Archives

Post

Akibat hormon tidak stabil

JOHARI merupakan seorang lelaki yang serius dan kuat bekerja. Beliau juga seorang tegas dan pandai mengawal suasana. Sikapnya yang rasional dan berhemah menjadikannya pekerja contoh. Tidak hairanlah dia cepat dinaikkan pangkat .

Fauziah pula seorang wanita berkerjaya yang disegani oleh kawan-kawannya. Dia lemah lembut dan tidak mudah melatah selain prihatin dengan masalah teman sepejabat. Sifat fauziah amat disenangi oleh Johari dan pasangan itu mendirikan rumah tangga pada usia awal dua puluhan.

Kini usia perkahwinan mereka mencecah dua 25 tahun dan masing-masing menjangkau usia 40-an.

Sejak akhir akhir ini Fauziah merasakan Johari tidak lagi seperti dahulu. Perjumpaan sosial kawan-kawan dan ahli keluarga yang dahulunya sering dilakukan kini tidak lagi menjadi perhatian Johari. Fauziah terpaksa pergi bersendirian demi untuk menjaga hati sahabat dan saudara-maranya. Johari juga tidak mahu lagi menemani isterinya bersiar-siar di hujung minggu sebagaimana lazimnya. Fauziah yang gemar membeli-belah di hujung minggu terpaksa pergi bersama kawan-kawannya.

Pada suatu hari Fauziah berselisih faham dengan kawan wanita sepejabat. Entah mengapa dia gagal mengawal emosi. Kalau dulu Fauziah terkenal dengan sifat prihatin dan lemah lembut, kini dia menjadi agresif dan mudah melatah.

Apabila pulang ke rumah dan bercerita kepada Johari perihal masalahnya, suaminya gagal memberi sokongan moral yang diperlukan. Hal ini menimbulkan pertengkaran kecil pula di antara mereka dan masing-masing merasakan hidup mereka tidak sehaluan lagi.

Hari demi hari semakin banyak konflik yang tercetus dan masing-masing menjadi sukar untuk memahami satu sama lain.

Fauziah berfikir besar kemungklinan Johari berubah kerana faktor penuaan. Usia menjadikan Johari semakin lemah dan tidak ceria seperti dulu. Seperkara lagi, dia juga merasakan faktor kematangan hidup menjadikannya lebih tegas dan boleh meluahkan segala pendapat dengan berani. Dia juga tidak kisah meskipun kata-katanya itu melukakan hati orang lain.

Apakah yang terjadi sebenarnya? Mengapakah penuaan mempengaruhi sikap dan emosi seseorang?

Apabila seorang lelaki kehilangan sebilangan besar hormon testosterone maka dia akan berubah sikap menjadi kurang agresif dan kurang pertimbangan. Hormon testosterone begitu penting buat lelaki kerana ia membuatkan seorang lelaki berasa tenang, selesa dan berfikiran rasional.

Bagi wanita pula hormon progesterone dan estrogen amat penting. Tanpa hormon yang cukup wanita menjadi emosi dan sukar menghadapi suasana tegang.

Proses penuaan menyebabkan hormon berkurangan sehingga berlaku perubahan sikap, emosi, serta perlakuan lelaki dan wanita. Akibatnya pasangan terlibat mula merasakan kelainan dan seringkali hubungan yang erat mula renggang dan terganggu. Seringkali mereka menyalahkan satu sama lain dan ini menimbulkan kerumitan dalam rumahtangga.

Apabila rawatan penggantian hormon dibuat ternyata keadaan banyak berubah. Pasangan mula kembali tenang dan boleh menyelesaikan masalah mereka dengan lebih terbuka.

Tubuh kita terbina dari sel-sel seni yang bereplikasi dan sentiasa silih berganti. Sel-sel tubuh kita mempunyai tempoh hayat. Sel jantung, buah pinggang, hati, otak dan lain-lain semuanya mempunyai kadar pertumbuhan yang berbeza-beza. Enzim yang penting dalam proses replikasi sel ialah enzim telomerase. Tanpa enzim telomerase yang cukup sel-sel menjadi tua kerana ia tidak boleh bereplikasi. Mereka yang dilahirkan tanpa enzim telomerase mengalami sindrom penuaan di mana mereka menjadi tua meskipun baru berusia lima atau sepuluh tahun.

Gejala ini sangat menarik dikaji kerana ciri-ciri penuaan dapat dilihat dengan nyata meskipun mereka sebenarnya masih di peringkat kanak-kanak sahaja. Memerhatikan ciri-ciri penuaan kita dapat saksikan kulit yang berkedut dan berpigmentasi. Kepala mereka juga botak dengan rambut yang nipis. Wajah pula tampak mengecut dengan dagu mengecil. Tulang-tulang mereka mengalami osteoporosis yang ketara. Dari segi emosi mereka juga pelupa dan mudah tersinggung.

Mereka juga terdedah kepada masalah tulang rapuh, sakit sendi, kanser, jantung dan masalah berkaitan dengan imuniti yang rendah.

Jelas bahawa penuaan bukan berlaku kepada satu bahagian tubuh saja. Ia adalah satu proses yang melibatkan keseluruhan tubuh kita. Apabila penuaan bermula maka ia akan terus melanda dan merosakkan tubuh.

Kita juga dapat menyaksikan bahawa penuaan bukan berlaku berdasarkan usia semata-mata. Usia yang muda juga tidak lari daripada gejala penuaan apabila enzim dan hormon rosak.

Justeru pengetahuan dalam ilmu anti penuaan perlu dipertingkatkan agar kita dapat mengharungi usia tua dengan sihat, cergas dan gembira.

PENULIS boleh dihubungi di 03-87234808 dan 0132448484.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Kasut selesa elak sakit kaki

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Kenapa ibu jari kaki saya berdenyut?? tanya seorang pesakit kepada Pakar Bedah Ortopedik, Sukan dan Trauma Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Bazam Abdul Rani.

Pada awalnya, dia tidak sedar denyutan ibu jari kakinya tetapi selepas beberapa bulan, dia merasakan satu kelainan. Justeru dia segera berjumpa Dr. Bazam untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Melalui penelitian Dr. Bazam, pesakit ini mempunyai masalah sakit kaki.

Latar belakang pesakit yang bekerja sebagai pengawai kerajaan itu menunjukkan dia menghabiskan masa sehariannya dengan memakai kasut bertutup.

Dia juga tidak kisah jenis kasut asalkan muat dengan saiz kakinya. Baginya, itu sudah memadai tanpa mengira keselesaan.

?Banyak penyakit atau masalah kaki bersangkut paut dengan pemilihan kasut, terutamanya di kalangan wanita,?? kata Dr. Bazam. Menurut kajian Persatuan Kaki dan Sendi Buku Lali Amerika (AOFAS), 80 peratus wanita mempunyai masalah sakit pada kaki.

Ini kerana lebih daripada 88 peratus wanita memakai kasut bersaiz lebih kecil dari saiz kaki mereka. Kasut yang terlalu ketat, terlalu longgar, terlalu kedap udara dan bentuk kasut yang tidak natural boleh menyebabkan atau menggalakkan masalah kaki.

Jenis sakit kaki

Antara masalah yang sering berlaku adalah sakit kaki pada wanita (A Woman?s Aching Feet).

Menurut Dr. Bazam, hampir separuh daripada wanita mempunyai pengalaman sakit berdenyut-denyut pada kaki.

Mungkin disebabkan terlalu lama berdiri atau berjalan, tetapi punca utama pemakaian kasut yang tidak sesuai.

?Masalah ini lebih kerap dialami wanita yang lebih tua kerana ketebalan lapisan lemak pada tapak kaki yang bertindak sebagai kusyen semakin menipis mengikut usia,? katanya.

Selain itu, sakit kaki juga boleh dikategori kepada kaki atlet (Athlete?s Foot).

Walaupun namanya begitu, keadaan ini tidak terhad hanya kepada pelari jarak jauh atau atlet lain sahaja.

?Rasa gatal, sakit seperti terbakar dan kulit mengelupas yang selalu terjadi di celah-celah jari atau pada tapak kaki adalah gejala kaki atlet. Ia disebabkan jangkitan mikroskopi kulat yang dipanggil trichophyton mentagrophytes.

??Organisma ini berkembang biak dengan baik pada permukaan bilik air yang hangat dan lembap, stokin yang menyebabkan peluh yang banyak dan kasut yang ketat,?ujarnya.

Orang ramai juga berisiko menghidap kulit melepoh (Blisters).

Dr. Bazam menjelaskan, kasut yang terlalu longgar atau terlalu ketat, permukaan kasut atau stoking yang kasar akan menyebabkan kulit bergesel dan cedera.

Kulit yang sensitif akan bertindak balas dengan pembentukan kusyen berair pada kulit iaitu melepoh.

Kawasan kulit ini radang dan menyakitkan ketika berjalan. Kulit melepoh akan sembuh sekiranya dijaga bersih dan geselan pada kulit tersebut dihentikan.

Sakit kaki juga boleh dikelaskan kepada corn dan calluses. Ia terjadi kerana kulit akan melindungi dirinya daripada geseran dan tekanan yang berulang dengan membentuk lapisan keras daripada sel-sel kulit pada bahagian di mana gangguan itu berlaku.

?Apabila ini berlaku pada kulit di atas atau di celah jari kaki, sel-sel kulit akan membentuk bengkak bulat keras seperti ?kernel? yang dipanggil corn. Sementara sel-sel kulit keras dan tebal yang terbentuk pada tapak kaki kita dipanggil sebagai calluses,? ujarnya.

Secara purata, 14 peratus orang dewasa mempunyai calluses manakala sembilan peratus orang dewasa terutamanya wanita mempunyai corn.

Sakit tumit (heel pain) merupakan masalah kaki yang kerap berlaku. Ia terdiri daripada masalah tapak kaki rata, tapak kaki terlalu melengkung atau aktiviti fizikal seperti berlari yang boleh mencetuskan radang dan kesakitan pada ligamen plantar fascia (lapisan pelindung keras) pada tapak kaki (satu keadaan yang dipanggil plantar fasciitis (PF) ).

Dr. Bazam memberitahu, sakit yang berpunca daripada PF biasanya dicirikan oleh sakit pada langkah pertama berjalan atau selepas tempoh yang lama tidak berpijak.

?Regangan otot kaki dan memakai kasut yang padan saiznya boleh membantu mengelak masalah ini. PF juga boleh membawa kepada klasifikasi seterusnya pembentukan taji tumit pada titik di mana faskia melekat ke tumit. Kedua-dua PF dan taji tumit terjadi mungkin kerana kasut yang kurang sesuai, peningkatan aktiviti fizikal secara tiba-tiba, atau tekanan pada kaki yang disebabkan pertambahan berat badan secara drastik.

Gabungan kasut ortotik, regangan dan urutan serta mengambil ubat anti-keradangan seperti ibu profen mampu merawat masalah ini,? jelas beliau.

Membeli Kasut

Dr. Bazam berpendapat, kasut tumit tinggi dan berhujung runcing adalah musuh semula jadi untuk kaki.

Walaupun kasut tumit tinggi boleh membuatkan kaki anda kelihatan panjang dan anggun, ia juga meningkatkan tekanan pada jari kaki dan menganggu keseimbangan badan ketika berjalan.

?Pastikan anda menggunakan kasut tumit tinggi pada tahap yang minimum, dan memilih untuk memakai kasut yang lebih rendah tumitnya.

Selain itu, anda perlu meminimumkan kecederaan kaki berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan dengan memakai kasut tertentu. Kasut latihan (cross trainers) yang baik adalah memadai untuk aktiviti sukan yang disertai,? nasihatnya.

Beliau tidak menafikan kasut sukan boleh dipakai setiap hari untuk keselesaan. Namun kasut akan kehilangan kesan kusyen dari masa ke masa dan perlu diganti jika lapisan kusyen tersebut tidak lagi melantun kembali apabila ditekan di atasnya.

Tambah Dr. Bazam, kasut harus mempunyai pengaliran udara yang baik, kain yang poros atau berlubang untuk pengudaraan bagi mengelak kaki daripada menderita kepanasan. ?Hujung kasut hendaklah lebih lebar dan membulat bukannya meruncing kerana ia lebih mengikut bentuk semula jadi kaki,?? katanya.

Tapak kasut juga hendaklah lebih fleksibel untuk memudahkan kaki melangkah dan tapak hendaklah mempunyai rekaan yang dapat mencengkam dengan baik pada setiap permukaan untuk mengelak tergelincir dan terjatuh.

Apabila mahu mengukur panjang kaki untuk menentukan saiz kasut pastikan ia dilakukan pada waktu lewat petang kerana kaki adalah lima hingga lapan peratus lebih besar berbanding pada awal pagi. Kedua-dua kaki hendaklah diukur kerana panjang kaki mungkin berbeza antara kanan dan kiri.

Saiz kasut mestilah mengikut kaki paling besar dan ruangan jari hendaklah lebih kurang setengah inci antara hujung jari dan hujung kasut.

Nasihat Dr. Bazam, pastikan mencuba dahulu kasut sebelum membelinya dengan berjalan-jalan untuk merasai keselesaan.

Keselesaan merupakan aspek paling utama kerana kasut dengan fesyen yang hebat tetapi kaki menderita kesakitan dan berjalan terenjut-enjut adalah merugikan.

?Kasihanilah kaki kerana kaki yang akan membawa anda ke mana-mana anda hendak pergi,? ujar Dr. Bazam.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

I-Q Homeopathy pertingkatkan minda

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR
Produk I-Q Homeopathy untuk minda.

PERUBATAN homeopati bukan sesuatu yang baru di Malaysia atau di negara-negara lain di dunia. Selain berubat secara moden, ramai yang memilih kaedah ini bagi merawat penyakit.

Ia sebenarnya telah bermula di Jerman sejak 200 tahun dahulu oleh Profesor Hahnemann.

Keistimewaannya, ia menggerakkan sistem atau saraf badan sendiri bagi melawan penyakit dan menjadikan seseorang itu tidak bergantung pada ubat.

Perubatan homeopati boleh digunakan bagi merangsang pemikiran untuk mencapai tahap kecerdasan minda.

Ini diakui sendiri oleh pakar perubatan homeopati yang telah melibatkan diri dengan perubatan tersebut selama lebih daripada 33 tahun, iaitu Profesor Zainal Aripin Zakariah.

Beliau mendapat pendidikan awal dalam bidang homeopati di Kuala Lumpur dan melanjutkan pelajaran dalam bidang itu dengan Dr. Praya Singh di Hahnemann College, London dengan kerjasama City University di peringkat Diploma Lanjutan.

Menyedari masalah yang dihadapi oleh ramai ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang tidak berminat atau lembap dalam pelajaran, Zainal Aripin telah menghasilkan formula yang dinamakan I-Q Homeopathy.

I-Q Homeopathy merupakan produk homeopati terbaru yang didakwa mampu meningkatkan keupayaan minda bagi semua lapisan umur. Dahulunya produk ini dikenali sebagai Fikri. Ia dikatakan membaiki sistem saraf supaya kembali cergas berfikir dan bertindak.

Sesuai untuk pelajar

I-Q Homeopathy amat sesuai diambil oleh pelajar yang akan menghadapi peperiksaan terutamanya pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana ia dikatakan mampu mengatasi masalah fokus ketika belajar, tidak berminat untuk belajar, sukar memahami sesuatu konsep atau sukar mengingati fakta.

Selain itu, ia didakwa sesuai untuk mereka yang memerlukan tumpuan dan daya fikir yang tinggi dalam aktiviti harian.

Formula I-Q Homeopathy diperoleh pada tahun 1982 semasa beliau mengikuti kursus Doktor Falsafah dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Bradford, United Kingdom.

Keletihan, kurang tumpuan pada pelajaran, benci buku disertai dengan pelbagai masalah yang dihadapi kerana berjauhan dengan keluarga dan bimbang gagal membuatkan beliau mencipta satu formula yang boleh membantunya mengatasi masalah tersebut.

Pada masa itu beliau telah mempunyai diploma dalam bidang homeopati di Hahnemann College, London.

Menurut beliau, I-Q Homeopathy sesuai diambil oleh semua lapisan umur terutamanya kanak-kanak sebelum persekolahan, di bangku sekolah hingga ke peringkat universiti.

Dibuat dalam bentuk semburan, pengambilannya mencergaskan minda dan didakwa membuatkan seseorang itu boleh membaca lebih lama dan dengan lebih mendalam. Dengan kata lain, ia melambatkan seseorang itu daripada cepat penat apabila belajar.

''Ibu bapa sering berhadapan dengan masalah anak-anak mereka yang malas membaca atau belajar. Ini kerana minda kanak-kanak tidak tahan berfikir lama kerana mudah penat.

''I-Q Homeopathy ini pernah dicuba kepada pelajar-pelajar sekolah rendah yang menghadapi masalah lambat membaca, susah membaca atau sukar mengira.

"Setelah pengambilan, nampak perubahan pada mereka yang mula menunjukkan minat dalam pelajaran dan boleh membaca dan mengira dalam masa singkat.

''Minda seseorang yang mengambilnya boleh tahan sehingga lapan jam tanpa rasa mengantuk, letih dan bosan.

"Selain golongan pelajar, produk ini juga amat sesuai diambil oleh suri rumah yang sibuk dengan urusan rumahtangga dan melayan kerenah anak-anak, ahli politik, ahli perniagaan atau sesiapa sahaja,'' ujar Zainal Aripin yang pernah memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Perubatan Homeopati Malaysia daripada tahun 1987 hingga 1991.

Tambah beliau, ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang terlalu nakal atau lasak juga boleh mengamalkan produk ini supaya anak-anak menjadi terkawal.

Dibuat daripada pati oat liar yang menjadi makanan untuk sel dan beberapa bahan lain, I-Q Homeopathy dibuat dalam bentuk nano yang akan terus masuk ke dalam sel dan memberikan reaksi yang cepat.

Cuma sembur tiga atau empat kali ke lidah setengah jam sebelum makan pagi dan malam, sudah mencukupi bagi seorang dewasa. Bagi kanak-kanak pula, cukup sekali atau dua kali semburan sahaja.

Beliau menjelaskan, I-Q Homeopathy yang diedar oleh Avacello Sdn. Bhd. telah diuji keberkesanannya sebanyak 95 peratus dan tiada kesan sampingan.

I-Q Homeopathy dijual pada harga biasa RM99.90 namun orang ramai boleh mendapatkan harga promosi 59.90 sehingga peghujung Disember 2011.

Kepada yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai I-Q Homeopathy, boleh menghubungi 013-3605700 atau 013-3443700.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Kulit kekal anjal

Bagi pengamal perubatan anti penuaan seperti saya, setiap kali berpeluang menyertai seminar anti penuaan dan estetik di luar negara saya tidak melepaskan peluang melihat pameran ubat ubatan dan teknologi yang berkaitan. Bagi saya ia begitu menarik sekali. Kepakaran anti aging negara Eropah sangat menakjubkan dan sudah tentu saya begitu teruja untuk memberi khidmat yang terbaik buat semua pelanggan.

Ramai yang bertanya antara kolagen, vitamin C dan placenta mana yang lebih baik. Menurut kajian persepsi pengguna , kesemuanya memberi manfaat yang baik terhadap kulit kita. Mereka menyatakan penggunaannya membuatkan kulit menjadi licin, gebu, bersih dan cerah.

Kolagen

Kolagen merupakan sebahagian daripada kulit kita dan merupakan pembangun utama pada dermis , salah satu lapisan kulit. Kolagen penting untuk menjaga kulit tetap tegang dan anjal. Apabila usia meningkat maka kulit mula berkedut dan tidak bermaya. Teori masa kini menyatakan kulit berkedut dan lesu kerana tidak mampu menyimpan air. Kandungan air dalam kulit yang tua sangat sedikit menjadikannya mengecut.

Dengan bertambahnya usia, kolagen pada kulit mulai susut. Saat kulit kita masih sehat, helaian-helaian kolagen meluncur dengan mudah satu sama lain sehingga kulit kembali normal selepas kita meregangkan wajah kerana tersenyum atau mengerutkan dahi. Namun, ketika kolagen mulai hilang, kulit kehilangan elastik dan tidak kembali normal. Maka garis kedut mula kelihatan.

Pada usia sekitar 25 tahun, tubuh juga mulai kehilangan kolagen sebanyak 1.5 peratus setiap tahun. Akibatnya, kolagen yang rosak tidak mampu memberikan sokongan yang baik untuk lapisan kulit teratas. Saat itulah kulit mulai menjadi kedut yang membawa maksud kolagen tidak berfungsi lagi.

Vitamin C

Askorbik asid ataupun vitamin C merupakan salah satu agen yang menjaga kulit. Tanpanya proses penghasilan kulit yang baik tidak dapat berlaku. Sesetengah daripada kita mengalami masalah di mana penyerapan vitamin dari perut tidak berkesan. Apabila makan vitamin hampir kesemuanya larut dan dibuang semula melalui najis dan air kencing.

Selain suntikan, vitamin C juga digunakan sebagai agen pencerah secara titisan ke dalam kulit. Vitamin C juga turut dimasukkan ke dalam bahan kosmetik bagi memberi kesan pencerahan pada kulit.

Vitamin C merupakan vitamin larut air. Vitamin c bertindak sebagai agen pembaik pulih tisu dalam tubuh. Ia membantu tubuh membentuk kolagen sejenis protein yang penting untuk menguatkan kulit, rawan, tendon ligamen dan salur darah. Ia penting untuk membaik pulih luka dan meningkatkan kepadatan tulang dan gigi.

Vitamin C juga bertindak sebagai anti oksida bersama dengan vitamin E dan beta-carotene. Anti oksidan menghalang kerosakan disebabkan radikal bebas iaitu bahan yang merosakkan DNA. Kerosakan DNA menyebabkan barah, masalah jantung dan artritis.

Placenta

placenta mengandungi Growth factors, hormon, antibodi dan kandungan nutrisi yang mampu memudakan semula tisu organik. Ia mengandungi protein istimewa yang meregulasi proses hormon dan menguatkan sistem imunisasi.

Kelebihan placenta ialah sebagai agen anti penuaan, mencantikkan kulit, meningkatkan keupayaan fizikal dan memberi kesihatan yang baik. Terdapat banyak jenis placenta yang diproses dengan kaedah recombinant DNA teknologi. Placenta menjadi agenda yang penting dalam perubatan anti aging. Teknologi recombinant membolehkan sintesis placenta sintetik yang begitu baik sekali dapat dihasilkan.


Kesihatan Dan Kecantikan


Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk melanggan updated terkini dari kami terus dihantar ke email anda:

Delivered by FeedBurner


New Post

Tags

Abdullah (1) akhir (1) Akibat (1) Aktif (1) Alahan (1) american (1) americana (1) anjal (1) aprikot (1) atopik (1) Badan (4) bahagian (1) bahan (1) bantu (2) bebas (1) Bebaskan (1) berat (1) berbunyi (1) berkesan (1) berkhasiat (1) berlubang (2) bersama (1) bersenam (1) bertukar (1) besar (2) Betulkah (1) bibir (1) Bilakah (1) boleh (3) Buang (1) Buatan (1) bukan (2) carmino (1) cegah (1) cepat (1) cetus (1) cinta (3) complexion (1) creambc05 (1) dalam (1) darah (1) daripada (1) degil (1) Demam (1) dengan (1) diabetes (1) dikunyah (1) dirawat (1) disebabkan (1) effect (1) ekzema (2) episok (1) extra (2) factor (1) Faedah (1) faraj (1) faster (1) Garcinia (1) Gatal (1) genetik (1) halia (1) hamil (2) hempedu (1) herba (1) hidup (2) hitam (1) Homeopathy (1) hormon (1) Imbas (1) Inframerah (1) jalanan (1) Jangan (1) Jangkit (1) jantung (1) japan (1) jejas (2) jenis (1) jeragatbintik (1) jerawat (5) jerebu (1) Jilbab (3) kaedah (1) kanakkanak (1) kanser (4) Kasut (1) kebersihan (1) kecantikan (1) Kecederaan (1) kecil (1) kekal (1) Keluarga (1) kemaruk (1) kembali (1) Kembali (1) Kempen (1) kencing (1) kentut (1) Kerap (2) kesegaran (1) Kesesakan (1) kesihatan (2) Ketahui (1) ketika (1) keturunan (1) khasiat (2) kolagen (1) Koronari (1) Kreasi (2) kronik (1) kualiti (1) kulit (3) Kurang (2) kurus (2) Kuruskan (3) laitulqadar (1) lalat (1) langkah (1) langsing (1) lebih (1) lelaki (3) lembut (1) Leopard (1) lepaskan (1) Letih (1) Lirik (1) Lutut (1) makan (1) makanan (2) Makanan (2) malam (1) manis (1) manusia (1) Maraton (1) marigold (1) Masalah (4) Masih (1) Masker (1) matematik (1) melalui (1) melody (3) Memakai (1) Membersihkan (1) Mengapa (1) mengatasi (1) mengelakkan (1) Mengenai (2) menjaga (1) Menorrhagia (1) minda (1) Mirifica (1) misteri (1) Modern (1) montok (1) mudarat (1) Nailart (1) NanoV (1) nuklear (1) NUTRITION (1) Olahraga (1) Pakai (2) panas (1) parut (2) pasangan (1) payudara (4) pejalkan (1) peluang (1) Pengurusan (1) Penjagaan (1) penyelesaian (2) penyembuh (1) perawatan (1) pertingkatkan (1) perut (2) Phytolacca (2) pigmentasi (1) Pilihan (1) pintar (1) Puasa (2) punca (1) pundi (1) putih (1) racun (1) radiasi (1) Rahsia (1) rangsang (1) Rawat (2) Rawatan (1) remeh (1) Revolusi (1) risiko (2) rosakkan (1) Rozita (1) Rungkai (1) Rushmini (1) sakit (3) Sakit (1) sayangi (1) sebab (1) sebenarnya (1) secara (1) Sehat (1) Seimbang (1) seksa (1) selamat (1) selaput (1) selesa (1) Selsema (1) Sembang (2) sembelit (1) sembuh (1) semulajadi (1) Senaman (1) Sendawa (1) Sendiri (1) serang (1) serius (1) Shanana (1) sihat (2) Sinar (1) Sindrom (1) sinetron (2) Sinetron (1) singkir (1) sinopsis (1) stabil (1) strength (1) stres (1) sukar (2) tahun (1) Tambah (1) tanpa (1) tegang (1) telalu (1) Terapi (2) terbalik (1) terdedah (1) testimonial (1) Thanyaporn (1) tidak (1) Timun (1) Tokotrienol (1) toksik (1) tulang (1) Tutorial (1) ubati (1) udara (1) Untuk (2) vitamin (2) Wajah (1) Yogurt (1)