Archives

Post

B17 aprikot bantu terapi kanser

JIKA disebut mengenai penyakit kanser, ia boleh dihidap oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan status.

Merujuk kepada data, kanser merupakan antara penyebab utama kematian di seluruh dunia d imana 40,000 kes kanser dikesan setiap tahun di Malaysia dengan 1 daripada 4 rakyat menghadapinya.

Pakar pemakanan dan perubatan dari seluruh dunia mengakui, faktor pemakanan merupakan antara penyumbang utama kepada kanser.

Ini kerana di zaman yang serba moden dan canggih ini, setiap hari kita tidak terlepas dari pengambilan makanan yang merupakan agen kepada kanser.

Menurut mereka, hampir 90 peratus makanan yang diambil bersifat asid dan mengandungi kandungan aditif yang tinggi seperti pewarna dan perasa tiruan, pemanis buatan, pengawet dan pelbagai lagi campuran bahan kimia yang merbahaya untuk kesihatan dan boleh menyebabkan kanser.

Akibatnya kita terdedah kepada keadaan tubuh berasid seterusnya system antibodi dan imunisasi badan menjadi lemah dimana keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi, diabetis dan lain-lain yang boleh membawa maut dan membunuh manusia secara perlahan.

Pada 1952, Dr Ernes T Krebs, seorang Bio Kimia dan beberapa saintis perubatan mendakwa, penyakit kanser adalah penyakit kekurangan nutrisi tubuh badan.

Kajian terhadap haiwan liar yang hidup di hutan dikelilingi oleh persekitaran tumbuh-tumbuhan kaya dengan kompaun vitamin B17, tidak akan dijumpai mati akibat kanser. Sebaliknya haiwan yang dipelihara dalam zoo berkemungkinan besar mati akibat kanser walaupun diberi makanan yang kaya nutrien namun tidak mengandungi B17.

Puak Hunza di pergunungan Pakistan didapati hidup sehingga usia 120 tahun. Makanan utama mereka adalah biji-bijian aprikot yang kaya dengan vitamin B17. Pihak saintis perubatan turut kagum apabila mereka memiliki kesihatan yang tinggi dan tidak pernah dengar mengenai penyakit kanser.

Pakar perubatan berpengalaman dan bekas ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM, Prof Madya Dr Sayed Zainal Husin, mengakui biji aprikot mengandungi vitamin B17 paling tinggi yang dapat membantu mencegah dan merawat penyakit kanser. Menurutnya, dalam terapi metabolik, apabila vitamin B17 bertemu dengan sel kanser, enzim betaglucosidase yang hanya terdapat dalam sel kanser akan menguraikan elemen vitamin B17 seterusnya membunuh sel kanser.

Vitamin B17 yang berlebihan juga akan ditukar kepada elemen-elemen positif oleh enzim Rhodanese yang terdapat dalam tubuh badan untuk kesihatan sel-sel dan membantu mengurangkan keasidan serta toksin dalam darah seterusnya membantu meningkatkan keseimbangan PH dalam tubuh serta memperlahankan penyebaran kanser, mengurangkan kandungan kolestrol dan membantu merawat penyakit jantung dan diabetis.

Prof Madya Dr syed Zainal, merupakan penaung produk Apricon Farmas Health.

Katanya, vitamin B17 aprikot bukan sahaja diperkatakan di Malaysia malah keberkesanannya membantu melawan kanser turut diperakui oleh saintis-sainstis di seluruh dunia berdasarkan kajian saintifik dan ujian klinikal yang dilaksanakan.

Pandangan pakar & saintis mengenai Vitamin b17

Dr. Micheal Tait, Fountain of Life Clinic, Gold Coast, Australia

?Kanser adalah penyakit metabolik, terdapat bukti kukuh bahawa berlaku pengurangan Vitamin B17 daripada makanan harian kita adalah penyebab utama seseorang mendapat kanser?

Dr. Dean Burk, Pakar Kanser Jerman.

?Di bawah Mikroskop, kami masukkan vitamin B17 ke atas sel kanser dan kami dapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali?

Namun katanya, biji aprikot mentah yang diambil dan dimakan begitu sahaja amat berbahaya kerana ia terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantaran dari luar negara ke Malaysia. Ia boleh menyebabkan keracunan serta kesan sampingan negatif terhadap tubuh bahan.

Untuk mengatasi masalah tersebut, syarikat pengeluar barangan kesihatan, TK Farmas Solution & Industries komited mengeluarkan satu produk Aprikot Vitamin B17 di mana biji aprikot tersebut diproses terlebih dahulu dengan penyelidikan klinikal dan teknologi farmaseutikal yang tinggi supaya bakteria, kulat dan sebarang radikal bebas dapat disingkirkan dan selamat dimakan.

Syarikat tersebut tampil dengan produknya yang dikenali sebagai Apricon Farmas Health yang merupakan produk pertama di Malaysia yang berunsurkan vitamin B17 yang amat diperlukan dalam tubuh badan manusia untuk meningkatkan sistem ketahanan dan imunisasi tubuh badan.

Produk ini mengandungi 100 peratus kapsul biji aprikot dimana biji aprikot diproses dengan kawalan piawaian farmaseutikal yang tinggi dimana pemprosesannya dijamin bersih dan selamat serta bebas dari sebarang campuran kimia bagi mengekalkan kandungan vitamin B17 yang tinggi.

Sementara itu, Presiden Kelab Prostar Malaysia,Dr Ismail Lasa berkata, Apricon Farmas Health kaya dengan vitamin B17 dan dapat membantu meningkatkan kecergasan seseorang sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan yang lain.

Syarikat TK Farmas Solution & Industries merupakan sebuah syarikat yang dinamik dan terdiri dari kakitangan yang sangat berpengalaman dan mahir dalam bidang perubatan, menghasilkan produk kesihatan terbaik dan berkualiti tinggi dengan harga yang kompetitif dan berpatutan.

Bagi mereka yang telah menggunakan produk Apricon ia ternyata memberi kesan memuaskan.

Khairun Nisa, 36, yang merupakan pesakit kanser payudara telah mengambil aprikot sebagai alternatif bagi membantu merawat penyakit yang dihidapinya. Ternyata ia memberikan perubahan positif.

Katanya, selepas beberapa bulan mengamalkan pemakanan aprikot yang kaya dengan vitamin B17, benjolan pada payudaranya makin menyusut dan menghilang.

Apricon Farmas Health mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan berada di pasaran.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Sindrom Koronari Akut

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

RAMLI dalam usia lewat 30-an sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai ketua pegawai eksekutif. Terlalu sibuk hinggalah tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan diri.

Pada suatu pagi, sewaktu Ramli hendak ke pejabat, dia mengalami rasa sakit dada yang amat sangat. Rasa sakit itu menyebabkan dia sukar bernafas dan tiba-tiba pitam.

Apabila Ramli pulih dan sedar semula, dia mendapati dirinya berada di hospital. Apakah yang telah berlaku?

"Ramli, anda telah mengalami serangan jantung . Saya dapati serangan jantung berpunca daripada tabiat merokok anda," terang doktor.

Kisah Ramli adalah lazim bagi kebanyakan penghidap sakit jantung tetapi belum lagi didiagnosis. Oleh yang demikian, mereka menjalani kehidupan harian tanpa menyedari bahawa mereka sedang menghidap penyakit ini.

Kebanyakan pesakit mungkin dengan secara tiba-tiba diserang dengan gejala-gejala terkejut seperti sesak nafas, sakit dada atau debaran jantung .

Biasanya selepas ini berlaku, barulah mereka bergegas berjumpa doktor dan diberitahu apa yang mereka alami sebenarnya merupakan gejala-gejala sakit jantung .

Umum sudah mengetahui dan mengakui bahawa penyakit kardiovaskular (CVD) adalah pembunuh utama di dunia.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit jantung adalah punca utama kematian yang dilaporkan di hospital-hospital kerajaan, iaitu 17 peratus daripada jumlah kematian di Malaysia.

Jumlah ini tidak mengambil kira kematian di luar hospital kerajaan atau di rumah, yang tidak disahkan secara perubatan. Kita boleh membuat andaian bahawa CVD mungkin menjadi puncanya dalam kes-kes ini.

Insiden CVD ini jelas sedang meningkat. Pada tahun 2006, penyakit jantung adalah penyebab kedua kematian, iaitu 15.5 peratus daripada mereka yang meninggal dunia di hospital kerajaan.

Mulai 1996 hingga 2006, Malaysia menunjukkan peningkatan mendadak dalam penyakit yang dikaitkan dengan gaya hidup, termasuk 43 peratus peningkatan untuk darah tinggi, 88 peratus peningkatan dalam diabetes dan 250 peratus kenaikan bagi obesiti.

Semua penyakit berkaitan gaya hidup ini adalah faktor risiko bagi CVD, dan jika digabungkan dengan tabiat merokok serta kurang senaman fizikal, maka, risiko penyakit jantung dan kemungkinan serangan jantung akan meningkat dengan ketara.

Apakah Penyakit Kardiovaskular?

Bagi kebanyakan mereka yang bukan daripada latar belakang perubatan, terma "penyakit kardiovaskular" merujuk kepada serangan jantung. Dalam terma perubatan, "penyakit kardiovaskular" merujuk kepada satu kelas penyakit yang melibatkan jantung dan pembuluh darah. Sekiranya tidak diuruskan, didiagnosis atau dirawat dengan perubatan yang betul serta perubahan dalam gaya hidup, mungkin akan menjurus kepada keadaan yang dikenali sebagai sindrom koronari akut atau ACS.

Sindrom koronari akut adalah terma umum untuk menerangkan sakit dada secara tiba-tiba dan simptom-simptom lain akibat bekalan darah yang tidak mencukupi ke jantung. ACS menerangkan sakit dada yang dirasai seseorang semasa serangan jantung, atau dalam kes yang ekstrem, apabila seseorang terlibat dalam aktiviti fizikal ringan. Selalunya, ACS didiagnosis di hospital, apabila pesakit mengalami simptom awal atau semasa pemeriksaan perubatan berkala.

Dalam ACS, penyakit arteri koronari yang wujud boleh menyebabkan pengurangan aliran darah ke jantung. Selain itu, punca utama pengurangan aliran darah tersebut adalah aterosklerosis (iaitu pengumpulan plak pada dinding dalam arteri, menyebabkan arteri menjadi sempit dan mengehadkan aliran darah). ACS juga merujuk kepada angina tidak stabil (menandakan serangan jantung) atau serangan jantung yang sebenar (myocardial infarction), bergantung kepada tahap sekatan yang ada pada pembuluh darah. Namun, ACS boleh dirawat sekiranya cepat didiagnosis.

Biasanya, jika seseorang itu mengalami serangan jantung dan menerima rawatan dan penjagaan pada saat-saat genting, doktor mungkin membenarkannya keluar hospital dengan arahan untuk rawatan susulan dan menasihatinya supaya mengubah tabiat gaya hidupnya. Masalah mungkin timbul sekiranya pesakit menerima penjagaan optimum di hospital tetapi mungkin berhadapan dengan risiko kematian yang tinggi apabila keluar hospital dan kembali kepada rutin hariannya.

Rawatan ACS

Pesakit yang pernah mengalami insiden ACS mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk serangan jantung yang berikutnya, sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang, terutamanya apabila meninggalkan hospital dan kembali kepada komuniti. Risiko sebenar ini telah membawa kepada kaedah baru untuk penjagaan dan pengurusan pesakit serangan jantung yang efektif.

Spektrum penjagaan bagi pesakit ACS bukan sahaja terhad kepada ubat-ubatan untuk pengurusan kolesterol atau darah tinggi. ACS dilihat sebagai penyakit kronik yang memerlukan tindakan secara muafakat di kalangan penyedia penjagaan kesihatan. Selain itu, persekitaran tempat tinggal dan kerja juga mempunyai peranan dalam membantu pesakit kembali kepada tugas. Bergantung kepada keadaan ACS serta nasihat daripada doktor, pelarasan mungkin diperlukan bagi memastikan persekitaran yang kondusif bagi proses penyembuhan dan pemulihan.

Bagi mereka yang pernah mengalami ACS, kaedah baharu bermaksud mengelakkan "jerat" ACS - sokongan akut jangka pendek berbanding penjagaan dan pengurusan jangka panjang. Kaedah baru ini bermaksud pesakit ACS menerima tahap keselesaan di semua spektrum penjagaan, termasuk ubat-ubatan. Pemeriksaan berkala dengan doktor, pakar kardiologi klinikal atau pakar kardiologi intervensi untuk memantau keadaan jantung, serta pakar pemulihan profesional yang lain boleh memberikan perlindungan jangka panjang yang berkesan serta penambahbaikan yang jelas kepada kualiti kehidupan pasca-ACS.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Tambah berat badan bagi yang telalu kurus

ubat-tambah-berat-badan

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Kak Zu

Bagi mereka yang terlalu kurus, ada berita baik untuk anda, produk terbaru iaitu energy malt telah dibawa masuk dan mendapat feedback yang cukup memberansangkan. Energy Malt adalah makanan kesihatan berperisa coklat dan amat sesuai sekali yang kanak-kanak dan orang dewasa yang memang kurus dan sukar untuk menaikkan berat badan.

Energy Malt ini diformulasi dengan perisa coklat supaya kanak-kanak pun menyukaianya. Mengandungi makanan kesihatan seperti alfalfa,avena sativa, cinchona officinalis,dan pelbagai ramuan lagi. Produk ini adalah produk homeopathy sepenuhnya dan bebas segala kesan sampingan.

Hanya dengan 2 sudu sahaja sehari berat badan akan bertambah dan amat baik kepada kanak-kanak yang tiada nafsu makan.

Maklumat lanjut sila rujuk disini

Blog Widget by LinkWithin

Tags: energy malt homeopathy, energy malt homeopati, ubat bagi mereka yang kurus, ubat kurus, ubat tambah berat, ubat tambah berat badan


View the original article here


Post

Senaman udara dan terbalik

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Amira berasa lebih rileks, segar dan tidak mudah letih selepas mengamalkan senaman ini.

SEBELUM ini, Amira Hani Umar sering mengalami masalah tidur tak lena hampir setiap malam. Dia cepat berasa letih dan kadang-kadang terjaga daripada tidur. Apa yang merisaukan, dia sering mengalami kekejangan kaki.

"Seperti kebanyakan wanita yang sibuk dengan kerjaya, saya sering keletihan. Bukan masalah tidur sahaja bahkan saya merasakan bentuk badan besar dan rangka seperti lelaki. Suatu hari, saya mengalami kekejangan kaki yang merumitkan keadaan. Esoknya saya bangun dengan letih walaupun tidur cukup lapan jam,? ceritanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemubual di sebuah studio tarian, Dreams di Subang Jaya, Selangor.

Namun, penderitaan yang disangka berpanjangan itu kini mulai berkurangan. Semuanya gara-gara amalan teknik senaman yang mungkin tidak pernah terlintas di ruang pemikiran iaitu menggunakan fabrik lycra untuk bergantung dan bergayut yang dikenali sebagai fly fitness.

?Banyak perubahan. Saya berasa lebih rileks, segar dan tidak mudah letih. Kelas fly fitness juga menolong saya mengawal emosi. Lenturan tubuh memberikan lebih fleksibiliti kepada pergerakan anggota badan dan ini membantu saya tidur nyenyak pada waktu malam. Semasa berada dalam bilik bersuhu panas, saya juga berpeluang mengeluarkan peluh yang tidak baik untuk kesihatan,? katanya konsultan perhubungan awam dan pengajar fly fitness itu.

Mungkin kedengaran pelik dan tidak masuk akal tetapi jangan terkejut jika senaman ini sudah pun mewujudkan fenomena baru di kalangan masyarakat tempatan yang mahukan senaman ceria tanpa risiko kecederaan yang tinggi.

Populariti senaman ini hampir menyamai taraf yoga yang sudah lama dikenali ramai. Menurut Amira, amalan senaman seperti terbang itu telah mengurangkan masalah kekejangan yang dihadapinya.

Bebanan pelbagai penyakit yang dialaminya termasuk artritis, perut buncit dan kelesuan ekoran kepenatan bekerja juga telah menampakkan perbezaan ketara selepas hampir setahun tahun dia mempraktikkan senaman ini.

Fly fitness direka untuk membentuk keseimbangan, fleksibiliti, penguatan otot dan pembentukan abdomen dengan lembut dan tenang.

Gabungan

Berbeza dengan senaman lain yang mungkin hanya berkaitan dengan kekuatan otot, fly fitness dikatakan memberi ketenangan fizikal dan rohani.

Fly fitness di Malaysia ilham pengasas Studio Tarian Dreams, Reiko Soo, membabitkan senaman menggunakan fabrik lycra yang digantung seperti buai. Kain lycra digunakan untuk bersenam atau mengantungkan diri termasuk berada dalam keadaan terbalik.

?Dengan berada dalam keadaan terbalik, kepala ke bawah, kaki ke atas, ia dapat mengimbangi tubuh dan baik untuk tulang belakang,? ujar Reiko.

Dia mendapati berada dalam keadaan terbalik dalam buaian, posisi ini turut melegakan tubuh.

Senaman ini juga akan menggunakan kain yang digantung sebagai sebahagian daripada senaman.

Ia bukanlah peralatan menarik untuk terbang atau menggantungkan diri tetapi cara terbaik untuk melegakan tulang belakang.

Ia berbeza dengan senaman di lantai kerana masalah pergelangan tangan dan kaki yang boleh menyebabkan kekejangan atau terseliuh.

?Jika tulang seseorang mengalami tekanan akibat senaman di lantai, ia memberi kesan pada otot dan tulang belakang. Sebaliknya, saya mendapati senaman di udara lebih berjaya. ?Menggunakan buaian tidak memberi tekanan kepada pergelangan tangan saya malah ia lebih menyeronokkan. Dalam buaian, anda boleh melupakan segala-galanya kecuali kesedaran terhadap minda dan tubuh.

Menurut Reiko, bergantung dalam keadaan terbalik memberi kesegaran sistem tubuh, melancarkan peredaran darah dan menyegarkan semula sistem tubuh.

Fly Fitness menggunakan beberapa disiplin senaman manakala kain yang digantung membolehkan peserta bergerak secara bebas dengan pelbagai kedudukan.

Sebagai permulaan, fly fitness hanya memberi tumpuan senaman asas seperti di atas lantai dan kemudiannya bergantung di dalam kain yang mungkin mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk mahir sepenuhnya.

?Kini kami mempunyai kelas khusus untuk semua golongan. Orang ramai yang berminat boleh layari www.dreamsdancestudio.com atau hubungi talian 017-3311688.

Mereka perlu tahu, mengikuti kelas ini tiada persaingan kemahiran sebaliknya peserta dapat berinteraksi antara satu sama lain,? ujar Reiko yang menggalakkan orang ramai mengikuti latihan fly fitness satu jam sekali dalam seminggu.


Kesihatan Dan Kecantikan


Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk melanggan updated terkini dari kami terus dihantar ke email anda:

Delivered by FeedBurner


New Post

Tags

Abdullah (1) akhir (1) Akibat (1) Aktif (1) Alahan (1) american (1) americana (1) anjal (1) aprikot (1) atopik (1) Badan (4) bahagian (1) bahan (1) bantu (2) bebas (1) Bebaskan (1) berat (1) berbunyi (1) berkesan (1) berkhasiat (1) berlubang (2) bersama (1) bersenam (1) bertukar (1) besar (2) Betulkah (1) bibir (1) Bilakah (1) boleh (3) Buang (1) Buatan (1) bukan (2) carmino (1) cegah (1) cepat (1) cetus (1) cinta (3) complexion (1) creambc05 (1) dalam (1) darah (1) daripada (1) degil (1) Demam (1) dengan (1) diabetes (1) dikunyah (1) dirawat (1) disebabkan (1) effect (1) ekzema (2) episok (1) extra (2) factor (1) Faedah (1) faraj (1) faster (1) Garcinia (1) Gatal (1) genetik (1) halia (1) hamil (2) hempedu (1) herba (1) hidup (2) hitam (1) Homeopathy (1) hormon (1) Imbas (1) Inframerah (1) jalanan (1) Jangan (1) Jangkit (1) jantung (1) japan (1) jejas (2) jenis (1) jeragatbintik (1) jerawat (5) jerebu (1) Jilbab (3) kaedah (1) kanakkanak (1) kanser (4) Kasut (1) kebersihan (1) kecantikan (1) Kecederaan (1) kecil (1) kekal (1) Keluarga (1) kemaruk (1) kembali (1) Kembali (1) Kempen (1) kencing (1) kentut (1) Kerap (2) kesegaran (1) Kesesakan (1) kesihatan (2) Ketahui (1) ketika (1) keturunan (1) khasiat (2) kolagen (1) Koronari (1) Kreasi (2) kronik (1) kualiti (1) kulit (3) Kurang (2) kurus (2) Kuruskan (3) laitulqadar (1) lalat (1) langkah (1) langsing (1) lebih (1) lelaki (3) lembut (1) Leopard (1) lepaskan (1) Letih (1) Lirik (1) Lutut (1) makan (1) makanan (2) Makanan (2) malam (1) manis (1) manusia (1) Maraton (1) marigold (1) Masalah (4) Masih (1) Masker (1) matematik (1) melalui (1) melody (3) Memakai (1) Membersihkan (1) Mengapa (1) mengatasi (1) mengelakkan (1) Mengenai (2) menjaga (1) Menorrhagia (1) minda (1) Mirifica (1) misteri (1) Modern (1) montok (1) mudarat (1) Nailart (1) NanoV (1) nuklear (1) NUTRITION (1) Olahraga (1) Pakai (2) panas (1) parut (2) pasangan (1) payudara (4) pejalkan (1) peluang (1) Pengurusan (1) Penjagaan (1) penyelesaian (2) penyembuh (1) perawatan (1) pertingkatkan (1) perut (2) Phytolacca (2) pigmentasi (1) Pilihan (1) pintar (1) Puasa (2) punca (1) pundi (1) putih (1) racun (1) radiasi (1) Rahsia (1) rangsang (1) Rawat (2) Rawatan (1) remeh (1) Revolusi (1) risiko (2) rosakkan (1) Rozita (1) Rungkai (1) Rushmini (1) sakit (3) Sakit (1) sayangi (1) sebab (1) sebenarnya (1) secara (1) Sehat (1) Seimbang (1) seksa (1) selamat (1) selaput (1) selesa (1) Selsema (1) Sembang (2) sembelit (1) sembuh (1) semulajadi (1) Senaman (1) Sendawa (1) Sendiri (1) serang (1) serius (1) Shanana (1) sihat (2) Sinar (1) Sindrom (1) sinetron (2) Sinetron (1) singkir (1) sinopsis (1) stabil (1) strength (1) stres (1) sukar (2) tahun (1) Tambah (1) tanpa (1) tegang (1) telalu (1) Terapi (2) terbalik (1) terdedah (1) testimonial (1) Thanyaporn (1) tidak (1) Timun (1) Tokotrienol (1) toksik (1) tulang (1) Tutorial (1) ubati (1) udara (1) Untuk (2) vitamin (2) Wajah (1) Yogurt (1)