Archives

Post

Obesiti Bukan Penghalang Bersikap ‘Happy Go Lucky’



Dari sudut kesihatan, obesiti merupakan sejenis penyakit yang berkaitan dengan nutrisi. Tetapi, dari pandangan mata masyarakat, obesiti adalah satu masalah yang melibatkan gaya hidup dan pemakanan seseorang.

Malah, penyakit ini semakin menular dan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal usia dan latarbelakang. Hal ini terjadi disebabkan oleh faktor obesiti yang datang dalam pelbagai bentuk seperti genetik, gaya makan, gaya hidup, persekitaran, dan lain-lain.

Masalah ini semakin runcing apabila seseorang yang mengalami obesiti lebih suka duduk di rumah dan menonton televisyen sehari suntuk tanpa melakukan sebarang aktiviti. Walhal tindakan itu salah kerana ia tidak memberikan sebarang penyelesaian kepada masalah obesiti.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda seorang yang berhadapan dengan masalah obesiti, anda tidak seharusnya merasa rendah diri dan kerap mengeluh. Sikap seperti itu mampu membuatkan anda tertekan dan tidak seronok menjalani kehidupan.

Oleh itu, di bawah ini terdapat 6 tips untuk anda bersikap ‘Happy Go Lucky’ walaupun badan anda bersaiz besar daripada orang lain.


1.    Tolak Tepi Kata-Kata Negatif

-    Orang sekeliling anda memang suka untuk mengenakan seseorang yang berbadan besar. Ketahuilah, perkara ini terang-terangan menyebabkan anda menjadi tidak yakin dan merasa diri serba kekurangan. Akhirnya, persepsi itu memusnahkan hidup anda. Oleh itu, anda perlu tangani situasi ini dengan kuatkan semangat seterusnya menghapuskan kata-kata negatif itu daripada terus bermain dalam minda anda. Ianya tidak mudah tetapi anda mampu lakukannya! 


2.    Fikirkan Anda ‘Luar Biasa’

-    Bagaimana untuk lakukannya? Pertama, anda perlu mengubah cara pemikiran anda kepada yang lebih positif. Setiap hari, renung cermin dan katakan kepada diri sendiri bahawa anda seorang yang luar biasa dan lebih hebat daripada insan lain. Amalkan setiap kali bangun daripada tidur sehingga pemikiran itu tertanam dalam minda anda. Semasa merenung cermin, buangkan segala kata-kata negatif yang menghantui diri anda agar teknik ini menjadi lebih berkesan.


3.    Bergaya Seperti Yang Lain

-    Obesiti bukan penghalang untuk anda bergaya seperti orang lain. Hiaslah diri anda dengan pakaian yang cantik-cantik. Mekap muka anda agar kelihatan lebih menyakinkan dan outstanding. Tiada siapa yang nak marah. Itu kan hak anda!


4.    Aktif Dengan Pelbagai Aktiviti

-    Sekiranya selama ini anda tidak pernah terlibat dengan sebarang akiviti, inilah masanya untuk anda berbuat demikian. Anda boleh ikuti sebarang aktiviti kelab atau persatuan di sekolah, universiti mahupun pertubuhan luar. Dengan menyertai pelbagai aktiviti, ianya membuatkan anda menjadi lebih mahir dan pakar terhadap sesuatu perkara. Sekaligus membuatkan anda lupa terhadap kelemahan diri yang sedang anda fikirkan.


5.    Hangout Dengan Rakan-Rakan

-    Sebelum ini, apabila rakan mengajak anda keluar, jawapan yang biasa anda berikan adalah dengan mengatakan tidak. Ini kerana anda berasa malu untuk keluar disebabkan keadaan diri anda yang obesiti. Sepatutnya, anda perlu buang sikap malu itu dan keluar bersama rakan-rakan. Aktiviti itu mampu menceriakan dan menggembirakan diri anda. Hal ini membuatkan anda merasa tidak tersisih.


6.    Panjatkan Kesyukuran

-    Anda sebaiknya merasa bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T. Ini kerana, anda bukannya cacat dan langsung tidak boleh bergerak untuk melakukan sebarang kerja atau aktiviti. Ingatlah, terdapat insan yang lebih susah daripada anda. Buktikan bahawa anda mempunyai kekuatan yang tersendiri tetapi tidak dimiliki oleh orang lain.


Sejurus anda mempunyai minda yang positif, mungkin anda boleh mula plan untuk kuruskan badan dengan mengikut panduan yang betul. Jangan terburu-buru dalam menguruskan badan kerana ia boleh membahayakan diri sendiri.

Untuk mengetahui panduan diet yang betul dan berkesan khas buat para wanita, anda boleh layari ke http://www.rahsiadietwanita.com/hop.php?ref=rahsiawanita untuk dapatkan ebook Rahsia Diet Wanita.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas,

ELIASS ABDUL HAMID


Post

Ada Apa Dengan Rahsia Diet Wanita?


Kelihatan menawan, anggun, cantik, berseri dan langsing merupakan impian bagi setiap wanita. Tanyalah kepada mana-mana wanita sekalipun, sudah tentu mereka akan mengiyakan sahaja jika ditanya adakah mereka ingin memiliki ciri-ciri seperti itu.

Disebabkan itulah, kebanyakan wanita sanggup berhabis duit untuk ke pusat-pusat kesihatan atau kecantikan atau pelangsingan bagi memastikan diri mereka sentiasa dinilai tinggi oleh kaum adam.

Jika tidak ke sana pun, mereka akan membeli produk-produk yang menawarkan seribu macam faedah untuk digunakan sehari-harian. Kalau mereka tak buat, maka tak lengkaplah kehidupan ini.

Mengikut kajian, soal berat badan merupakan isu yang sangat sensitif terhadap kaum wanita. Sekiranya ditanya berat badan mereka, seseorang wanita lebih suka mendiamkan diri atau melenting. Ini kerana, mereka tidak suka dengan soalan itu dan berusaha untuk mengelak daripada memberikan jawapan yang tepat.

Mengapa perkara ini terjadi? Jawapannya mudah. Kaum wanita cukup takut dengan berat badan mereka sendiri. Mereka tidak mahu orang lain menganggap mereka sebagai gemuk jika didedahkan berat badan yang sedang ditanggung.

Seandainya betul seseorang wanita itu gemuk, apakah punca kepada masalah kegemukan atau obesiti yang sedang dihadapi? Berikut adalah jawapannya:


-    Mereka makan secara berlebihan dan tidak seimbang

-    Mereka mengamalkan pemakanan diet yang salah

-    Mereka makan tidak mengikut masa yang dicadangkan

-    Mereka abaikan sarapan dan makan malam

-    Mereka mempunyai lebihan lemak dan air dalam badan

-    Kadar metabolism mereka rendah

-    Sistem perkumuhan mereka tidak bekerja dengan baik

-    Mereka mempunyai lemak dan selulit yang terkumpul dalam badan

-    Mereka tidak mengawalatur jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh badan


Oh.. Poin-poin yang dinyatakan di atas hanyalah sebahagian sahaja daripada punca kepada masalah kegemukan dalam kalangan wanita. Tak perlulah kesemua punca itu dibincangkan di sini. Cukuplah sekadar punca-punca umum disebutkan.

Jadi, untuk menyelesaikan masalah kegemukan itu, kebiasaannya kaum wanita akan ke pusat pelangsingan badan. Itu pun jika mereka mempunyai duit lebih.

Kalau tak ada duit, mereka sanggup membeli pil pelangsingan badan yang tidak diiktiraf keberkesanannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tetapi, dengan memilih dua jalan itu, ianya tetap tidak dapat menyelesaikan masalah kegemukan yang dihadapi. Ini kerana, dua jalan tersebut hanyalah bersifat sementara. Mereka hanya mampu langsing dalam tempoh yang singkat dan tidak bertahan lama.

Selepas ditinggalkan pusat pelangsingan badan yang berharga mahal itu dan berhenti daripada makan pil pelangsingan, seseorang wanita yang mengambil dua rawatan di atas akan ‘kembang’ semula.

Hmm.. Apakah jalan penyelesaiannya?

Mudah sebenarnya untuk atasi masalah kegemukan ini. Caranya adalah dengan menjalankan gaya hidup sihat dan berdiet mengikut panduan yang betul.

Untuk itu, maka sebuah ebook yang bertajuk ‘Rahsia Diet Wanita’ telah dihasilkan dengan tujuan membantu para wanita mengamalkan diet yang sempurna seperti dicadangkan oleh pakar.




Antara topik yang terkandung dalam ebook ini adalah..


1.    Punca-punca kenapa wanita mudah gemuk. Lepas anda dah baca info ini, barulah anda tahu kenapa mudah sangat anda gemuk.

2.    10 faktor yang menentukan jumlah kalori diperlukan oleh badan. Anda kena tahu ni. Barulah anda boleh kawal peratusan kalori yang nak dimasukkan dalam badan nanti.

3.    Teknik-teknik bagi mengekalkan amalan makanan yang seimbang untuk mencapai diet sempurna. Kalau tak amalkan tips ini, makin gemuklah anda.

4.    Punca-punca anda gagal turunkan berat badan. Nak turunkan berat badan, anda kena tahu pantang larangnya terlebih dahulu. Anda boleh baca dalam bab ini.

5.    Rahsia menurunkan berat badan tanpa mengeluarkan peluh. Anda mungkin seorang wanita yang sibuk. Teknik ini memang sesuai buat anda.


Dan terdapat banyak lagi tips dan panduan diet mudah lagi berkesan dikongsikan dalam ebook ini. Ianya ditulis khas dan khusus buat kaum wanita.

Anda boleh dapatkan ebook Rahsia Diet Wanita ini dengan layari ke laman rasminya melalui link di bawah:


==> http://www.rahsiadietwanita.com/hop.php?ref=rahsiawanita


Sekiranya anda seorang yang serius untuk miliki badan langsing dan menawan, segera grab ebook itu. Selepas ini, anda tak perlu lagi keluarkan sehingga beribu ringgit semata-mata untuk turunkan berat badan. Semoga berjaya!


Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk melanggan updated terkini dari kami terus dihantar ke email anda:

Delivered by FeedBurner


New Post

Tags

Abdullah (1) akhir (1) Akibat (1) Aktif (1) Alahan (1) american (1) americana (1) anjal (1) aprikot (1) atopik (1) Badan (4) bahagian (1) bahan (1) bantu (2) bebas (1) Bebaskan (1) berat (1) berbunyi (1) berkesan (1) berkhasiat (1) berlubang (2) bersama (1) bersenam (1) bertukar (1) besar (2) Betulkah (1) bibir (1) Bilakah (1) boleh (3) Buang (1) Buatan (1) bukan (2) carmino (1) cegah (1) cepat (1) cetus (1) cinta (3) complexion (1) creambc05 (1) dalam (1) darah (1) daripada (1) degil (1) Demam (1) dengan (1) diabetes (1) dikunyah (1) dirawat (1) disebabkan (1) effect (1) ekzema (2) episok (1) extra (2) factor (1) Faedah (1) faraj (1) faster (1) Garcinia (1) Gatal (1) genetik (1) halia (1) hamil (2) hempedu (1) herba (1) hidup (2) hitam (1) Homeopathy (1) hormon (1) Imbas (1) Inframerah (1) jalanan (1) Jangan (1) Jangkit (1) jantung (1) japan (1) jejas (2) jenis (1) jeragatbintik (1) jerawat (5) jerebu (1) Jilbab (3) kaedah (1) kanakkanak (1) kanser (4) Kasut (1) kebersihan (1) kecantikan (1) Kecederaan (1) kecil (1) kekal (1) Keluarga (1) kemaruk (1) kembali (1) Kembali (1) Kempen (1) kencing (1) kentut (1) Kerap (2) kesegaran (1) Kesesakan (1) kesihatan (2) Ketahui (1) ketika (1) keturunan (1) khasiat (2) kolagen (1) Koronari (1) Kreasi (2) kronik (1) kualiti (1) kulit (3) Kurang (2) kurus (2) Kuruskan (3) laitulqadar (1) lalat (1) langkah (1) langsing (1) lebih (1) lelaki (3) lembut (1) Leopard (1) lepaskan (1) Letih (1) Lirik (1) Lutut (1) makan (1) makanan (2) Makanan (2) malam (1) manis (1) manusia (1) Maraton (1) marigold (1) Masalah (4) Masih (1) Masker (1) matematik (1) melalui (1) melody (3) Memakai (1) Membersihkan (1) Mengapa (1) mengatasi (1) mengelakkan (1) Mengenai (2) menjaga (1) Menorrhagia (1) minda (1) Mirifica (1) misteri (1) Modern (1) montok (1) mudarat (1) Nailart (1) NanoV (1) nuklear (1) NUTRITION (1) Olahraga (1) Pakai (2) panas (1) parut (2) pasangan (1) payudara (4) pejalkan (1) peluang (1) Pengurusan (1) Penjagaan (1) penyelesaian (2) penyembuh (1) perawatan (1) pertingkatkan (1) perut (2) Phytolacca (2) pigmentasi (1) Pilihan (1) pintar (1) Puasa (2) punca (1) pundi (1) putih (1) racun (1) radiasi (1) Rahsia (1) rangsang (1) Rawat (2) Rawatan (1) remeh (1) Revolusi (1) risiko (2) rosakkan (1) Rozita (1) Rungkai (1) Rushmini (1) sakit (3) Sakit (1) sayangi (1) sebab (1) sebenarnya (1) secara (1) Sehat (1) Seimbang (1) seksa (1) selamat (1) selaput (1) selesa (1) Selsema (1) Sembang (2) sembelit (1) sembuh (1) semulajadi (1) Senaman (1) Sendawa (1) Sendiri (1) serang (1) serius (1) Shanana (1) sihat (2) Sinar (1) Sindrom (1) sinetron (2) Sinetron (1) singkir (1) sinopsis (1) stabil (1) strength (1) stres (1) sukar (2) tahun (1) Tambah (1) tanpa (1) tegang (1) telalu (1) Terapi (2) terbalik (1) terdedah (1) testimonial (1) Thanyaporn (1) tidak (1) Timun (1) Tokotrienol (1) toksik (1) tulang (1) Tutorial (1) ubati (1) udara (1) Untuk (2) vitamin (2) Wajah (1) Yogurt (1)