Archives

Post

Imbas genetik

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
afzan.kasiman@kosmo.com.my STEPHEN menunjukkan gambar rajah sampel gen yang sedang diuji kaji.

MAZLAN HAMID, 34, seorang eksekutif teknikal, sudah lima tahun mengambil ubat tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, baru-baru ini, dia mudah loya dan muntah.

Pada awalnya Mazlan beranggapan dia mengalami keracunan makanan tetapi apabila keadaan itu berlanjutan, bapa kepada dua anak ini mula risau.

?Biasanya keadaan itu akan terjadi apabila saya terlambat makan ubat. Namun, selepas saya makan ubat ikut jadual dan mengurangkan beban kerja, keadaan tidak banyak berubah.

?Saya beranggapan dos ubat yang diberikan doktor perlu ditambah tetapi doktor mencadangkan saya menjalani ujian saringan genetik supaya saya mendapat gambaran lebih jelas tentang masalah yang saya hadapi,? katanya.

Menurut Mazlan, selepas keputusan saringan genetik diperoleh, doktor mendapati jenis ubat yang diambilnya tidak lagi sesuai untuk dimakan.

?Doktor jelaskan, ubat untuk satu penyakit tidak semestinya sesuai untuk semua pesakit.

?Seperti saya, pada satu tahap tubuh saya telah menolak ubat yang saya ambil selama ini dan perlu bertukar kepada ubat lain,? katanya.

Keadaan yang dihadapi Mazlan bukan situasi yang jarang didengari kerana sudah banyak kes doktor dikatakan salah memberi perskripsi ubat.

Pendekatan satu ubat untuk semua pesakit mungkin perlu diperhalusi kerana tindak balas rawatan atau ubat yang diambil berbeza bagi seorang individu dengan yang lain.

Menjelaskan lebih lanjut tentang perkara ini, Ketua Pegawai Saintifik di Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (MGRC), sebuah syarikat pembekal perkhidmatan penjujukan dan analisis genom paling terkemuka di Asia, Dr. Stephen Rudd berkata, variasi genetik berlainan boleh menjadi penyebab ke atas tindak balas negatif terhadap ubat-ubatan.

?Perkhidmatan yang diselenggara pakar genetik ini membolehkan pakar perubatan dan doktor untuk lebih memahami dan memberi nasihat berkenaan pengurusan kesihatan pesakit mereka.

?Selain itu, pakar perubatan dan doktor boleh menentukan ubat-ubatan yang lebih sesuai dan berkesan pada dos yang optimum berdasarkan komposisi genetik pesakit,? katanya.

Kromosom

Selain itu, ujian yang dilakukan kepada sampel darah ini boleh mengenal pasti risiko ubat-ubatan yang mempunyai kesan sampingan dalam individu tertentu. Ia juga dapat memberi gambaran tentang kecenderungan seseorang individu terhadap penyakit keturunan dengan lebih awal.

?Menerusi ujian genetik ini doktor boleh mengenal pasti penanda variasi, yang mana antaranya merupakan penyebab penyakit, manakala yang lain membawa risiko seumur hidup akan terkena jangkitan penyakit genetik.

Selain itu, menurutnya, saringan ini juga dapat mengubah diagnosis penyakit, melestarikan pembangunan ubat dan terapi rawatan dengan pantas.

?Apabila ujian ini dijalankan, pelanggan dapat mengetahui kebarangkalian risiko penyakit keturunan yang bakal mereka hadapi.

?Ia bukan untuk menakut-nakutkan pelanggan sebaliknya membantu pesakit bersedia untuk mengelak daripada terkena penyakit tersebut.

?Contoh paling mudah, jika ibu kita menghidap tekanan darah tinggi, anak juga berisiko untuk mendapat darah tinggi. Tetapi, sejauh mana kita mengetahui tahap tekanan darah tinggi yang dihadapi oleh ibu kita?

?Melalui saringan seperti ini, kita lebih bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sebelum kita jatuh sakit,? katanya.

Menurut Stephen, salah satu daripada hasil industri genomik ialah teknologi yang membolehkan ujian genetik peribadi dilakukan dengan pantas dan terperinci.

?Selain mengukur kecenderungan risiko penyakit untuk diri sendiri, ramai ibu bapa ingin tahu apakah ciri genetik yang mungkin diwarisi oleh anak-anak mereka,? katanya yang memberitahu ujian genetik dan ujian darah jauh bezanya.

?Ujian darah yang dilakukan di klinik hanya dapat mengukur kandungan biokimia dalam sampel darah pada waktu tertentu.

?Sebagai contoh, ujian darah hanya menunjukkan sama ada kandungan gula dalam darah pesakit tinggi, sedangkan ujian genetik pula menunjukkan bahawa anda mempunyai gen yang mendedahkan pesakit kepada diabetes jauh lebih awal.

?Oleh kerana ujian genetik tidak dipengaruhi oleh faktor yang boleh mengubah tahap biokimia darah pesakit, seperti pengambilan makanan yang banyak atau alkohol, ia boleh menjadi alat diagnostik yang lebih tepat dan dapat memberi pemahaman penting tentang keadaan kesihatan pesakit pada masa hadapan,? ujarnya panjang lebar.

Terdapat tiga kategori utama ujian genetik dan pengesanan awal yang boleh didapati di negara ini iaitu penentuan genotip yang juga dikenali sebagai genotyping.

Kaedah ini cepat mengesan dan mengenal pasti beberapa ?penanda? atau ?bendera merah? dalam profil genetik yang mendedahkan anda kepada penyakit yang diketahui.

Ujian ini turut mengesan kumpulan variasi atau mutasi tertentu dalam maklumat genetik dan kosnya sekitar RM2,000 sahaja.

Kategori kedua pula membabitkan penggunaan mesin penjujukan untuk menjana bahagian-bahagian profil genetik anda.

Bahagian-bahagian ini merangkumi 1.5 peratus daripada keseluruhan profil genetik yang mewakili gen menentukan fungsi yang berlainan dalam badan anda.

Apabila ia dianalisis, pakar sains boleh mengenal pasti kehadiran variasi secara terperinci. Antara penyakit yang boleh diuji ialah sindrom Miller dan penyakit Alzheimer.

Kategori terakhir membabitkan penggunaan mesin penjujukan yang sama seperti kaedah keduatetapi kali ini untuk menjana seluruh profil genetik.

?Dinamakan ?penjujukan seluruh genom?, analisis data yang dihasilkan boleh digunakan untuk mendapatkan gambaran lengkap dan menyeluruh tentang profil genetik anda, iaitu maklumat sepenuhnya yang terkandung dalam kesemua kromosom anda,? katanya.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Suhu panas rosakkan ubat

APABILA pulang dari klinik atau farmasi, pasti pada bungkusan ubat yang dibeli itu tertera aturan penyimpanan iaitu perlu disimpan di tempat yang kering dan sejuk.

Peringatan tersebut mempunyai sebab. Ini kerana ubat-ubatan mudah rosak jika dibiar terdedah kepada suhu yang terlalu panas.

Dalam satu kajian oleh sekumpulan pakar dari Perkhidmatan Maklumat Ubat-ubatan, Universiti Butler, Indiana, Amerika Syarikat, mendapati suhu udara melebihi 30 darjah Celcius boleh merosakkan bahan aktif di dalam ubat.

Ahli farmasi yang turut serta dalam kajian ini, Dr. Amy Peak, memberitahu, beberapa ubat-ubatan yang tidak tahan pada udara panas ialah insulin, hormon tiroid, ubat berkaitan dengan aerosol dan inhaler.

Walaupun ada pengeluar ubat yang mendakwa produk mereka boleh bertahan dalam suhu lebih 30 darjah Celcius, tetapi seeloknya ia disimpan di dalam kotak yang jauh daripada suhu panas.

Apabila anda membawa ubat-ubatan ketika bercuti atau mengembara, simpanlah ubat di dalam kabin, bukannya di ruang penyimpanan kargo. Jangan sekali-kali meninggalkan ubat di dalam kereta yang diparkir di kawasan lapang kerana kepanasan dalam kereta boleh mencecah sehingga 71 darjah Celcius.

EKSTRA: Lelaki dan perempuan menggunakan kaedah berbeza untuk menangani tekanan dan mengekspresi emosi. Lelaki pada umumnya sering berdepan gangguan perilaku, penyalahgunaan atau antisosial sedangkan wanita pula lebih kerap mendapat sindrom cemas atau berdepan kemurungan apabila tertekan.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Rahsia langsing Rozita

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my

KEISTIMEWAAN Rozita Ibrahim adalah mencuba setiap produk yang dihasilkan. Beliau sanggup menjadi bahan eksperimen. Jika kebanyakan produk menampilkan orang lain sebagai ?testimoni?, Rozita sebaliknya. Pengasas Sendayu Tinggi itu menjadi model produk keluarannya, itu pun setelah memastikan keberkesanannya menerusi pengalaman diri sendiri.

Beliau tidak pernah peduli apa kata orang lain. Yang penting adalah kepuasan pengguna produk Sendayu Tinggi yang hakikatnya telah mengangkat nama Rozita sebagai salah seorang jutawan kosmetik.

Sebab itu beliau tidak pernah berhenti menghasilkan yang terbaik. Rangkaian produk Sendayu Tinggi tidak terhad untuk kecantikan semata-mata. Bagi Rozita, cantik mesti seiring dengan sihat, justeru barisan produk Sendayu Tinggi mensasarkan kedua-duanya. Menariknya, biar pun telah ada rangkaian produk untuk mengatasi sesuatu masalah, Rozita tidak mahu berhenti setakat itu. Beliau sentiasa mahu penambahbaikan dan menjadikan penyelidikan sebagai asas kekuatan produk yang dihasilkannya.

Sebab itu biar pun Sendayu Tinggi telah mempunyai rangkaian produk pelangsingan badan misalnya, Rozita mahu melakukan penambahbaikan terutamanya apabila ada pelanggan yang tidak begitu sesuai menggunakan produk tersebut.

Untuk itu, Rozita sekali lagi menjadikan dirinya sebagai bahan eksperimen, kebetulan beliau mengalami masalah kegemukan selepas melahirkan anak kira-kira dua tahun lalu.

Berat badannya meningkat daripada 51 kilogram sehingga mencecah 72 kilogram.

??Saya akui agak tertekan dan mengalami pelbagai masalah termasuk sukar berdiri selepas bangun tidur, sakit tumit, sakit otot dan malas bergerak.

??Anak sulung saya yang juga Pengarah Eksekutif Sendayu Tinggi berseloroh agar saya kurus semula demi kesihatan dan demi jenama Sendayu Tinggi,?? katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Biar pun nada berseloroh tetapi Noorhayati Kamaruzaman hakikatnya serius mahu ibunya kembali kurus. Beliau bimbang ibunya mengalami penyakit, selain kecantikan pengasas Sendayu Tinggi itu yang semakin tenggelam akibat masalah kegemukan, malah wajah Rozita juga kelihatan tua.

??Bila gemuk bukan sahaja pipi kembang, hidung pun ikut kembang sekali. Hilang seri awet muda,?? katanya. Sejak itu pelbagai usaha dibuat termasuk menjaga pemakanan namun usahanya selama setahun tidak membuahkan hasil.

Hasil penyelidikan Rozita dan anaknya, serta lawatan ke pameran di luar negara membawa kepada penemuan ekstrak seperti Garnicia Cambogia serta Citrus Aurantium yang sangat bagus dalam membantu proses menurunkan berat badan.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau mencuba satu formulasi daripada ekstrak tersebut dan hasilnya ternyata memberangsangkan.

??Dua bulan pertama berat saya turun sebanyak 2 kilogram. Sememangnya saya sangat teruja dan pada masa yang sama mengekalkan amalan diet antara lain mengelak makanan sayuran dari pucuk, kekacang dan lain-lain,?? katanya.

Daripada itu lahirlah minuman pelangsingan Bio Triple Slym berasaskan herba yang membantu mengurangkan selera dan menawarkan kesan tiga kali ganda lebih cepat.

??Istimewanya minuman ini turut membekalkan tenaga. Gabungan diet dan produk terbaru Sendayu Tinggi ini berat badan saya turun daripada 71 kilogram kepada 52 kilogram,?? katanya.

Teruja berjaya meyarung baju-baju lama dan penampilan diri semakin jelita, Rozita mensasarkan berat badan 48 kilogram. Mahu berkongsi resipi tampil langsing, anggun dan sihat dengan mereka yang peka kesihatan diri, Bio Triple Slym ditawarkan pada harga hanya RM44.

Selain itu, beliau turut memperkenalkan Lempoyang Heat Cream iaitu minyak panas yang memberikan kesan panas sehingga 24 jam untuk kelegaan sakit-sakit sendi, menghilangkan perut buncit selepas bersalin, mengurangkan lemak dan ketidakselesaan badan. Tentunya lempoyang menawarkan keistimewaan tersendiri berdasarkan kajian yang telah dibuat. Kedua-dua produk terkini itu melengkapkan set pelansingan awal iaitu Lucimax, Garlic Plus dan Slimmertique yang sehingga kini bertahan di pasaran.

Berminat mengetahui lebih lanjut tentang Bio Triple Slim dan Lempoyang Heat, boleh hubungi ibu pejabat Wisma Sendayu Tinggi di talian 0326935133.


Kesihatan Dan Kecantikan


Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk melanggan updated terkini dari kami terus dihantar ke email anda:

Delivered by FeedBurner


New Post

Tags

Abdullah (1) akhir (1) Akibat (1) Aktif (1) Alahan (1) american (1) americana (1) anjal (1) aprikot (1) atopik (1) Badan (4) bahagian (1) bahan (1) bantu (2) bebas (1) Bebaskan (1) berat (1) berbunyi (1) berkesan (1) berkhasiat (1) berlubang (2) bersama (1) bersenam (1) bertukar (1) besar (2) Betulkah (1) bibir (1) Bilakah (1) boleh (3) Buang (1) Buatan (1) bukan (2) carmino (1) cegah (1) cepat (1) cetus (1) cinta (3) complexion (1) creambc05 (1) dalam (1) darah (1) daripada (1) degil (1) Demam (1) dengan (1) diabetes (1) dikunyah (1) dirawat (1) disebabkan (1) effect (1) ekzema (2) episok (1) extra (2) factor (1) Faedah (1) faraj (1) faster (1) Garcinia (1) Gatal (1) genetik (1) halia (1) hamil (2) hempedu (1) herba (1) hidup (2) hitam (1) Homeopathy (1) hormon (1) Imbas (1) Inframerah (1) jalanan (1) Jangan (1) Jangkit (1) jantung (1) japan (1) jejas (2) jenis (1) jeragatbintik (1) jerawat (5) jerebu (1) Jilbab (3) kaedah (1) kanakkanak (1) kanser (4) Kasut (1) kebersihan (1) kecantikan (1) Kecederaan (1) kecil (1) kekal (1) Keluarga (1) kemaruk (1) kembali (1) Kembali (1) Kempen (1) kencing (1) kentut (1) Kerap (2) kesegaran (1) Kesesakan (1) kesihatan (2) Ketahui (1) ketika (1) keturunan (1) khasiat (2) kolagen (1) Koronari (1) Kreasi (2) kronik (1) kualiti (1) kulit (3) Kurang (2) kurus (2) Kuruskan (3) laitulqadar (1) lalat (1) langkah (1) langsing (1) lebih (1) lelaki (3) lembut (1) Leopard (1) lepaskan (1) Letih (1) Lirik (1) Lutut (1) makan (1) makanan (2) Makanan (2) malam (1) manis (1) manusia (1) Maraton (1) marigold (1) Masalah (4) Masih (1) Masker (1) matematik (1) melalui (1) melody (3) Memakai (1) Membersihkan (1) Mengapa (1) mengatasi (1) mengelakkan (1) Mengenai (2) menjaga (1) Menorrhagia (1) minda (1) Mirifica (1) misteri (1) Modern (1) montok (1) mudarat (1) Nailart (1) NanoV (1) nuklear (1) NUTRITION (1) Olahraga (1) Pakai (2) panas (1) parut (2) pasangan (1) payudara (4) pejalkan (1) peluang (1) Pengurusan (1) Penjagaan (1) penyelesaian (2) penyembuh (1) perawatan (1) pertingkatkan (1) perut (2) Phytolacca (2) pigmentasi (1) Pilihan (1) pintar (1) Puasa (2) punca (1) pundi (1) putih (1) racun (1) radiasi (1) Rahsia (1) rangsang (1) Rawat (2) Rawatan (1) remeh (1) Revolusi (1) risiko (2) rosakkan (1) Rozita (1) Rungkai (1) Rushmini (1) sakit (3) Sakit (1) sayangi (1) sebab (1) sebenarnya (1) secara (1) Sehat (1) Seimbang (1) seksa (1) selamat (1) selaput (1) selesa (1) Selsema (1) Sembang (2) sembelit (1) sembuh (1) semulajadi (1) Senaman (1) Sendawa (1) Sendiri (1) serang (1) serius (1) Shanana (1) sihat (2) Sinar (1) Sindrom (1) sinetron (2) Sinetron (1) singkir (1) sinopsis (1) stabil (1) strength (1) stres (1) sukar (2) tahun (1) Tambah (1) tanpa (1) tegang (1) telalu (1) Terapi (2) terbalik (1) terdedah (1) testimonial (1) Thanyaporn (1) tidak (1) Timun (1) Tokotrienol (1) toksik (1) tulang (1) Tutorial (1) ubati (1) udara (1) Untuk (2) vitamin (2) Wajah (1) Yogurt (1)