Archives

Post

Tun Abdullah - OSA masalah serius

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Teknologi bantuan pernafasn terbaru keluaran Philips.

Kesudian pemimpin ini berkongsi cerita tentang pengalamannya mengalami masalah gangguan tidur membuka mata tentang seriusnya penyakit ini.

"Ramai yang perasan saya sering terlelap. Bayangkan saya boleh terlelap ketika mesyuarat diadakan. Sehinggalah seorang rakan menyarankan saya membuat pemeriksaan gangguan tidur. Dari situ barulah saya tahu, saya sebenarnya ada masalah tentang rutin tidur saya," ujar bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika ditemui selepas majlis pelancaran Klinik Gangguan Tidur milik Pusat Perubatan Pakar Global Doctors di Mont Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Doktor mendapati sebelah hidung beliau tersumbat dan perlu dibedah. Akibat daripada keadaan ini, tidur beliau terganggu.

"Selalunya orang lain bernafas melalui hidung tetapi saya melalui mulut. Tanpa saya sedar, tidur malam saya terganggu. Memang saya tidak pernah cukup tidur. Namun, masalah ini memberi kesan kepada aktiviti siang saya. Akhirnya, saya keletihan pada waktu siang. Selepas melakukan ujian tidur, doktor mendapati saya kekurangan oksigen ketika tidur. Inilah yang menjadi punca tidur saya tidak lena dan keesokan harinya saya letih," ujarnya tersenyum.

Pembedahan

Keadaan menjadi lebih baik apabila Tun Abdullah mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan untuk merawat hidungnya yang tersumbat kira-kira empat tahun dahulu.

Mengakui tugasnya dulu sebagai Perdana Menteri amat mencabar dan masa untuk berehat yang tidak pernah cukup, beliau hanya berkesempatan tidur tiga jam sehari.

Pada masa yang sama, beliau tidak menyedari bahawa gangguan tidur boleh menjejaskan kehidupan sehariannya.

"Saya nasihatkan orang muda sekarang untuk membuat pemeriksaan dari awal lagi. Jika anda merasakan sesuatu seperti letih walaupun tidur cukup atau terlelap tidak mengira masa, sebaiknya pergi ke klinik membuat pemeriksaan kajian tidur. Kita berdepan dengan masalah penjagaan kesihatan yang serius jika kita tidak menganggap tidur sebagai suatu yang serius. Dengan adanya Klinik Pakar Gangguan Tidur, anda boleh melakukannya segera," kata beliau.

Dalam pada masa yang sama, Tun Abdullah berpendapat pencegahan adalah lebih baik daripada merawat.

Berkongsi pengalaman, beliau hampir sahaja disahkan menghidap penyakit jantung yang serius. Namun, beliau dapat diselamatkan kerana tergerak untuk melakukan ujian imbasan dan beliau hanya memerlukan rawatan awal.

"Bayangkan jika saya melakukan pemeriksaan lewat, tentu sahaja saya akan sakit jantung pada peringkat serius. Seperti masalah apnea tidur atau Obstructive Sleep Apnea (OSA), anda perlu sedar segera untuk mengelakkan sebarang kejadian buruk," ujar beliau.

Trend

Dalam pada itu, Perunding dan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. Raymond Tan Suan-Kuo menasihatkan orang ramai melakukan pemeriksaan awal.

Ini kerana OSA boleh dikaitkan dengan kematian usia muda. Trend sekarang menyaksikan kematian pada usia 20 hingga 40 tahun kian meningkat dan mungkin OSA menjadi punca sebenar.

"Masalah apnea tidur apabila seseorang itu dikatakan mengalami pernafasan terhenti seketika sewaktu dia tidur.

Orang yang mempunyai OSA yang tidak dirawat, suatu gangguan tidur yang lazim, mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap masalah kesihatan yang serius yang boleh memberi impak negatif kepada produktiviti dan kualiti kehidupan.

Kelaziman OSA adalah dua kali ganda lebih tinggi di Malaysia berbanding negara lain di Asia .

OSA atau henti nafas semasa tidur untuk beberapa ketika (beberapa saat hingga melebihi satu minit) terjadi kerana saluran pernafasan yang tersekat sementara. Ia merupakan gangguan tidur paling lazim berlaku di seluruh dunia, yang menjejaskan anggaran tujuh peratus penduduk tempatan ," ujar Dr. Raymond.

Suatu keadaan yang dikenali oleh ciri henti nafas semasa tidur, OSA bukan saja boleh memberi impak negatif terhadap kualiti kehidupan dan produktiviti keseluruhan seseorang, tetapi juga meningkatkan risiko penyakit diabetes, tekanan darah tinggi, serangan jantung, angin ahmar dan lain-lain penyakit.

OSA boleh dengan mudah didiagnosis oleh doktor yang menilai aduan dan simptom pesakit. Jika apnea tidur yang disyaki, pesakit akan dirujuk kepada kajian diagnostik tidur dikenali sebagai polysomnogram, atau PSG, bagi mengesahkan bentuk dan tahap serius apnea tidur, serta rawatan yang sewajarnya diambil.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Mirifica extra faster effect besar dan pejalkan payudara

pueraria-mirifica1

Salam pada semua pembaca blog Kak Zu

Artikel kali ini Kak Zu akan mengulas mengenai kebaikan mengambil mirifica extra. Kebanjiran produk berasaskan mirifica buat masa sekarang menyukarkan kita membuat pilihan samada produk yang dipasarkan itu benar-benar sesuai dengan tubuh badan kita dan juga memastikan kandungan mirifica asli 100%.

Mirifica extra strenght atau dikenali dengan faster effect adalah produk yang tulen dan asli kandungan mirifica seratus peratus. Estrak pueraria mirifica 100% adalah penting untuk mendapatkan kesan yang segera dan cepat untuk penjagaan kecantikan payudara serta memejalkan payudara yang kendur. Mirifica sebagaimana yang kita ketahui adalah herba yang berfaedah untuk kencantikan bukan sahaja payudara tetapi kesihatan kulit,kuku,rambut dan sebagainya.

Mirifica extra sudah dikaji bukan sahaja oleh ahli herba tetapi juga pakar dalam bidang botani serta telah diuji dimakmal adalah herba yang bebas kesan sampingan. Malahan mirifica extra strenght terbukti sebagai agen anti kanser. Oleh itu penggunaan herba ini adalah selamat.

Tumbuhan ini yang terdapat di Thailand dan sempadan Burma adalah tumbuhan yang semulajadi yang mempunyai pelbagai fungsi. Oleh itu bagai wanita yang mengalami pra monopause dan sudah monopause juga baik mengambil mirifica extra strenght ini.

Mirifica extra strenght telah terbukti berkesan untuk mencantikkan payudara seperti memberi keanjalan,membesar dan memontokkannya. Melalui ribuan testimonial telah membuktikan mirifica extra strenght ini cukup baik untuk kesihatan payudara wanita

Mirifica sesuai untuk ibu-ibu lepas bersalin yang mengalami pengenduran payudara. Berkesan juga menjaga hubungan intim dengan memulihkan semula keupayan alat genital dan reproduksi.

Maklumat lanjut anda boleh dapatkan disini..sila klik

Blog Widget by LinkWithin

Tags: faktor payudara kendur, kebaikan mirifica, membesarkan payudara secara semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan, memejalkan payudara, menegangkan payudara, mirifica, mirifica extra, mirifica extra strenght, mirifica faster effect, payudara kendur, payudara montok, pejalkan payudara, pembesaran payudara, pueraria mirifica, thanyaporn


View the original article here


Post

Vitamin E Tokotrienol cegah kanser

Soalan: Melalui pembacaan, Vitamin E baik untuk kecantikan dan kesihatan wanita. Namun apabila mengunjungi farmasi, terdapat beberapa jenis vitamin E yang membuatkan saya agak keliru untuk membuat pilihan. Adakah semua adalah sama atau berbeza dari segi fungsinya?

Jawapan

Banyak pendedahan mengenai kebaikan Vitamin E, sama ada untuk kesihatan mahupun kecantikan. Walaupun penggunaannya meluas di kalangan wanita, namun ia lebih tertumpu kepada kecantikan kulit. Dengan sebab itulah banyak produk yang menawarkan untuk kegunaan luaran seperti untuk disapu terus ke atas kulit seperti untuk mencegah dan merawat parut.

Penyelidikan demi penyelidikan kini turut menemui manfaat Vitamin E yang lebih luas dan tidak terhad kepada kecantikan semata-mata, malah pengambilan dalam suplemen harian dengan dos yang sesuai boleh menyokong memperbaiki masalah kesihatan tertentu. Hasil penyelidikan juga mendapati ia tidak terhad kepada satu jantina sahaja, malah lelaki dan wanita memperolehi manfaat kesihatannya.

Vitamin E Tokotrienol yang diekstrak daripada buah kelapa sawit merupakan anti oksida poten, iaitu 40 hingga 60 kali lebih berkesan berbanding Vitamin E tokoferol. Ia turut berbeza dengan tokoferol dari segi strukturnya, iaitu ketidaktepuan yang membezakan 'kebendaliran' dan fungsi-fungsi biologi yang memberikan manfaat unik.

Sempena kempen Pink Ribbon bulan oktober yang bertujuan meningkatkan kesedaran serta sokongan ke atas kempen menangani isu kanser payu dara, hasil penyelidikan turut membuktikan bahawa pengambilan Vitamin E tokotrienol memberi kesan memberangsangkan.

Kanser payu dara kekal sebagai kanser yang paling umum di kalangan wanita di seluruh dunia. Malah peningkatan statistik kanser payu dara dianggap membimbangkan. Setiap tahun, satu juta wanita didiagnosis dengan kanser payu dara. Kebarangkalian setiap seorang daripada dua puluh orang wanita berisiko mendapat kanser payu dara.

Pengurangan risiko kanser payudara

Tokotrienol boleh dijadikan senjata menentang kanser kerana mekanismenya dalam mencegah proliferasi dan kebolehhidupan sel tumor serta mempamerkan ciri-ciri anti-kanser yang unggul, berbanding antioksida lain. Ia bukan sahaja menghalang pertumbuhan sel-sel kanser, bahkan memulakan apoptosis - proses kematian sel-sel kanser yang tidak mampu dilakukan oleh Vitamin E Tokoferol.

Kajian turut mendapati bahawa paras tokotrienol banyak berbeza dalam tisu-tisu berkanser dan tidak berkanser, namun paras tokoferol adalah sama. Ini menunjukkan bahawa tokotrienol dapat menyekat pertumbuhan sel-sel kanser payudara secara berkesan, manakala tokoferol tidak mempunyai kesan yang signifikan.

Sebagai terapi tambahan kanser payudara

Tokotrienol juga bertindak secara sinergi dengan Tamoxifen - ubat rawatan kanser payudara yang merencat aktiviti estrogen. Tokotrienol juga meningkatkan keberkesanan Tamoxifen tanpa mengira status reseptor estrogen. Kajian lima tahun ke atas 240 penghidap kanser payudara peringkat awal, menunjukkan terapi kombinasi Tamoxifen dan tokotrienol mempunyai kadar daya hidup yang lebih tinggi dan kejadian pengulangan yang lebih rendah berbanding rawatan Tamoxifen sahaja. Dengan itu, tokotrienol berpotensi sebagai terapi tambahan dengan ejen anti-kanser lain bagi mengelak toksisiti atau tindakan terapeutik yang terhad dengan monoterapi yang berdos tinggi.

Penyelidikan lain juga memperlihatkan vitamin E tokotrienol, khususnya gama dan Delta memberi perlindungan selamat dan berkesan terhadap radiasi. Tokotrienol juga boleh mengurangkan kesan kerosakan akibat radiasi kerana bahan anti oksida dan anti-radangnya.

Berbanding sumber tokotrienol yang lain seperti minyak bran beras, germa gandum, barli, oat dan beberapa lagi, minyak dari buah kelapa sawit didapati lebih lengkap. Malah ia sesuai untuk penggunaan jangka panjang serta mempamerkan profil keselamatan yang baik.


Kesihatan Dan Kecantikan


Post

Gatal bahagian luar faraj

Soalan
SAYA ingin meminta pandangan dan nasihat doktor mengenai kesihatan saya. Saya mempunyai masalah gatal pada bahagian luar faraj sejak tiga tahun lalu. Akibat daripada menggaru, kawasan tersebut menjadi pedih apatah lagi ketika saya ingin membuang air.

Masalah ini hanya berlaku pada waktu malam sahaja iaitu ketika saya tidur, namun ada kalanya, ia berlarutan sehingga siang dan saya berasa amat tidak selesa. Saya telah mendirikan rumah tangga sejak setahun yang lalu. Masalah saya masih tidak berkurang malah bertambah teruk. Dan kebelakangan ini, saya menyedari terdapat beberapa lagi masalah timbul iaitu saya sukar untuk membuang air kecil atau besar.

Ketika saya bersama dengan suami pula, tiada cecair yang keluar dari faraj saya dan ini menyebabkan saya berasa sakit . Saya ingin mengetahui apakah sebenarnya masalah yang saya hadapi ini dan bagaimana saya perlu mengatasinya.

Untuk pengetahuan doktor, saya tidak pernah berjumpa mana-mana doktor kerana malu. Saya amat berharap doktor dapat membantu saya dalam masalah saya ini.

- Sofia, Lembah Klang.

JAWAPAN

Saya tahu kebanyakan wanita malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau faraj (vagina). Keadaan seperti rasa gatal, keluar lendir, sering membuang air kecil dan alat sulit berbau bukan perkara biasa yang dialami dan anda sebenarnya boleh mendapatkan rawatan bagi menangani masalah berkenaan.

Malangnya ramai wanita menganggap keadaan berkenaan berlaku seiring dengan usia atau masalah biasa selepas kedatangan haid. Ada kalanya, keadaan itu boleh menjejaskan mutu kehidupan termasuk aktiviti harian tidak berjalan dengan lancar berikutan rasa kurang selesa.

Masalah jangkitan pada faraj sering kali berlaku pada wanita tanpa mengira latar belakang dan usia, sama ada bagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih remaja. Bagaimanapun masih ramai lagi wanita pada masa kini, kurang berpengetahuan mengenai punca gejala masalah itu dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.

Infeksi

Ada juga penyebab lain yang menimbulkan masalah yang sama seperti mana yang dihadapi oleh puan. Salah satunya adalah, infeksi cacing kremi (Oksiuriasis, Enterobiasis). Ia adalah suatu infeksi parasit yang terutama menyerang anak-anak, dimana cacing Enterobius vermicularis berkembang biak di dalam usus. Kebiasaannya ia menyebabkan rasa gatal yang hebat di sekitar anus, kurang tidur (biasanya kerana rasa gatal yang timbul pada malam hari ketika cacing betina dewasa bergerak ke kawasan anus (dubur) dan menyimpan telurnya di sana), rasa gatal atau iritasi pada bahagian faraj (jika cacing dewasa masuk ke dalam faraj) dan di sekitar anus menjadi melecet, kasar, atau terjadi infeksi (akibat kerap menggaru).

Infeksi cacing kremi dapat disembuhkan melalui pemberian ubat anti-parasit seperti mebendazole, albendazole atau pirantel pamoat. Seluruh anggota keluarga dalam satu rumah harus mengambil ubat tersebut kerana infeksi berulang boleh menyebar dari satu orang kepada yang lainnya. Untuk mengurangi rasa gatal, boleh dioleskan krim anti gatal ke kawasan sekitar anus sebanyak dua hingga tiga kali/hari.

Kudis buta

Penyakit lain yang boleh menimbulkan gejala gatal pada luar faraj adalah penyakit scabies atau dikenali juga sebagai kudis buta. Scabies adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh infestasi hama anthropod yang dikenali sebagai Sarcoptes scabie. Penyakit ini disebarkan melalui pendedahan yang berpanjangan kepada mereka yang mengidap scabies ini.

Organ utama yang terlibat adalah kulit di mana hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini menyebabkan tindakbalas alergi berlaku dan menyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Kesan utama apabila terkena scabies adalah gatal pada badan terutamanya pada waktu malam.

Rawatan

Rawatan adalah dengan memberi ubat sapu (untuk membunuh scabies dewasa, larva dan telur) pada seluruh anggota badan (leher ke bawah) yang perlu disapu pada waktu malam untuk tiga malam berturut-turut dan dibiarkan sehingga esok pagi baru dicuci.

Adalah penting untuk merawat anggota keluarga yang tinggal serumah bagi mengelakkan jangkitan ini daripada berulang. Pakaian, selimut, sarung bantal serta apa-apa yang dipakai perlulah dicuci dan direndam dalam air panas mendidih untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.

Hanya dengan cara meniadakan penyebab gatal-gatalnya, keluhan yang biasa mengganggu tidur malam itu, boleh diredakan. Kebersihan kemaluan ditingkatkan dengan membersihkan menggunakan air bersih, pemakaian pakaian dalam yang tidak ketat dan dibuat dari bahan kain kapas. Hindarkan pemakaian sabun, pengharum pada faraj (vagina), serta jenis ubat-ubatan yang dapat mengiritasi permukaan kemaluan. Pilihlah sabun bayi dan bukan sabun wangi apalagi deterjen.

Bagi Puan Sofia, usah malu dan janganlah melengah-lengahkan untuk mendapat perawatan. Berjumpalah dengan doktor dan rawatan yang terbaik dapat diberikan.


Kesihatan Dan Kecantikan


Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk melanggan updated terkini dari kami terus dihantar ke email anda:

Delivered by FeedBurner


New Post

Tags

Abdullah (1) akhir (1) Akibat (1) Aktif (1) Alahan (1) american (1) americana (1) anjal (1) aprikot (1) atopik (1) Badan (4) bahagian (1) bahan (1) bantu (2) bebas (1) Bebaskan (1) berat (1) berbunyi (1) berkesan (1) berkhasiat (1) berlubang (2) bersama (1) bersenam (1) bertukar (1) besar (2) Betulkah (1) bibir (1) Bilakah (1) boleh (3) Buang (1) Buatan (1) bukan (2) carmino (1) cegah (1) cepat (1) cetus (1) cinta (3) complexion (1) creambc05 (1) dalam (1) darah (1) daripada (1) degil (1) Demam (1) dengan (1) diabetes (1) dikunyah (1) dirawat (1) disebabkan (1) effect (1) ekzema (2) episok (1) extra (2) factor (1) Faedah (1) faraj (1) faster (1) Garcinia (1) Gatal (1) genetik (1) halia (1) hamil (2) hempedu (1) herba (1) hidup (2) hitam (1) Homeopathy (1) hormon (1) Imbas (1) Inframerah (1) jalanan (1) Jangan (1) Jangkit (1) jantung (1) japan (1) jejas (2) jenis (1) jeragatbintik (1) jerawat (5) jerebu (1) Jilbab (3) kaedah (1) kanakkanak (1) kanser (4) Kasut (1) kebersihan (1) kecantikan (1) Kecederaan (1) kecil (1) kekal (1) Keluarga (1) kemaruk (1) kembali (1) Kembali (1) Kempen (1) kencing (1) kentut (1) Kerap (2) kesegaran (1) Kesesakan (1) kesihatan (2) Ketahui (1) ketika (1) keturunan (1) khasiat (2) kolagen (1) Koronari (1) Kreasi (2) kronik (1) kualiti (1) kulit (3) Kurang (2) kurus (2) Kuruskan (3) laitulqadar (1) lalat (1) langkah (1) langsing (1) lebih (1) lelaki (3) lembut (1) Leopard (1) lepaskan (1) Letih (1) Lirik (1) Lutut (1) makan (1) makanan (2) Makanan (2) malam (1) manis (1) manusia (1) Maraton (1) marigold (1) Masalah (4) Masih (1) Masker (1) matematik (1) melalui (1) melody (3) Memakai (1) Membersihkan (1) Mengapa (1) mengatasi (1) mengelakkan (1) Mengenai (2) menjaga (1) Menorrhagia (1) minda (1) Mirifica (1) misteri (1) Modern (1) montok (1) mudarat (1) Nailart (1) NanoV (1) nuklear (1) NUTRITION (1) Olahraga (1) Pakai (2) panas (1) parut (2) pasangan (1) payudara (4) pejalkan (1) peluang (1) Pengurusan (1) Penjagaan (1) penyelesaian (2) penyembuh (1) perawatan (1) pertingkatkan (1) perut (2) Phytolacca (2) pigmentasi (1) Pilihan (1) pintar (1) Puasa (2) punca (1) pundi (1) putih (1) racun (1) radiasi (1) Rahsia (1) rangsang (1) Rawat (2) Rawatan (1) remeh (1) Revolusi (1) risiko (2) rosakkan (1) Rozita (1) Rungkai (1) Rushmini (1) sakit (3) Sakit (1) sayangi (1) sebab (1) sebenarnya (1) secara (1) Sehat (1) Seimbang (1) seksa (1) selamat (1) selaput (1) selesa (1) Selsema (1) Sembang (2) sembelit (1) sembuh (1) semulajadi (1) Senaman (1) Sendawa (1) Sendiri (1) serang (1) serius (1) Shanana (1) sihat (2) Sinar (1) Sindrom (1) sinetron (2) Sinetron (1) singkir (1) sinopsis (1) stabil (1) strength (1) stres (1) sukar (2) tahun (1) Tambah (1) tanpa (1) tegang (1) telalu (1) Terapi (2) terbalik (1) terdedah (1) testimonial (1) Thanyaporn (1) tidak (1) Timun (1) Tokotrienol (1) toksik (1) tulang (1) Tutorial (1) ubati (1) udara (1) Untuk (2) vitamin (2) Wajah (1) Yogurt (1)