan.

?Produk yang telah didaftarkan ini hanya melalui ujian keselamatan penting di BPFK seperti saringan steroid, logam berat dan bahan terlarang berdasarkan dakwaan khasiat oleh pengeluar atau pengedar.

?Dakwaan yang dinyatakan oleh pengeluar mungkin terhad kepada kajian ke atas haiwan, testimoni pengguna dan rujukan secara turun-temurun,? katanya.

Namun begitu, Razak menjelaskan tidak semua produk tradisional memberi kesan sampingan kepada pengguna.

?Sama seperti ubat-ubatan moden, ada yang memberi kesan sampingan dan ada yang tidak.

?Apa yang penting pengguna yang mengambil ubat ini perlu merujuk pakar perubatan terlebih dahulu,? katanya.

Beliau juga mengingatkan penghidap penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis bahawa rawatan moden dan tradisional hanya berfungsi untuk mengawal penyakit tersebut dan bukan memulihkannya.


JANGAN berhenti mengambil ubat-ubatan moden walaupun serasi dengan ubat-ubatan tradisional. - Gambar hiasan

Pakar

Katanya lagi, pesakit tidak harus berhenti daripada mengambil ubat-ubatan moden walaupun mereka sedang mencuba rawatan alternatif.

?Ini kerana ubat-ubatan tersebut dapat membantu mengelakkan penyakit tersebut daripada melarat.

?Ubat moden mesti diambil walaupun ubat tradisional terbabit mula menunjukkan kesan positif,? katanya.

Ujarnya lagi, ini bagi menggelakkan sebarang interaksi bahaya antara ubat-ubatan.

?Ubat tradisional berfungsi pada bahagian tertentu dalam badan sama seperti ubatan moden.

?Jika saling berinteraksi, ia mungkin mendatangkan bahaya pada individu itu selain mendedahkan pengguna kepada penyakit seperti kerosakan buah pinggang,? katanya.

Razak menambah, status kesihatan dan penyakit sedia ada adalah faktor yang mempengaruhi keberkesanan ubat tradisional.

?Sentiasa rujuk pada label dan kandungan ubat tersebut. Jika ragu-ragu, beli ubat tersebut di farmasi berdaftar,? katanya.

Seorang pakar farmasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Aida Azlina Ali, berkata bukan semua orang perlu mengambil ubat-ubatan tradisional.

?Jika seseorang telah mengamalkan diet yang sempurna dan berkhasiat, tubuh mereka tidak memerlukan ubat tersebut.

?Ini kerana pengambilan ubat tradisional tanpa mengikut keperluan boleh bertukar menjadi toksik yang membahayakan tubuh,? katanya.

Beliau turut menasihatkan mereka yang ingin mengambil produk TCM supaya bertanya kepada pakar perubatan sebelum menggunakannya.

?Mungkin ubat itu berkesan untuk jangka masa pendek sahaja. Teliti dahulu kandungannya serta rujuklah pakar.

?Selain itu, jangan sekali-kali meninggalkan ubat moden kerana kebanyakan ubat sebegini telah menjalani pelbagai ujian klinikal sebelum diluluskan,? katanya.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Jangan lepaskan peluang bersama Dr. Rushmini


BENGKEL di Kuantan Mei Lalu turut disertai 10 ahli Pergerakan Puteri UMNO Pahang.

INGIN mengetahui tahap kepadatan tulang anda? Atau mahu keterangan lanjut mengenai kaedah membuang lemak menggunakan laser (laser liposuction)? Jangan tunggu lagi. Sertai bengkel Anggun Sihat Bergaya anjuran Marissa Esthethic yang akan berlangsung di Equatorial Bangi, Selangor pada 23 Oktober ini.

Tempat terhad menunggu anda. Pastinya peluang keemasan ini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Pelbagai kaedah rawatan terkini serta panduan mengenai penyakit dan kecantikan akan dikongsi bersama oleh Dr. Rushmini Maris Ismail. Dengan bayaran RM200, anda akan menimba pelbagai ilmu baik dari segi teori mahu pun praktikal.

Paling penting adalah pengetahuan tentang hormon dan anti penuaan. Kedua-duanya saling berkaitan tetapi tidak bermakna menolak kehadiran usia tua sebaliknya persediaan menghadapinya dalam suasana sihat.

Dr. Rushmini menegaskan, usia tua tidak bermakna jika seseorang sarat dengan penyakit dan menyusahkan orang lain. Sebab itu persediaan menghadapinya mesti dibuat ketika badan masih sihat.

''Jadi tentunya tidak rugi jika membayar untuk mendapatkan pengetahuan tentang ilmu yang amat berguna untuk kita semua,'' katanya yang juga akan bercakap mengenai obesiti yang kini menjadi fenomena global.

Katanya, keuntungan bukan objektif penganjuran bengkel. Yuran penyertaan 'dibayar' balik dalam bentuk konsultasi dan ubatubatan selain peluang mencuba sendiri beberapa rawatan yang turut disediakan semasa bengkel.

Beliau mahu orang ramai sedar tentang pentingnya penjagaan kesihatan terutama perkara asas yang sering dilupakan seperti aspek pemakanan.

Menarik tentang bengkel yang bermula pada 9 pagi hingga 5 petang itu adalah peserta boleh mencuba pengimbas tulang (bone scanner) untuk mengetahui kepadatan tulang masing-masing.

Bengkel itu juga akan menampilkan Dr. Shaharom Sulaiman dari Thalia Clinic. Beliau akan fokus kepada pembentukan tubuh, kekal langsing dan teknologi liposuction menggunakan laser. Wakil Protherapix Sdn. Bhd penaja utama bengkel pula akan memperkatakan tentang kesihatan dalaman melibatkan jantung, tulang dan usus.

''Saya sendiri akan fokus kepada masalah obesiti, rawatan berkesan, hormon serta pelbagai masalah lain terutamanya yang sering dialami oleh kaum Hawa,'' katanya.

Jangan lepaskan peluang kerana pelbagai laser turut didatangkan khas sempena bengkel untuk dicuba oleh para peserta. Sesi mekap oleh KISS Mineral Makeup juga akan diadakan bagi mereka yang ingin belajar tata rias diri. Turut ditawarkan baucer RM300, cendera hati dan kepada mereka yang mengalami masalah obesiti, boleh mencuba rawatan enzim secara percuma.

Yuran penyertaan sebanyak RM200, berminat boleh hubungi 03-87234808 atau 013-2448484. Bengkel turut mendapat kerjasama M2 - sisipan akhbar Mingguan Malaysia.


Kesihatan Dan Kecantikan


Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk melanggan updated terkini dari kami terus dihantar ke email anda:

Delivered by FeedBurner


New Post

Tags

Abdullah (1) akhir (1) Akibat (1) Aktif (1) Alahan (1) american (1) americana (1) anjal (1) aprikot (1) atopik (1) Badan (4) bahagian (1) bahan (1) bantu (2) bebas (1) Bebaskan (1) berat (1) berbunyi (1) berkesan (1) berkhasiat (1) berlubang (2) bersama (1) bersenam (1) bertukar (1) besar (2) Betulkah (1) bibir (1) Bilakah (1) boleh (3) Buang (1) Buatan (1) bukan (2) carmino (1) cegah (1) cepat (1) cetus (1) cinta (3) complexion (1) creambc05 (1) dalam (1) darah (1) daripada (1) degil (1) Demam (1) dengan (1) diabetes (1) dikunyah (1) dirawat (1) disebabkan (1) effect (1) ekzema (2) episok (1) extra (2) factor (1) Faedah (1) faraj (1) faster (1) Garcinia (1) Gatal (1) genetik (1) halia (1) hamil (2) hempedu (1) herba (1) hidup (2) hitam (1) Homeopathy (1) hormon (1) Imbas (1) Inframerah (1) jalanan (1) Jangan (1) Jangkit (1) jantung (1) japan (1) jejas (2) jenis (1) jeragatbintik (1) jerawat (5) jerebu (1) Jilbab (3) kaedah (1) kanakkanak (1) kanser (4) Kasut (1) kebersihan (1) kecantikan (1) Kecederaan (1) kecil (1) kekal (1) Keluarga (1) kemaruk (1) kembali (1) Kembali (1) Kempen (1) kencing (1) kentut (1) Kerap (2) kesegaran (1) Kesesakan (1) kesihatan (2) Ketahui (1) ketika (1) keturunan (1) khasiat (2) kolagen (1) Koronari (1) Kreasi (2) kronik (1) kualiti (1) kulit (3) Kurang (2) kurus (2) Kuruskan (3) laitulqadar (1) lalat (1) langkah (1) langsing (1) lebih (1) lelaki (3) lembut (1) Leopard (1) lepaskan (1) Letih (1) Lirik (1) Lutut (1) makan (1) makanan (2) Makanan (2) malam (1) manis (1) manusia (1) Maraton (1) marigold (1) Masalah (4) Masih (1) Masker (1) matematik (1) melalui (1) melody (3) Memakai (1) Membersihkan (1) Mengapa (1) mengatasi (1) mengelakkan (1) Mengenai (2) menjaga (1) Menorrhagia (1) minda (1) Mirifica (1) misteri (1) Modern (1) montok (1) mudarat (1) Nailart (1) NanoV (1) nuklear (1) NUTRITION (1) Olahraga (1) Pakai (2) panas (1) parut (2) pasangan (1) payudara (4) pejalkan (1) peluang (1) Pengurusan (1) Penjagaan (1) penyelesaian (2) penyembuh (1) perawatan (1) pertingkatkan (1) perut (2) Phytolacca (2) pigmentasi (1) Pilihan (1) pintar (1) Puasa (2) punca (1) pundi (1) putih (1) racun (1) radiasi (1) Rahsia (1) rangsang (1) Rawat (2) Rawatan (1) remeh (1) Revolusi (1) risiko (2) rosakkan (1) Rozita (1) Rungkai (1) Rushmini (1) sakit (3) Sakit (1) sayangi (1) sebab (1) sebenarnya (1) secara (1) Sehat (1) Seimbang (1) seksa (1) selamat (1) selaput (1) selesa (1) Selsema (1) Sembang (2) sembelit (1) sembuh (1) semulajadi (1) Senaman (1) Sendawa (1) Sendiri (1) serang (1) serius (1) Shanana (1) sihat (2) Sinar (1) Sindrom (1) sinetron (2) Sinetron (1) singkir (1) sinopsis (1) stabil (1) strength (1) stres (1) sukar (2) tahun (1) Tambah (1) tanpa (1) tegang (1) telalu (1) Terapi (2) terbalik (1) terdedah (1) testimonial (1) Thanyaporn (1) tidak (1) Timun (1) Tokotrienol (1) toksik (1) tulang (1) Tutorial (1) ubati (1) udara (1) Untuk (2) vitamin (2) Wajah (1) Yogurt (1)