Archives

Post

Sukar mahu bebas obes

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah@utusan.com.my
Foto DJOHAN SHAHRIN SHAH
Selain senaman TRX dua kali seminggu, Jean mengawal cara pemakanannya dengan tidak memakan daging tetapi melebihkan buaha-buahan dan sayur-sayuran.

HAMPIR lima tahun, Jean Loh, 34, mencuba pelbagai kaedah untuk menurunkan berat badan, namun usahanya masih menemui jalan buntu.

Dia berdiet dan mengambil pil untuk mengurangkan berat badannya yang mencecah 86 kilogram (kg), tetapi masih tidak berubah. Dia sering rasa letih dan tidak bermaya ketika melakukan kerja harian.

Jean mula mengalami masalah berat badan selepas bergelar Pegawai Perhubungan Awam(PR) dengan syarikat Estee Lauder kira-kira enam tahun lepas. Keadaan diburukkan dengan amalan pemakanan yang tidak sihat sepanjang tempoh berkenaan.

"Ketika melakukan pemeriksaan kesihatan, doktor nasihatkan saya supaya turunkan berat badan bagi mengelak menghidapi penyakit lain yang teruk.

"Sejak itu saya terfikir untuk menurunkan berat badan. Kebetulan pekerjaan saya banyak melibatkan orang lain. Penampilan adalah aspek penting untuk memastikan saya berasa yakin berkomunikasi dengan orang lain," katanya.

Sehinggalah pada awal tahun lepas dia mengambil keputusan untuk bersenam di gim dalam usaha menguruskan berat badannya.

Seorang rakan mengesyorkan senaman latihan penuilan (daya tuil) berat badan yang dikenali TRX. Jean berjaya menurunkan berat badan sebanyak 24 kilogram dalam tempoh setahun.

"Melalui TRX, saya dapat memperbaiki stamina badan dan otot-otot saya lebih fleksibel. Pertama kali melakukan TRX, seluruh badan saya terasa sakit. Bayangkan saya sudah lama tidak bersenam dan tiba-tiba melakukan TRX, memang memberi kesan.

''Namun lama-kelamaan badan saya sudah biasa apatah lagi saya memperuntukan dua kali seminggu untuk ke Chi Fitness, Pusat Membeli-belah Bangsar (BSC) untuk mengikuti latihan TRX.

''Hampir setahun mengikuti kelas ini, saya lebih bertenaga dan tidak cepat penat walaupun kerja lebih masa. Kawan-kawan juga terkejut dengan perubahan berat badan saya sehingga ada yang tak kenal saya lagi.

''Masalah selalu penat dan tak bertenaga juga sudah hilang. Saiz baju yang saya pakai dulu XL juga dah bertukar jadi M," katanya.

Pembahagian masa

Ditanya tentang pembahagian masa kerja dan latihan, Jean berpendapat, ia sebenarnya bergantung kepada individu.

Pada awalnya, dia sendiri seperti tidak menyangka berjaya mengikut jadual tetapi disebabkan azam bebas obesiti, dia nekad mahu melakukannya.

"Saya akui bertugas sebagai PR memerlukan pengorbanan masa di tempat kerja. Apa yang saya lakukan ialah, siapkan semua kerja lebih awal setiap hari Rabu dan Jumaat. Sekiranya kita berusaha melakukannya, tiada yang mustahil. Akhirnya, saya sudah biasa dengan jadual itu. Malah saya tidak pernah berasa letih tetapi lebih segar pada keesokan harinya,'' katanya.

Makanan sihat

Jean berkata, stigma kebanyakan masyarakat yang menganggap senaman sudah cukup untuk kurus perlu dibuang jauh.

Sebenarnya memilih makanan sihat juga penting sebagai pelengkap proses diet.

Katanya, jika dahulu dia cintakan makanan daging tetapi kini kegemaran tersebut dibuang jauh-jauh. Seorang rakan pernah memberitahu, tiada jalan mudah untuk memiliki berat badan yang ideal. ''Saya kena menikmati makanan sihat seperti makanan laut masak stim dan mengurangkan pengambilan karbohidrat terutamanya pada waktu malam.

''Dalam kamus diet saya juga tiada istilah makanan ringan dan daging termasuk ayam dan lembu," ujarnya,

Tambah Jean, adalah penting bagi orang ramai menyedari bahawa untuk menguruskan badan dan hidup secara sihat bukanlah sesuatu yang mudah. Sebaliknya ia memakan masa yang panjang dan perancangan yang baik.

Dalam pada itu, Jean terlibat dalam menguruskan Kempen Kesedaran Kanser Payu Dara anjuran Estee Lauder sepanjang Oktober ini yang telah bermula 27 September lalu di Chi Fitness, BSC.

Jean menggalakkan orang ramai untuk menyokong kempen ini dengan membeli Pasport Pink Estee Lauder bernilai RM50 mengandungi nilai diskaun, tawaran dan hadiah istimewa.

Estee Lauder juga akan mengadakan Kempen Kesedaran Kanser Payu Dara dengan menyaksikan bangunan Pavilion, Menara Kuala Lumpur dan Sultan Abdul Samad berwarna pink pada 14 Oktober depan.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari www.elcbca.com.my


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Kerap hamil jejas tulang

WANITA disaran supaya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya selama dua tahun.

MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.

Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.

Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.

Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

?Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,? jelasnya.

Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.

Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.

?Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,? ujar Annissa.

Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.

Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.


MINUM banyak susu dapat menambah bekalan kalsium ibu hamil.

Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.

Berpantang

?Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.

?Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,? katanya kepada Jurnal.

Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.

Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.

Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.


TULANG rapuh disebabkan kalsium di dalamnya telah diserap oleh tubuh.

?Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal.

?Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,? katanya.

Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya.

Sambil menyebut saranan Islam supaya wanita menjarakkan kehamilan selama dua tahun, Ismail menasihati pasangan agar merancang kehamilan dengan pelbagai kaedah.

?Terdapat banyak cara untuk mengelakkan kehamilan berlaku. Ini termasuk mengambil hormon dan pil selain menggunakan kondom atau IUCD iaitu alat pencegahan kehamilan dalam rahim,? katanya.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Bebaskan si kecil daripada seksa ekzema

Oleh ZUHAYATI YAZID
Gambar JEFFRI IRAN
Dari kiri Pensyarah Kanan Perunding Dermatologi dari United Kingdom, Prof. Dr Anthony Chu, Dr. Leong Kin Fon dan Pengurus Negara Leo Pharma, Tan Keng Aung pada majlis pelancaran Kempen Kesedaran Ekzema Atopik di Kuala Lumpur Baru-baru ini.

MELIHAT kegelisahan si kecil tidak boleh duduk diam kerana gatal-gatal dan ruam di badan pasti merunsingkan hati si ibu.

Tambah memilukan apabila kesan kegatalan tersebut menyebabkan kulit si kecil menggelupas dan kemerah-merahan di seluruh badan.

Situasi ini kerap dialami oleh penghidap ekzema atopik atau dermatitis atopic sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam gatal hingga menyebabkan rasa sakit dan resah.

Biarpun penyakit ini tidak mendatangkan bahaya dan mengancam nyawa, namun penyakit ini semakin kerap berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan alahan serta keadaan persekitaran dan udara yang tidak bersih.

Bahkan mengikut statistik Persatuan Dermatologi, ekzema atopik merupakan penyakit yang kerap menyerang kanak-kanak di seluruh dunia dengan 10 hingga 20 peratus terdiri daripada kanak-kanak berbanding satu hingga tiga peratus berlaku kepada golongan dewasa.

Perkara ini diakui oleh Pakar Runding Pediatrik dan Dermatologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr Leong Kin Fon ketika ditemui sempena Kempen Kesedaran Ekzema Atopik di kalangan kanak-kanak anjuran Leo Pharma baru-baru .

Katanya, di Malaysia, penambahan kes ekzema di lihat amat membimbangkan dari masa ke semasa iaitu sebanyak 12.6 peratus.

"Keadaan ini amat membimbangkan jika dibandingkan di negara-negara lain termasuk di Indonesia hanya 3.7 peratus," katanya.

Menurut Dr. Kin Fon, keadaan itu lebih membimbangkan apabila kes melibatkan kanak-kanak yang berusia enam hingga tujuh tahun meningkat daripada 9.5 peratus kepada 12.6 peratus.

Penghidap ekzema atopik sebenarnya mempunyai paras asid gama linolenik (GLA) dalam tubuh yang lebih rendah .

Keadaan itu menyebabkan kulit menjadi gatal dan ruam di bahagian-bahagian tertentu seperti sendi, leher dan sebagainya, menyebabkan kulit menjadi kering serta kehitaman.

Kebiasaannya, kulit pesakit ekzema atopik bukan sahaja menjadi kemerah-merahan, tetapi juga bersisik, keras dan tebal .

Tegas beliau, penjagaan kulit kanak-kanak yang mengalami ekzema biasanya sangat sangat sensitif dan memerlukan perhatian yang serius.

"Keadaan ini menyebabkan mereka memerlukan penjagaan yang eksklusif selain tidak boleh terdedah dengan keadaan yang berhabuk,'' ujarnya lagi.

Menurut Dr. Fon, penjagaan kulit kanak-kanak yang mengalami ekzema biasanya satu proses berterusan sehingga mereka dewasa.

Selain kesan kesakitan, penyakit ini juga boleh memberi tekanan emosi dan kesan kewangan bukan sahaja ke atas pesakit tetapi juga ahli keluarga, khususnya penjaga.

Malah, ia juga membataskan aktiviti harian kerana pendedahan kepada cuaca panas dan terik serta perpeluhan boleh mendatangkan kerengsaan dan kegatalan kulit.

Tambahnya, bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak ekzema di galakkan untuk mengguna pelempap.

"Ia bukan dapat melembutkan kulit tetapi juga membantu mengunci lembapan,'' ujarnya lagi.

Selain itu, ia juga dikatakan dapat membantu mengurangkan rekahan, kekeringan pada kulit dan meredakan kegatalan.

Dalam pada itu, pesakit ekzema tidak disarankan menggunakan sabun atau mandian berbuih pada kulit mereka kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan kulit.

Sebaiknya mereka disarankan menggunakan pembersih dan pelembap yang bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung tetapi juga pelembap terutama kulit yang kering.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Apa itu selaput dara?

Doktor,
SAYA seorang ibu, ingin bertanya suatu perkara yang sungguh merunsingkan saya. Saya ternampak kemaluan anak perempuan saya yang baru berusia sembilan bulan. Sebelum ini lubang atau pun ?selaput dara? anak saya kecil tetapi baru-baru ini, saya nampak sudah semakin besar.

Macam-macam perkara buruk bermain di fikiran saya. Adakah ia disebabkan anak saya telah dicabul oleh orang lain?

Atau apakah ia sesuatu yang normal dalam tumbesaran seorang anak perempuan? Saya bimbang suami mencabul anak saya atau mungkinkah selaput dara anak saya terkoyak dengan sendirinya? Apakah kesan buruk yang boleh terjadi terhadap anak kecil saya itu? Saya berharap doktor dapat memberikan maklum balas secepat mungkin sebelum saya berbuat sesuatu.

Jawapan:

Ibu delima.

Puan Delima, terima kasih di atas soalan yang diutarakan pada minggu ini. Sebagai seorang ibu yang prihatin, saya dapat memahami dan bersimpati dengan kerisauan puan. Untuk pengetahuan Puan, selaput dara atau yang sering dikenal dengan sebutan ?hymen? adalah suatu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu kemaluan (introitus vagina). Pada kebiasaannya berbentuk bulat sebagaimana bentuk liang faraj, tetapi ada juga yang seperti bulan sabit (bentuk semilunar), bahkan ada yang mempunyai septum (pemisah). Lubang selaput dara yang masih utuh (tidak terkoyak) umumnya hanya dilalui oleh jari kelengkeng. Pada bayi, kondisi selaput dara cenderung besar dan tebal. Tetapi semakin bayi itu membesar, jaringan selaput dara akan menipis, lebar dan terbuka.

Namun begitu, terdapat juga segelintir wanita dilahirkan tanpa selaput dara. Tisu ini pula terdapat dalam berbagai-bagai bentuk. Ada yang nipis, ada juga yang tebal dan menutupi keseluruhan lubang faraj hingga menyukarkan pengeluaran darah haid. Dalam situasi ini ada kalanya bantuan pakar perubatan diperlukan bagi membuat pembukaan (incision) untuk mengalirkan darah haid. Lazimnya ia hanya terkoyak semasa kemasukan zakar yang tegang semasa persetubuhan. Bagaimanapun, strukturnya boleh tercedera akibat senaman ataupun aktiviti lasak. Oleh yang demikian, wujud atau tidak selaput dara bukan ukuran tepat bagi menentukan kegadisan seseorang wanita.

Ia boleh terkoyak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, apatah lagi jika telah melakukan hubungan jenis sebelum pernikahan. Suatu hal yang patut diketahui ialah bahawa selaput dara boleh juga terkoyak walaupun tanpa melakukan persetubuhan.

Terdapat pelbagai bentuk selaput dara. Ada yang seperti kelopak bunga, ada yang seperti cincin, ada yang berlubang dua, ada yang berlubang banyak dan malah ada wanita yang memang tidak ada selaput dara sejak dilahirkan. Sekiranya selaput dara telah terkoyak, iaitu kerana jimak atau tercedera akibat terjatuh dan sebagainya, selaput dara itu masih ada tetapi tidak lagi utuh atau mungkin ia bertaut kembali. Namun begitu jika seorang wanita telah melahirkan anak maka selaput daranya akan hilang.

Mengambil pemikiran positif dan bersangka baik terutama terhadap pasangan hidup dan ahli keluarga adalah jalan terbaik dalam membesarkan anak-anak. Mungkin ia sebahagian daripada perubahan normal setelah bayi perempuan anda membesar. Bagaimanapun, langkah berhati-hati perlu diambil dan usul periksa sebelum mengambil tindakan. Implikasi tindakan seseorang mungkin akan menghambat kehidupan pada masa depan. Saya sarankan puan membawa anak puan berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut bagi mendapatkan pengesahan.


Kesihatan Dan Kecantikan


Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk melanggan updated terkini dari kami terus dihantar ke email anda:

Delivered by FeedBurner


New Post

Tags

Abdullah (1) akhir (1) Akibat (1) Aktif (1) Alahan (1) american (1) americana (1) anjal (1) aprikot (1) atopik (1) Badan (4) bahagian (1) bahan (1) bantu (2) bebas (1) Bebaskan (1) berat (1) berbunyi (1) berkesan (1) berkhasiat (1) berlubang (2) bersama (1) bersenam (1) bertukar (1) besar (2) Betulkah (1) bibir (1) Bilakah (1) boleh (3) Buang (1) Buatan (1) bukan (2) carmino (1) cegah (1) cepat (1) cetus (1) cinta (3) complexion (1) creambc05 (1) dalam (1) darah (1) daripada (1) degil (1) Demam (1) dengan (1) diabetes (1) dikunyah (1) dirawat (1) disebabkan (1) effect (1) ekzema (2) episok (1) extra (2) factor (1) Faedah (1) faraj (1) faster (1) Garcinia (1) Gatal (1) genetik (1) halia (1) hamil (2) hempedu (1) herba (1) hidup (2) hitam (1) Homeopathy (1) hormon (1) Imbas (1) Inframerah (1) jalanan (1) Jangan (1) Jangkit (1) jantung (1) japan (1) jejas (2) jenis (1) jeragatbintik (1) jerawat (5) jerebu (1) Jilbab (3) kaedah (1) kanakkanak (1) kanser (4) Kasut (1) kebersihan (1) kecantikan (1) Kecederaan (1) kecil (1) kekal (1) Keluarga (1) kemaruk (1) kembali (1) Kembali (1) Kempen (1) kencing (1) kentut (1) Kerap (2) kesegaran (1) Kesesakan (1) kesihatan (2) Ketahui (1) ketika (1) keturunan (1) khasiat (2) kolagen (1) Koronari (1) Kreasi (2) kronik (1) kualiti (1) kulit (3) Kurang (2) kurus (2) Kuruskan (3) laitulqadar (1) lalat (1) langkah (1) langsing (1) lebih (1) lelaki (3) lembut (1) Leopard (1) lepaskan (1) Letih (1) Lirik (1) Lutut (1) makan (1) makanan (2) Makanan (2) malam (1) manis (1) manusia (1) Maraton (1) marigold (1) Masalah (4) Masih (1) Masker (1) matematik (1) melalui (1) melody (3) Memakai (1) Membersihkan (1) Mengapa (1) mengatasi (1) mengelakkan (1) Mengenai (2) menjaga (1) Menorrhagia (1) minda (1) Mirifica (1) misteri (1) Modern (1) montok (1) mudarat (1) Nailart (1) NanoV (1) nuklear (1) NUTRITION (1) Olahraga (1) Pakai (2) panas (1) parut (2) pasangan (1) payudara (4) pejalkan (1) peluang (1) Pengurusan (1) Penjagaan (1) penyelesaian (2) penyembuh (1) perawatan (1) pertingkatkan (1) perut (2) Phytolacca (2) pigmentasi (1) Pilihan (1) pintar (1) Puasa (2) punca (1) pundi (1) putih (1) racun (1) radiasi (1) Rahsia (1) rangsang (1) Rawat (2) Rawatan (1) remeh (1) Revolusi (1) risiko (2) rosakkan (1) Rozita (1) Rungkai (1) Rushmini (1) sakit (3) Sakit (1) sayangi (1) sebab (1) sebenarnya (1) secara (1) Sehat (1) Seimbang (1) seksa (1) selamat (1) selaput (1) selesa (1) Selsema (1) Sembang (2) sembelit (1) sembuh (1) semulajadi (1) Senaman (1) Sendawa (1) Sendiri (1) serang (1) serius (1) Shanana (1) sihat (2) Sinar (1) Sindrom (1) sinetron (2) Sinetron (1) singkir (1) sinopsis (1) stabil (1) strength (1) stres (1) sukar (2) tahun (1) Tambah (1) tanpa (1) tegang (1) telalu (1) Terapi (2) terbalik (1) terdedah (1) testimonial (1) Thanyaporn (1) tidak (1) Timun (1) Tokotrienol (1) toksik (1) tulang (1) Tutorial (1) ubati (1) udara (1) Untuk (2) vitamin (2) Wajah (1) Yogurt (1)